Saturday, April 26, 2008

Hanya Dikau DiTopup Ketika Berlangsungnya Pesta Buku 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua ... Saya kembali mencoret rasa hati di sini. Dah lama sebenarnya nak masukkan N3 ni tapi masa tidak mengizinkan. Saya dahulukan apa harus didahulukan, hehehe ...

“Ebriza, novel Hanya Dikau dah habis kat rak buku ni. Pagi tadi penuh, la ni tinggal kat rak sana je.” Kak Sharah memberitahu saya sebaik saja saya bertemu dengannya ketika Pesta Buku Antarabangsa sedang berlangsung. Terkedu saya seketika dengan rasa tidak percaya.

“Betul ke kak? Kenakan saya ye?” Masih tidak mahu mempercayainya.

“Betullah, kalau tak caya tanya Aishah.” Ujar Kak Sharah lagi dengan senyuman yang masih terkuntum di bibirnya. (Wajah Kak Sharah sebiji macam wajah rakan seuitm saya membuatkan rindu pada Ietot hilang bila menatap wajah Kak Sharah.) Akhirnya saya akur dan ..

“Syukur Alhamdulillah.” Itulah yang saya ucapkan sebaik sahaja mendengar berita ini yang sememangnya menggembirakan hati saya yang agak berkeceramuk di kala itu. Wajah sedih ketika sebelum berangkat ke sini kerana mama belum pulih sepenuhnya daripada sihir orang, kembali jernih dengan berita yang tidak terduga ini. Saya juga tidak menyangka, pertama kali novel saya berada di bawah label Best Seller. Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.



Pada keesokkan harinya, saya ke Booth Buku Prima seperti yang telah dijadualkan. Kehadiran saya disambut oleh Encik Ali dan Erina. Sekali saya dikhabarkan bahawa Hanya Dikau laju betul penjualannya walaupun baru 3 hari pesta buku berlangsung. Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran. Menurut En. Ali, novel ni dah beberapa kali ditopup. Memang sesuatu di luar jangkaan. Selain daripada novel saya, novel Qaseh Qaisy – Ramlah Rashid, Bila Hati Berbicara- Antasta Balqis dan Khilaf Kasih – Zulaila juga sudah banyak kali ditopup. Bangganya saya berada sebaris dengan mereka.

Memang saya tidak terduga, bintang saya semakin menyinar setelah saya menyertai keluarga Buku Prima. Nama saya juga semakin melonjak kerana mungkin pihak penerbitan Buku Prima memberi kebebasan kepada para penulisnya untuk melakarkan hasil karya mereka melalui jiwa. Novel yang saya lakarkan melalui jiwa akhirnya mendapat sambutan di luar jangkaan walaupun ia memang bersifat santai. Ini jiwa saya ... ini hati saya ... untuk apa saya tukar genre jika tidak kena dengan jiwa saya tapi tak bermaksud saya sudah tidak ingin mencuba genre yang baru. Saya akan terus mencuba untuk melangkah dengan lebih jauh lagi dalam bidang ini. Seperti saya pernah katakan sebelum ini, izinkan saya merangkak sebelum saya berlari ke puncak.

Sebenarnya, saya selesa dengan penerbitan ini kerana Buku Prima mampu membuka ruang untuk saya mengasah bakat yang dianugerahkan dalam pelbagai genre. Selepas novel kanak2, saya mungkin akan cuba novel remaja pula tetapi cerita pengembaraan dan memang lari daripada cinta remaja. Cukuplah novel dewasa sahaja yang bertemakan cinta daripada pelbagai sudut kehidupan daripada saya. Saya juga ingin juga mencuba sesuatu yang baru. Bagi saya Buku Prima adalah platform untuk saya terus mengasah bakat daripada semasa ke semasa.

Terima kasih kepada Buku Prima kerana menerima kehadiran saya seadanya. Terima kasih juga kepada penerbitan lain yang telah memberi peluang kepada saya untuk bernaung di bawah syarikat penerbitan anda. Jasa anda semua yang menjulang kejayaan ini akan saya junjung selagi nyawa di kandung badan.

Saya akan memberi yang terbaik selagi keringat saya diperlukan. INSYA-ALLAH.

Salam Sayang dan Salam Hormat Untuk Anda Yang Sudi Berkunjung Ke Sini.

6 comments:

Delly said...

Hi kak! Congratulations kejayaan Hanya Dikau!

EBRIZA AMINNUDIN said...

Hai dell,

Bertuah sbb ada nama Dell kot - ZAILA. hehehe ... tapi singkatan dia dah ditukar kepada Zai. TQ

Anonymous said...

tahniah ebby..moga terus lah berjuang jgn patah semangat kalau ada yg komen anggap komen tu satu ujian..dari terbaik,terlaris menjadi cemerlang, gemilang dan tak terbilang laris nya...mcm goreng pisang panas wow!!!

EBRIZA AMINNUDIN said...

wow ... tingginya impian mama ... hehehe ... inya-allah. izinkan saya merangkak sebelum berlari ke puncak utk menjadi yang terbilang, cemeerlang dan gemilang. doakan saya. Alhamdulillah

Anonymous said...

salam iza.. tumpang gembira utk mu!

-nor ash burn-

EBRIZA AMINNUDIN said...

TQ Kak Nor Ash Burn. Dah lama tak kunjung blog akak apa nak buat kat sini tak leh access blogdrive. huhuhu ... sedihnya.