Gelap! Kelam! Hitam!
Tiada warna selain
Gelap! Kelam! Hitam!
Aku mencari sinar cahaya terang di dalam
Gelap! Kelam! Hitam!
Namun, tiada suluhan cahaya untuk menerangi
Gelap! Kelam! Hitam!
Bisa melemaskan aku di dalam
Gelap! Kelam! Hitam!
Sehingga sukar untuk ku bernafas di dalamnya
Aku rebah tidak bermaya
Terlalu sukar untuk meneruskan kehidupan di dalam
Gelap! Kelam! Hitam!
Sehingga memaksa aku menyerah di dalam keadaan
Gelap! Kelam! Hitam!
Makin ku mencari cahaya terang itu
Makin aku ditenggelami oleh
Gelap! Kelam! Hitam!
Membuatkan aku tidak mampu mengkhabarkan
Bertapa aku inginkan cahaya terang itu.
Siapa yang mampu memahami
Siapa yang mampu mengerti
Sekiranya hidup ditenggelami
Gelap! Kelam! Hitam!
Tiada ruang untuk bernafas
Tiada jalan untuk keluar
Hanya menunggu detik waktu
Agar cahaya firdausi
Membawa aku keluar dari
Gelap! Kelam! Hitam!
Nukilan Rasa : Ebriza Aminnudin (14.04.2008) - HAK CIPTA TERPELIHARA
Monday, April 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment