Wednesday, April 9, 2008

Masih Lagi Aura Pesta Buku Antarabangsa 2008

Assalammualaikum semua … kembali lagi saya untuk mencoret kenangan pesta buku. Tak puas rasanya mencoret kenangan apabila ia sesuatu yang manis. Kali ini saya ingin mengutarakan kezutan-kezutan yang saya dapat semasa mengunjungi Pesta Buku 2008.

Teguran Kak Zalisa Mas dan Ariyatna amat mengejutkan aku kerana tidak terduga akan bertemu dengan mereka. Selama ini saya hanya mengenali mereka melalui nama dan bukannya wajah. Sweet sungguh Kak Zalisa Mas dan manis sungguh Ariyatna. Memang sesuai dengan nama penanya ini. Tapi sekali lagi terkilan kerana tak sempat bergambar.

Ketika kunjungan saya ke booth Jemari Seni dan sedang berbual-bual dengan Kak Noor Suraya, saya terdengar juga nama saya disebut2 tadi saya buat selamba je kerana tak mungkinlah … tiba-tiba sahaja ada seorang gadis manis bertanyakan saya sama ada betul atau tidak saya ni Ebriza Aminnudin. Rasa macam pesalah pulak yang sedang menanti hukumannya. Dua kali saya terpaksa mengiakan bahawa sayalah orangnya yang dicari. Nak tahu apa yang buat saya terkezut giler … saya bertemu dengan Adhan. Mana tak terkezutnya, selama ini saya sangkakan dia adalah seorang lelaki bukan sahaja pada nama tetapi pada cara dia mengulas novel dan pertuturannya di ruang chat tetapi memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa dia tu seorang wanita yang anggun. (Aik … bukan membodek tetapi itulah hakikatnya di pandangan mata saya. Pandangan mata orang saya tak tahu dan tak nak ambik tahu. Kan Adhan kan …) KEtika dia memperkenalkan diri, saya terkesima. Biar betul, itulah yang bermain di minda saya. Sempat juga kami berbual-bual dan terasa lega dapat bertentangan mata dengan guideline saya ketika saya mengarang sebarang novel kini. Adhan, jadi guidline saya ye. Terima kasih banyak-banyak. Tanpa dia, saya tak kan berada di mana saya berada sekarang. Dan tanpa anda juga, saya tak mungkin akan teguh berdiri di sini. Terima kasih semua.

Kezutan-kezutan yang lain dapat pelukan daripada rakan-rakan penulis dan juga rakan blogger. All of u make my day. TQ … Dan tidak ketinggalan juga dapat cenderahati dan cederamata daripada mereka. Penuh satu beg. Selepas ni kena bawa beg berjumpa dengan doctor kerana tali-talinya dah pecah. Berat sangat mengangkut novel. Hehehe …

Kenapa saya suka ke Pesta Buku kerana bukan sahaja dapat bertentangan mata dengan rakan-rakan penulis dan blogger, saya juga dapat bermesra dengan keluarga penerbitan di mana saya bernaung. Itu yang paling penting kerana saya memang suka menjalinkan kemesraan sesame sendiri yang akan buat saya selesa untuk terus berkarya di sana. Kalau tak ada kemesraan hati saya tak kan rasa happy. Kan?

Cukuplah untuk hari ini dan saya akan berceloteh lagi di masa akan datang. Wah … Daa … Assalammualaikum.

2 comments:

Anonymous said...

bawalah pulang kenangan selama kita bersama meski hanya 1 hari..., kak ila pasti merinduimu. kan kutunggu pesta buku selanjutnya. insyallah, jika allah masih mahu mempertemukan kita.

EBRIZA AMINNUDIN said...

Insya-Allah kak Ila ... kan ku bawa rindu ini bersama selamanya.