Assalammualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua yang hadir dan sudi bertandang ke sini.
Bicara dalam Ruang Rindu kali ini hendak mengutarakan tentang KARYA AGUNG mengikut definisi saya dan bukannya dalam kamus ataupun orang lain.
Bila saya katakan saya sedang menyiapkan KARYA AGUNG bermaksud bukan karya itu yang diiktirafkan oleh orang lain sebagai karya agung yang terbaik sebaliknya semua manuskrip yang sedang dalam proses penyiapan saya, saya menganggapnya sebagai KARYA UTAMA yang didefinisikan oleh saya sebagai KARYA AGUNG. Itu maksud saya yang sebenarnya. Jangan ada sesiapa yang salah mentafsir apabila saya katakan saya sedang menyiapkan karya agung kerana ia akan merujuk kepada karya utama dalam tahun itu untuk penerbitan yang telah saya pilih bagi proses penghantaran.
Saya tahu, karya-karya saya yang lebih bersifat santai masih belum boleh menjadi Karya Agung sebagaimana tafsiran sesetengahnya melainkan jika karya saya mendapat tempat terbaik atau memenangi sesuatu pertandingan. Saya tahu, kewujudan saya di dalam industri seni penulisan ini tidak ramai yang suka dan saya tidak tahu apa masalah mereka sedangkan saya menganggap persaingan daripada penulis lama dan penulis baru sebagai satu persaingan yang sihat.
Kalau boleh berbangga dengan terhasilnya 10 buah novel dalam masa yang singkat sejak saya menceburi diri dalam tahun 2004, saya akan berbangga dengan diri saya dan menabik dada kerana tidak ramai penulis yang boleh menghasilkan 10 buah novel dalam masa yang singkat terutama sekali dalam karya utama yang tebalnya mengalahkan kek lapis bukannya novel kanak-kanak, E novel dan sebagainya tetapi saya tidak begitu. Ini tidak bermakna saya tidak berbangga dengan apa yang telah saya capai tetapi saya masih belum puas dengan pencapaian saya. Maka dengan itu, saya masih lagi mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki diri dalam industri ini. Saya tidak akan berpuas hati selagi apa yang saya idamkan, inginkan dan impikan masih belum saya capai.
Apa impian saya? Tak perlulah saya warwarkan di sini kerana saya tidak mahu pengunjung yang tidak menunjukkan dirinya akan mencebik dan memandang sinis lagi kepada saya. Sudah cukup apa yang saya terima. Dihentam, dibambu mahupun dimalukan depan orang ramai tapi saya tetap COOL kerana saya tahu di tahap mana saya berada sekarang. Namun pada mereka yang tidak senang dengan saya, saya akan terus menjadi pemerhati dalam diam untuk melihat sejauh mana kejayaan dalam industri ini akan mereka langkah dan menggenggaminya. Jangan ingat saya diam bermakna saya tidak tahu apa-apa. Saya akan ikuti perkembangan org-org sebegini (yang perasan diri mereka sudah terlalu bagus daripada orang lain) dari semasa ke semasa. Buktikan pada saya yang awak tu memang benar2 handal dan mampu melangkah jauh daripada saya. Pada saat itu saja saya akan menghormati MEREKA yang dalam pemerhatian saya. Industri penulisan ini kecik saja sayang ... Pi mai Pi mai akan berjumpa dengan orang yang sama walaupun anda berada diseberang sana yang dipisahkan oleh samudera.
Saya percaya pada rezeki Allah swt, oleh itu saya akan grab peluang yang datang tanpa menoleh ke belakang lagi. Apa saja bentuk penulisan akan saya sapu sekiranya diberi peluang itu. Terserahlah pada mereka di luar sana hendak menganggap saya ni sebagai penulis apa. Yang penting saya tahu apa yang saya lakukan.
Rasanya dah cukup kot bebelan saya yang panjang berjela ni nanti ada pula orang yang sakit hati dan memandang sinis lagi kepada saya. Terserah pada mereka untuk menilai hasil karya saya walaupun bersifat santai sama ada bagus ataupun tidak. Hanya mereka pembaca novel yang akan menilaikan di mana anda berada.
Buat mereka yang pernah membaca dan mengomen mahupun mengreview hasil karya saya, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana mengiktirafkan kehadiran saya dalam industri ini. Insya-Allah, mudah-mudahan diizinkan Allah saya akan mengikut resam padi iaitu semakin berisi semakin menunduk dan suatu hari suatu ketika anda akan melihat saya sebagai penulis yang berbeza daripada sekarang. Biar saya merangkak dahulu sebelum saya boleh berlari ke puncak dalam industri SENI PENULISAN ini.
Assalammualaikum.

4 comments:
jangan takut ebby, sebab setiap rezeki tu Allah mmg dh tetapkan untuk kita. karya santai ker, karya berat, karya kanak-kanak... semuanya dah ada bahagian memasing
Jangan jadi orang lain, jadi diri sendiri agar bile terciptanya satu-satu karya tu, awk akan puas hati sangat-sangat...
Good luck and all the best for your next KARYA AGUNG! :) :)
John,
Maraming-maraming salamat haa .. For All Your Support. Much Appreciate:)
Hello Ebriza,
Kadang2 seronok gak baca u punya entry kat sini.
I believe passion is more important than recognition.
Ur on the right track. keep it up!
Hai Mazrie ...
Kalau seronok, selalu ler bertandang. hehehe ... Muchas Gracias for your support on my writing.
Post a Comment