Sunday, April 13, 2008

Glamour ke?

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bersua kembali kita di arena ini. Glamour ke? Bukan ditujukan kepada saya tetapi kepada sesetengah penulis yang menganggap diri mereka sudah cukup gah walaupun menghasilkan hanya 2-3 novel. Bukan saya hendak mengaibkan sesiapa atau pun bercakap besar tetapi ini yang saya lihat dengan mata kepala saya sendiri dan ini yang saya dengar dengan telinga yag dianugerahkan.

Apakah sekiranya mereka bernaung di dalam sebuah syarikat penerbitan gergasi bermakna mereka sudah cukup gah untuk menjadi penulis yang popular dan memandang rendah kepada kami yang bernaung di bawah syarikat penerbitan yang baru hendak membangun. Tidak layakkah kami duduk sebaris dengan mereka dan tidak bolehkah mereka menegur kami dan menganggap kami sebagai rakan seangkatan dalam industri penulisan ini. Kerana kita tidak akan ke mana dengan bersikap sombong dan bermegah diri.

Saya tahu siapalah diri saya untuk bergandingan dengan mereka tetapi saya amat terkilan apabila cara mereka berkenalan dengan saya seolah-olah saya tidak layak untuk bersahabat dengan mereka sedangkan penulis lain boleh menerima kehadiran saya tetapi tidak mereka yang bernaung di bawah syarikat gergasi ini.

Bagaimanalah saya tidak terasa apabila diri saya dipandang sesinis yang mungkin dan kata-kata mereka pula membuatkan saya terasa seperti seolah pesalah yang telah melakukan kesalahan besar di dalam industri penulisan ini. Sedangkan penulis yang telah memenangi beberapa pertandingan DBP juga tidak menganggap dirinya lebih popular daripada penulis-penulis seangkatan dengannya. Malah boleh membimbing kami lagi ke arah memantapkan penulisan yang sedia ada. Inilah contoh penulis yang baik. Lebih membuat diri dipandang rendah apabila ada yang tidak segan silu memberitahu bahawa mereka hanya mengenali penulis yang bernaung dibawah syarikat yang sama. Jadi, kami yang bernaung dibawah syarikat penerbitan lain tidak perlu dikenali dan dibuat sahabat???

Saya tahulah mereka telah mencipta nama besar dan sepopular yang mungkin dan mempunyai ramai pengikut atau lebih tepat dikatakan lagi sudah mempunyai peminat yang tersendiri tetapi tidak wajar mereka bersikap sombong seperti itu kepada kami penulis yang baru hendak meningkat naik. Apa salahnya sekiranya kami dianggap sahabat juga. Saya yang hendak membeli novel mereka juga berfikir 2 kali setelah melihat sikap mereka yang sebenar. Sepatutnya kita di dalam industri ini saling sokong menyokong tetapi … entahlah fikirlah sendiri.

Mudah-mudahan saya tidak akan mempunyai sifat dan sikap yang sebegitu apabila diri sudah berada di ambang gah. Mudah-mudahan juga saya akan bersikap sama rata kepada semua rakan penulis saya dan juga kepada mereka yang ingin mengenali diri saya.


Salam hormat dan salam sayang untuk semua.

20 comments:

Anonymous said...

hai. begitulah adat dunia dik. dan resam orang sombong tapi kosong dadanya.ingat peribahasa melayu lama, 'JADILAH SEPERTI PADI,SEMAKIN BERISI, SEMAKIN BONGKOK TUNDUK KE BUMI.'
dan ingat juga pesan mantan PM : MELAYU ITU MUDAH LUPA.
benar katanya itu,apabila sudah berada dipuncak,sukar sekali merenung ke bumi. gayat barang kali.
wallahualam...

Anonymous said...

Ebby,
Itu bukan penulis... tapi orang bodoh yang sombong!

Jangan sedih, mereka yang bodoh sombong ni ler yang sebenarnya tak layak duduk sama tinggi ngan kita!

Orait Ebby.. keep kool! :)

Friend always and forever!

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

erm nak mencelah sikit buleh... sebenarnyakan orang yang bodoh memang tak pernah nak mengaku dirinya bodoh sebaliknya sering berlagak... samada menunjukkan yang dia pandai atau yang terhebat, tapi orang yang bijak dan hebat [kalau benarlah dan tahu akan erti sebenar bijak dan hebat tu] tak pernah mendabik dada sebaliknya sering merasakan bahawa apa yang dimiliki masih tidak mencukupi dan belum layak dinobat sebagai yagn bijak dan hebat. Kita bukanlah penentu kepada sesuatu atau siapa diri kita, sebaliknya yang menentu adalah orang-orang disekeliling, yang menilai bukan dari satu sudut tapi dari keperbagaian sudut. Apa guna bijak dan hebat kalau akhlak dan perilaku buruk..... jadi renung-renungkan dan ingatlah selalu... setiap dari kita pasti merangkak sebelum bertatih, bertatih sebelum berjalan dan akan jatuh sebelum kita bisa berlari......
Kawan sejati akan sentiasa di sisi walau apa jua situasi yang kita hadapi.... pendorong untuk sama-sama memanjat tangga kejayaan tanpa hasad mahupun dengki dalam iri.....

EBRIZA AMINNUDIN said...

Kak Ila,
Kan ku pegang nasihat mu dan ku semat di dalam hati dan sesungguhnya kaulah pendorong utama aku dalam meneruskan perjuangan ini.

JN,
Bukan sedih tapi terkilan kerana mereka juga seperti kita sebelum menjulang nama sehingga ke puncaknya.

Yeahh ... friends forever.

Pu3,
Terima kasih kerana sering berada di sisi aku ketika aku memerlukan seorang sahabat.

Eny said...

abby,
errr, maaflah nak tanya ni? mcm mana nak ckp ek? yg N3 ni, termasuk saya ke? sy minta maaf byk2 andai sikap sy masa jumpa abby tempoh hari pun buat abby terasa. sy terpana + segan. sy tau abby dah lama menulis. rasa teruja pun ada masa tgk abby...hehe
andai N3 ni tak ada kena mengena dgn saya pun, sy masih nak minta maaf ya abby...huhu

EBRIZA AMINNUDIN said...

Eny,
N3 ni tak ada kena mengena dengan awak kerana kita sebumbung dalam syarikat penerbitan yang hendak membangun. Hehehe ... kenapa lak awak boleh terasa ek. Saya nak borak dengan awak pd masa tu tapi tgk awak diam dan pandang saya buat saya pun segan dengan awak. kehkehkeh ...

Dun wori ... kita kan masih sahabat utk selama2nya. cayang awak.

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

ala kita nak juga... muuuaaahhhhh kat pipi honey ngan eny... hehhehehe honey.. eny.... cam sama jer..... apapun pu3 sorang ni memang suka interframe... jangan marah ahhhh'

Tak ada yang baru, mana mungkin ada yang lama.... yang lama di hormati, yang baru di alu-alukan... dunia penulisan ini bukan milik atau hak mutlak kita... sementara allah izinkan ilham datang dan dipermudahkan untuk kita mengarap bersyukurlah.... bukanlah lebih baik dan cantik andai kita sama-sama berkongsi pandangan bagaimana untuk memartabatkan penulisan untuk penulis sebangsa dan seagama agar hasilnya lebih indah dan dipandangan dunia dan masyarakat lain.... tak kan dalam arena ini pun ada parti A, B dan C.... fikir-fikirkan......

Eny said...

ahhh...leganya sy baca reply abby & pu3. moh kita hugging3 bertiga hehe. kita ni sama2 malu2 kucing la ya hari tu hehe. mlm td sy dok pikir, aku pun salah sorg dr yg abby maksudkan kot sbb....tak sabar nak bangun pagi ni sbb nak baca reply abby.
well...tq abby & pu3 for yr support. sapalah kita yg junior ni klu tak yg senior tunjuk ajar. cayanggggg u all

Anonymous said...

Pu3,
bujang yang seorang ni ko taknak bagi muaahhh ker hah? (ikut gaya nasir bilalkhan) ekekekekekekek

Seorang Nazurah said...

ebriza,

bg sy yg tersangat baru dalam dunia penulisan ini, sy melabelkan diri sebagai pemalu dan berat mulut dan sedang berusaha untuk keluar dari kepompong malu itu.

jujurnya, sy tak kenal sesiapa coz sy sgt kurang membaca novel (maafkan sy)tp sy sering berbisik pada teman penulis semeja, siapa itu, siapa dia... sudah tahu orgnya siapa, sy masih malu utk menegur... konklusinya sy MALU...masih malu-malu...(sy tak marah kalau ada org kata sy sombong, mungkin mereka menilai sy dr rupa sy yg garang)

dalam ruang otak sy yg sempit ini, sy cuba merakam sebanyak wajah yg mungkin agar tahun depan jika ada peluang sy tak mahu lepaskan peluang utk beramah mesra dgn penulis lain.

tahun depan sy harap dpt bergesel pipi dengan ebriza dan lainnya... insya allah...

p/s : amboi john...nk muah2 jugak ya...

EBRIZA AMINNUDIN said...

nazurah Aishah

Saya pun tak kenal awak lagi tapi n3 yang mendapat sambutan hangat ni bukan dituju kepada awak tetapi somebody else. Lain kali tegurlah coz i'm very cool. saya ni kalau orgtak tegur dulu memang payah nak tegur org. PEMALU lah katakan bukannya SOMBONG tau. hehehe ...

Awak terasa ke dengan n3 ni? Sorry ler ... awak, saya dan yg sering berkunjung di sini masih di dalam penerbitan yang ingin membangun dan masih belum blh dikategori penerbitan yg gah. Mereka tahu mereka yang saya maksudkan di dalam penerbitan yang mana.

Nazurah, lain kali jumpa kita bergesel2 pipi ye. Muahhss utk awak yg baru ingin dikenali. Kita kawan ye. :)

Seorang Nazurah said...

tidak sama sekali...

sy cuma melontarkan pendapat coz sy juga merasakan apa yg ebriza rasa.

bagi sy yg masih baru dan malu pulak tu, tentu mengharapkan keramahan orang lama supaya kita rasa diterima. bkn nak manja atau besar kepala...kalau kita terlebih mulut, nnt org kata lebih pulak... hehehe...

EBRIZA AMINNUDIN said...

nazurah aishah ...

Betullah kata awak ... itu yang saya terasa sangat bila penulis yg perasan glemer ni memandang saya dengan cukup sinis. salahkah kalau saya ingin bersahabat dengan semua penulis tidak kira lama ataupun baru. pape pun saya cukup menghormati kak Suraya sebb dia yang tegur saya dulu. Kalau dia tak mula dulu, saya tak kan jadi rapat dengan dia sebagaimana sekarang. Bergesel2 pipi lagi.

Nazurah ... satu kemusyikilan, Kenapa nama John ada sekali dalam ruangan ni? (Sambil tergaru-garu kepala.)

Seorang Nazurah said...

tu.... kat atas sinun ada komen encik john...

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Amboi-amboi AC!... dah jadi Mat interframe ekkk.... hehehehehe nak gesel-gesel pipi.... bukan mahram da... ingat sikit... apa kata kalau kita gesel-gesel pinggan PIZZA... ahaks.....

Honey dan Nazurah,
Dalam dunia ni ada berbagai manusia... ragam dan tingkah... sombong, iri, bongkak, perasan malah segala yang sewaktu dengannya juga ada di dalam golongan manusia ni. Hidup tak cantik dan tak berperisa kalau manusia sebegini tak ada.... nak tahu kenapa mereka wujud... kerana allah nak beri peringatan hindari diri kita dari punya sikap sebegini kerana tak seorang pun dari golongan manusia yang suka atau menyukai punya kawan atau kenalan yang punyai sifat sebegini. Jadi, kita dapat muhasabah diri untuk tidak tergolong dalam golongan sebegini.... insyaAllah kan honey, Nazurah. Kalau nawaitu kita betul, apa yang kita usahakan akan dipermudahkan olehNYA..... Amin....

Eny said...

nazurah...sy ari tu pun cenggitu. nasib baik fir ada kan abby? dia yg kenalkan. klu tak, pandang kosong ajelah kat abby ari tu sbb tak kenai. tp tak smpat gak nak beramah mesra dan gesel2 pipi kan abby? tak pe...tgu thn depan...double triple gesel pipi wakakakaka....

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Nak merempit gesel pipi gak buleh tak.... hehehehehhe biarlah kita sesama kita yang sewaktu dengannya sahaja yang havoc dan bergesel-geselan... hehehehe pipi ekk... samada bertriple atau sampai pipi gebu jadi cam apam balik.... boleh kan eny... tapi kan pu3 geram nak cubit pipi Fieda... rasa gebu jer... dan ni minah penang sorang ni... pun sama, hari tu tak dan dan tak teringat.... siaplah dia taun depan.... tapi pssssttttt honey, boleh ke... tah-tah masa tu dia datang dengan 'BODY GUARD' dia kot... ehhehheheee eh nak nyanyilah sikit...

Sapa bila novelist publisher kedai mamak tak menawan, tak mengancam dan tak boleh mengegerkan...

EBRIZA AMINNUDIN said...

lehai nazurah ... tak perasan pulak yg ada n3 Encik John kita yang nak muah daripada cik Pu3 Gunung Jerai kita. hahaha ... cemana lak boleh termiss out ni. Saya nampak N3 awak je tak nampak plak N3 di atas awak. Hehehe ...

Enny,Saya pun tak kan perasan awak sekiranya tak dikenalkan oleh Firda. Jadi kita seri satu sama ler ye ...

JN, awak yakin ke pu3 akan bagi muah2 pada awak? Bukan muhrim tau. Hehehe ...

Pu3,
Nak cubit pipi aku ye ... tak pa tunggu taun depan aku yang buat dulu kat hang.Body guard? Kahkahkah ... minah penang ni mana reti pasang body guard kecuali sekiranya telah ditemukan dengan bodyguard abadi. Hehehe ...

Wei dah ler tu ... novelist kedai mamak pulak dah ... teruk betui hang ni sweet.

Eny said...

wakaka pu3....meh aku jd back singer hehe. hmmm sodapnya lagu tu.
aku pun nak cubit pipi hangpa dua org...thn depan la no...

EBRIZA AMINNUDIN said...

Pu3 ...

Pipi eny pun best gak ... kita terjah dia tahun depan macam mana? Aku pipi sebelah kanan dan hang pipi sebelah kiri. hehehe ... tak payah pakai pemerah pipi dah si eny ni.