Tuesday, April 29, 2008

Perlukah Merayu - Hasil Titik Peluh Sendiri & Punca Pendapatan?

Assalammualaikum. Hmm .. apa pendapat anda? Haruskah kami sebagai penulis merayu meminta royalti sendiri yang merupakan hasil titik peluh kami dan juga sebahagian daripada punca pendapatan? Atau terus menunggu bagaikan buah yang tidak gugur?

Saya bukan hendak mencari kontroversi dengan memaparkan N3 ini tetapi inilah yang saya rasa apabila hasil kerja keras tidak mendapat ganjaran yang setimpalnya. Seperti yang anda sudah maklum, bukan senang hendak menghasilkan sesebuah novel yang memakan masa berbulan lamanya dan ditambah lagi dengan pengorbanan yang harus dilakukan daripada pelbagai sudut tetapi berbaloikah jika penulis sudah memberi yang terbaik kepada penerbit tetapi penerbit itu sendiri .... anda fikirlah sendiri bagaimana rasa apabila usaha keras anda tidak dihargai. Memang benar, sesetengah penulis berkata mereka menulis kerana minat bukan kerana wang tetapi bagaimana pula dengan penulis yang menjadikan penulisan novel sebagai puca pendapatan? Saya sendiri menjadikan penulisan sebagai punca pendapat dan juga disulami dengan minat yang mendalam. Kedua-duanya bergabung menjadi satu untuk penulis itu memotivasikan diri sendiri agar akan lebih menghasilkan novel yang berkualiti tinggi tidak kira apa jua genre.

Kata seseorang, PENERBIT BEKERJA UNTUK PENULIS. Jika benar apa yang dikatakannya, penerbit sudah memperolehi sebahagian besar daripada ganjaran yang dihasilkan oleh penulis tetapi jika penerbit tidak membayar penulis, penulis pula bekerja untuk siapa? Bagi saya dalam konteks ini, tiada siapa bekerja untuk siapa kerana penulis dan penerbit memerlukan diantara satu sama lain untuk menjayakan sesebuah syarikat penerbitan itu sendiri. Jika sesebuah syarikat penerbitan tiada penulis, bagaimana mereka hendak mengaut keuntungan dan mengistiharkan syarikat mereka adalah sebuah syarikat yang gah dan berjaya? Saya pasti keuntungan sudah pasti berada di dalam genggaman sesebuah syarikat penerbitan hasil daripada karya penulis yang bernaung di bawah syarikat itu sendiri, namun tak kanlah hak penulis yang sedikit itu pun tidak mampu dibayar? Penulis juga berhak merasai ganjaran daripada hasil titik peluh mereka juga kan? Jadi, pihak penerbitan haruslah peka kepada masalah yang kami (penulis) hadapi.

Adakah pihak penerbitan tahu bila masa seseorang penulis itu terdesak untuk menggunakan wang yang diharap daripada wang royalti sendiri? Pihak penerbitan tidak tahu, yang menanggung kesakitannya adalah kami sebagai penulis. Saya akui, dalam gaji yang tidak seberapa dan pada waktu yang terdekat ini saya memang memerlukan wang untuk membayar beberapa bil namun harapan tinggal harapan apabila royalti 1 2 tahun lepas pun masih tidak dibayar lagi. Saya ni bukan jenis yang suka minta advance ataupun menelefon beberapa kali agar wang sendiri di langsaikan, namun pihak penerbit janganlah mengambil kesempatan di atas sikap saya yang sebegini. Berpada-padalah. Bayarlah harga kuantiti novel saya setakat yang sudah dijual. Bukannya saya nak meminta lebih. Masalah-masalah sebeginilah yang membuatkan saya hilang kepercayaan kepada pihak penerbitan walau ia segah mana sekalipun. Saya akui, mereka telah menaikkan nama saya namun kadang-kadang sesebuah syarikat penerbitan itu terkenal dengan adanya penulis-penulis yang mampu menghasilkan karya-karya yang bagus. Jadi sama ada pihak penerbit atau penulis, mereka saling bergantungan sesama sendiri.

Dalam menghadapi masalah dengki khianat yang melibatkan keluarga, sekurang-kurangnya kehadiran royalti boleh menggembirakan hati yang gundah tetapi ... penantian royalti menambahkan lagi beban yang sudah tergalas di bahu saya. Mana hendak bayar duit perubatan lagi, ansuran kereta lagi dan beberapa pembayaran yang harus disegerakan. Saya dah buntu di mana hendak mencari wang lagi kalau bukan daripada hasil royalti sendiri.

Dalam pada masa itu, saya menghormati kerana ada pihak penerbitan yang memahami masalah penulis yang bernaung di bawah mereka dan tidak membiarkan kami menunggu begitu lama untuk mendapat royalti sendiri walaupun ia tidak semewah mana. Sekurang-kurangnya wang royalti itu ada daripada tak ada langsung. Kekurangan hidup juga dapat ditampung apa yang perlu didahulukan. 3 bulan sekali kami akan mendapat royalti mampu dibayar oleh mereka berbanding daripada setahun sekali yang tidak mampu dibayar oleh sesetengah syarikat penerbitan. Setengah tahun di tahun 2008 hampir berlalu namun bayang barkat royalti kami masih tidak nampak lagi. Apa dah jadi? Walhal syarikat penerbitan anda masih kukuh berdiri.

Kalau inginkan saya merayu, saya merayu ... tolonglah langsaikan royalti saya yang tertunggak kerana saya benar-benar perlukan wang hasil daripada titik peluh saya sendiri. Saya tidak minta wang hasil daripada titik peluh orang lain tetapi daripada hasil titik peluh saya sendiri. Tolonglah ... TERIMA KASIH kerana sudi meluangkan masa untuk membaca rintihan hati seorang penulis. Bukan semua penulis itu kaya raya. Bukan semua penulis itu senang lenang walaupun mereka boleh dikategorikan sebagai penulis yang berjaya.

Alangkah bagusnya kalau syarikat penerbitan di sini mampu menjadi syarikat penerbitan di barat. Royalti penulis dibayar habis, tiada yang tertunggak membolehkan penulis di sana hidup mewah dan menjadi jutawan dengan hanya menghasilkan karya di rumah. Anda sebagai penulis, tidak cemburukah melihat kejayaan dan kemewahan penulis di barat? Saya akui saya cemburu tetapi penulis kita tetap akan berada di takuk yang lama sekiranya ada sesetengah sikap penerbit seperti ini. Penulis dan penerbit akan berubah sekiranya ada pembaharuan yang dibawa oleh syarikat penerbitan itu sendiri.

Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya apa yang saya luahkan bisa menyakiti hati sesetengah syarikat penerbitan. Tetapi sekiranya dibebani dengan pelbagai masalah, satu demi satu ... saya tak mampu untuk menanggungnya lagi. Tolonglah fahami saya. TERIMA KASIH sekali lagi.

Wassalam.

21 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya bersimpati dengan eb. Tak sangka begitu sikap penerbit di sini. Saya tak tahulah apa masalah mereka, tapi memang saya bersetuju, bersabar ada hadnya. Apatah lagi kita meminta hak kita. Risau juga saya sekiranya saya tersilap memilih penerbit pulak nanti. Apa-apapun, tiada nasihat lain yang boleh saya fikirkan skrg selain drpd berSABAR......
Saya doakan agar pihak yg terbabit menyesali perbuatan mereka dan menyegerakan pembayaran kpd eb.

John Norafizan said...

ehehe.. kalau semua penulis buat entri pasal ni kat blog pasti penerbit 'panas' dan akan bayar royalti! pu3.. apa lagi! ehehehe

Anonymous said...

So sorry to hear that. seems that its a harsh reality of writer here in MY.

I guess you need some so called plan b to cover up routine expenses. I sendiri pursuing minat / passion but on the same time take on daily job to make ends meet.

Anyway, hold on to what you believe in coz like they says: what doesnt kills you will make you stronger.

my 2 cent :)

Anonymous said...

bunyinya macam marah...tapi ape2 pun saya setuju kerana bukan awak yang merasakan situasi begitu. saya pun terkena juga...nasib kita serupa.bersabarlah!hanya itu yg mampu dilakukan.terlalu meminta-minta nanti dapat 'title' plak...

EBRIZA AMINNUDIN said...

Diary Alya,
panggil abby je. :)Terima kasih tapi kesabaran seseorang ada hadnya. Sampai bila harus menanti pada titik peluh sendiri. Harap2 tak akan ada penerbit lain yang sebegini sikap mereka. Saya akan bersabar selagi termampu dan selama ini pun itu yang saya lakukan.

John,
abby bukan suka2 masukkan n3 ni tapi sudah lama menanti. Harap2 royalti daripada titik peluh sendiri akan dipercepatkan.

Mazrie,
Plan B agak sukar untuk dilakukan sekiranya tidak mempunyai wang yang mencukupi. May b Plan B yang lain harus difikirkan.

Fiza,
Marah, geram, terkilan semuanya bercampur baur apatah lagi jika diri di pihak tidak berdaya.Saya akan bersabar selagi termampu.

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Uhukkk uhukkkk uhukkkkk patutlah aku tersedak-sedak, ada yang menyeru namaku. Iyer kanda John DDJV, kenapa... rindu ke? Tidak... Cis.. ! Rugi idup... heheheheh
Key pasal royalty ni, pu3 tak tahu lagi jauh sekali punya pengalaman. Apapun sebagai orang baru, pu3 gerun juga mendengar apa yang dialami oleh Abby... simpati, kesihan, geram dan sakit hati pun ada juga.
Kita boleh gunakan pendekatan cara diplomasi yakni bermuzakarah@berbincang. Permasalahan tidak akan selesai jika semuanya ambil sikap berdiam diri. Kalau tidak jalan juga maka bolehlah beralih pada cara seterusnya.
Apa dia... Ha! kita sebagai penulis lancarkan moltan 'boikot' terhadap mereka. Jangan anta MSS pada publisher mereka sampailah mereka jelas dan lunaskan segala hutang piutang pada teman-teman seangkatan kita. Kalau kita sama-sama sepakat, saya rasa mungkin akan ada perubahan dalam isu sebegini. Tapi pu3 tetap lebih suka pada pendekatan yang pertama yakni MUZAKARAH.

EBRIZA AMINNUDIN said...

Pu3,

TQ ... saya memang suka dengan cara yang dicadangkan tapi susahlah kalau ada yang tak nak layan permintaan kita.

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

hehehehehehe f that d case, maybe one day the second frase will be d option.... So publisher.... come on... open your mind... open your eyes.... penulis hari ini bukan tebu yang rela di perah hingga ke akhir titisnya.....;-)

EBRIZA AMINNUDIN said...

pu3,
tu lah dia ... tapi aku akan cuba bersabar sedikit waktu lagi sebelum pape. tak nak serbu tak tentu hala.

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

That my sifu.... sabar sambil tu berdoa moga allah permudahkan segalanya, di bukanya pintu perasaan dan kewangan publisher tu agar langsaikan utang depa pada hang.... Isy! Depa tu tak malu ka.... aparahhhhh.... depa lupa ka kalau tiada penulis, tak akan adanya kaya raya depa tu semua.... jadi kan lebih baik segalanya diselesaikan dengan baik. Kalau tak dapat bayar penuh, bayar separuh, kalau tak separuh, suku tapi janganlah sampai kena tunggu mumia bangkit semula.... kesian kat penulis, depa pun nak guna duit bayaq bill letrik untuk on computer, bayar broadband untuk internet cari bahan, beli ink untuk printer, bayaq kos binding sebelum penerbit dapat mss yang cantik dan kemas... semua tu kan kena guna duit... kita bukan lagi hidup menggunakan sistem BATA.... tahu ke sistem BATA tu hapa.. kalau tak tahu seleklah buku sejarah zaman dulu-dulu.....

EBRIZA AMINNUDIN said...

Pu3,

Haa .. tahu tak pa ... tak tahu memang PARAH. ISh .. ish ..

Anonymous said...

hai ebi,
sy dah serik dgn pengalaman lalu...sebab tu sy selidik dulu penerbit yg saya nak hantar manuskrip..takut pisang berbuah dua kali..anyway, jgn patah semangat. Teruskan perjuangan!

EBRIZA AMINNUDIN said...

hai tanne ...

itu salah satu daripadanya. Tapi yg ini agak ... (fikir sendiri) Bukan calang2.

Saya selesa di mana saya berada sekarang. tak tahulah kenapa nasib saya seringkali berhadapan dengan penerbitan yg sbegini. Sakit jiwa.

Anonymous said...

abby, kak ila ni. kak ila setuju dik. apa yang abby rasa, itu juga yg akak rasa.apa p3 kata? bermuzakarah@berbincang?kalau nak tahu, akak dgn norafishah dah bermuzakarah dah... hasilnya? kami diperbodohkan,diperbudakan.tapi abby, kak ila dah kenal 1 lowyer yang sanggup tolong kita. nanti kami atur pertemuan. Siaplah penerbit tu,tak cukup tanah lari... tapi akan diburu sampai ke lubang cacing! kepada sesiapa yg pernah berurusan dgn penerbit tu dan belum lagi dibayar,harap dapat hubungi kak ila.kita bincang dan susun strategi.

fadxiora said...

gerun-gerun... takut lak bila ada cerita2 cam gini. Walaupun kita menulis bukannya kerana wang tapi kita mahu lihat hasil titik peluh kita. Harap kak abby bersabar ye... dalam hal begini selagi tak ambil tindakan mereka pasti berdiam diri n wat tak tahu... so, I think maybe u should try plan B...

Delly said...

Dear kak eb,

dell doakan akak sukses dan terus-terusan menghasilkan novel. You're a good writer keep up the good work :)

EBRIZA AMINNUDIN said...

KAK ILA,
Susah sangat ke nak bagi hasil titik peluh kita sendiri. saya dah kecewa dgn penerbitan yg sebegini. Pape nanti K.ila bagitau abby ye. TQ so much kak.

Fadxiora,
Terima kasih kerana prihatin. Sampai bila nak bersabar dik? Dah puas tapi hutang kita masih tak dilangsai.

Dell,
Masalah sebegini tak kan memutuskan semangat akak. Thanx for being there for me and thanx for support me. Luv u.

Eny said...

simpati dgn abby. sy tau perasaan abby camne bilamana poket kita semakin menyusut dan banyak xpenses yang semakin menimbun untuk dilangsaikan. fikiran kita akan berserabut selagi semua itu tak setel. tambah serabut bila ada kes mcm abby ni. Nak meminta2, bukan cara kita. lalu, cara apa lagi yang boleh dibuat untuk mendapatkan hak kita? mungkin patut juga menggunakan khidmat lawyer abby. sebagai pengajaran supaya next time jangan dipandang remeh soal pembayaran royalti ni. kalau makan bertahun lamanya mcm abby ni, siapa boleh sabar ye tak? kita ni manusia...sabar ada hadnya juga. moga abby dapat hak abby secepat mungkin...amin...

EBRIZA AMINNUDIN said...

eny,
mudah-mudahan Allah membuka pintu hati mereka untuk mempercepatkan pembayaran royalti saya. Betul cakap awak, walau sesusah mana pun saya tak pernah nak meminta-minta ataupun meraih simpati krn itu bkn cara saya tapi saya hanya meminta hak saya dan bukannya hak org lain. Semoga, mereka yg terlibat mendengar rintihan hati saya.

dS said...

Masih ingat lagu lama ni?

Duit-duit (royalti)
di mana kau duit (royalti)
Duit-duit (royalti)

Jom kita nyanyi kuat-kuat untuk melegakan perasaan...

EBRIZA AMINNUDIN said...

Kak Dewi,
Jom aa kita nyanyi, memang saya tengah menanti ni. aduhlah ... sakitnya sebuah penantian.