Tuesday, April 8, 2008

Kenangan Manis - Pesta Buku Antarangsa 2008


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Untuk memenuhi janji saya bagi memaparkan kenangan di pesta buku 2008, inilah N3nya.

(04.04.2008 – Sehari sebelum berangkat ke Kuala Lumpur)
Tepat jam 3 petang:
“Kak Iza, mama jadi balik. Tolong telefon Pak N.” Terdengar suara adikku Zuhair di corong telefon dan juga suara mama yang hendak ke rumah tok.

Saya tak tahu ke rumah tok mana dia hendak pergi. Wajah saya sudah pucat lesi dan hati sentiasa berdebar. Ada lagi 3 jam utk saya pulang. Saya terusmenelefon pakcik yang rapat dengan saya. Nasib baik abah saya ada di rumah semasa mama kerasukkan, jadi tak lah risau sangat. Namun, saya selarat manalah kudrat tuanya ingin menahan mama yang sedang meronta. Masuk kali kedua adik saya telefon, terus saya habiskan kerja secepat yang mungkin dan telefon bos yang ada di PISA untuk meminta pulang awal (kebetulan memang saya sorang je di ofis kerana semuanya ke exhibition di PISA), nasib baiklah bos benarkan.

Malam itu, abah memanggil rakan-rakannya yang agak pandai berubat walaupun tak sehebat yang sebelum ini. Sebaik sahaja rakannya itu membaca ayat2 Al-Quran, mama terus meronta dan suara juga sudah bertukar ke sami budha siam. Jenuh juga hendak menahan rontaan mama. Penat kerana dia melawan dan meumbuk. Saya hampir2 membatalkan perjalanan ke PWTC, Kuala Lumpur sekiranya mama masih tidak sedar dan benda alah tu masih tidak mahu keluar. Tetapi Syukur Alhamdulillah, tepat jam 10pm benda alah tu keluar dan barulah mama dapat mengucap dan menyebut kalimah Allah kerana dia tinggal di hati membuatkan mama sukar untuk mengucap. Saya menyatakan hajat untuk membatalkan agenda ke KL tetapi dia suruh pergi juga kerana tiket dah beli dan dia member jaminan dia akan okey. Saya keberatan tetapi diyakinkan dengan sepenuh hati.

(05.04.2008 – Masanya sudah tiba)

Pagi Sabtu itu, mama dan adik hantar saya ke stesyen bas. Walaupun berat hati, saya berangkat juga dengan doa agar mama selamat daripada serangan Syaitan Durjana itu. Baru melangkah ke dalam bas,
“Excuse Bos, U Have A Text Message” Hehehe peti mesej ku berbunyi dan pantas saya membuka inboxnya.

“Awak dah bertolak ka?” Salah seorang rakan penulis bertanya. Saya tersenyum dan membalas baru hendak bertolak. Lama juga di dalam bas tu. Tepat pukul 12.30pm, ketika itu bas baru sampai ke stesyen komuter, sekali lagi rakan penulis yang sama menelefon bertanyakan saya di mana. Tersenyum saya dibuatnya kerana dia mencari saya di booth FP & Buku Prima tetapi tidak bertemu. Saya cakap padanya yang saya baru sampai dan hanya pukul 2pm saja akan berada di booth FP.

Setibanya di hotel, saya bergegas mandi dan mencalitkan warna-warni di wajah agar Nampak ceria. Memang agak kelam kabut sedikit pada masa tu sebab ramai yang dah menggesa. Pu3Imaniesya dah menelefon saya untuk ke booth bersama2 dan dia menunggu dia perhentian teksi PWTC. Nampak dia saja, terus kami berdua mengatur langkah berjumpa dengan Bikash dan Fishah sebelum ke FP. Kali ini booth sesame sendiri dekat2 betul sehingga susah hendak mengatur langkah. Sampai je di booth, pokcik mersik dah menegur dulu, jadi stesyen ler dulu di Karnadya. Bergambar dan berbual panjang. Maklum lah setahun sekali baru bertemu (macam raya kan?). tiba-tiba,

“Abby, mamajambu nak sangat jumpa dengan awak.” Rafishah beritahu. Terkedu gak kerana tak sangka akan bertemu dengan mamajambu yang sebelum ini dikenali melalui nama saja. Berpeluk-pelukkan ler ketika berjumpa. Happy sangat. Thanx mamajambu kerana sudi turun ke pesta buku tahun ni.

Seketika kemudian, saya dan Pu3 diserbu pula oleh Arjuna Chinta yang digelarkan kepadanya, siapa? Tak kan tak kenal si John Norafizan ler novelis Garis-Garis Dejavu tu. Riuh seketika di booth FP walaupun kami berdiri aje di situ. Pertama kali bertentangan wajah dan mata dengan jejaka idaman Malaya ini membuatkan hati ini puas kerana tidak lagi mengenalinya pada nama sahaja. Sekejap sahaja berbual kerana dia terpaksa bertugas. Manakala kami terus menempek di booth FP untuk berbual2 dengan sesame penulis.

Kak Mas, Kak Manjlara (novelis Persis Sebutir Pasir),Kak Wan Amalyn, Kak Jijotisme, Ariyatna, Kak Zalisa Mas, Ainin Naufal, CT semuanya dapat bertemu di sana. Lagi bertambah bermakna kedatangan saya pada hari itu. Seronoknya hati tidak terkata. Sudahlah dapat berbual panjang, dapat pula bertentangan mata. Siapa yang tak seronok.

Haa ini satu lagi, lain yang nak serbu, lain pulak yang menyerbu. Kah kah kah … Hafirda Afiela (novelis FP). Ye-ye saya nak serbu dia tapi dia yang terjah saya dulu. Mana taknya, saya tak kenal dia sedangkan dia kenal saya. Geramnya tapi sempat peluk, syoknya … hehehe. Kawan baiknya yang saya kenal sebab dia dah menglemerkan rakannya itu di dalam blog. Sekali lagi blog FP riuh rendah dengan suara kami. Seketika kemudian, selepas kedatangan Marwati, uncle Pakeer ajak kami semua makan, perut yang kosong, bedal ajelah apa yang terhidang di hadapan mata. Kedatangan Alyze yang saya tunggu-tunggu, sekali lagi pwtc digegarkan dengan suara kita orang. Memang meriah beb.Satu-satunya kenangan yang paling manis. Akhirnya dapat juga bertemu dengan minah Singapura ini. Psst … yang paling menariknya tentang si Alyze ni … di luar lebih muda daripada dalam gambar. Keh keh keh … serius. Lebih cun gitu.

Malamnya pulak, saya dan adik ajak Alyze and her hubby ke Petaling Street (PS) sebab dia nak beli barang. Kemudian, kami makan malam. Sis, Thanx sebab belanja. Terharu sangat.

(06.04.2008 – Ahad)
Dapat mesej daripada Kak Ramlah Rashid yang suruh saya pergi ke booth Buku Prima dulu sebab dia agak lambat. Hari ni pun best juga sebab ramai yang bertandang ke booth walaupun Hanya Dikau sudah lama di pasaran tetapi yang membuat saya mengangkat tangan mengucap syukur, menurut pihak penerbitan, novel ini sudah beberapa kali di topup. Memang laris dan akhirnya penat lelah berbaloi. Daripada Kak Syara, saya mendapat tahu novel kanak-kanak yang dijanjikan akan menemui peminatnya di Pesta Buku April ini tidak dapat dipenuhi kerana tersekat di Printing. Saya faham kesibukkan Buku Prima dalam menerajuinya dan apa yang boleh dilakukan selain redha. Sekejap saja, booth saya dipenuhi dengan rakan-rakan seperti Alyze, Pu3 dan yang lain2.Apa lagi bergambar sakan ler kami. Alyze … I nak tau gambar kita berdua tu. Jangan lupa emailkan. TQ.

Pukul 12.30pm JN ajak kita orang makan Pizza Hut .., lepas teringin. Hehehe… TQ so much. Murah rezeki awak. Lepas makan, saya terus menjadi penanti setia di booth Buku Prima. Dapat gak berbual-bual dengan Kak Zulaila dan Siti Rosmiza serta Kak Ramlah Rashid semuanya novelis Buku Prima. Kami bertukar2 cerita memang meriah. Menjelang malam, saya mengajak Kak Ramlah dan Kak Zu shopping buku dan melepak di Jemari Seni seketika sebab saya nak jumpa Kak Suraya. Lepas rindu. Tapi lupa nak ambik gambar ler…

Banyak juga buku yang saya borong selain novel. Akhirnya Buku Hadis dan Peribahasa dapat juga saya miliki dengan harga istimewa. Alhamdulillah. Malam ni saya tak keluar join Alyze and Kak Manjlara sebab saya nak berbual2 dengan Khazlin my best friends yang dah lama tak jumpa kerana ada benda yang kami hendak luahkan sesame sendiri. Hehehe …. Apa bendanya , biarlah rahsia. Masalah Negara.

Dapat juga jumpa si Hasni adik angkat yang dikenali melalui Friendster dan sms. Pendek kata Pesta Buku kali ini memang meriah. Tapi yang terharunya apabila Kak Manjlara kirim makan malam nasi lemak kampong baru dan otak2. TQ so much. Tak terkedu seketika dengan layanan yang diberikan oleh mereka. Sesungguhnya pertemuan kali ini amat bermakna. Sayang korang daripada dulu lagi.

(07.04.08 – Hari Terakhir di PWTC KL)
Memandangkan kesihatan mama yang tidak mengizinkan saya berada di Pesta Buku Terlalu lama, saya terpaksa pulang awal pada hari ini walaupun sudah berjanji aka nada di booth sehingga pukul 3pm. Walaupun tiket bas telah diambil awal iaitu pukul 12pm, saya tetap memenuhi janji saya untuk berada di booth Buku Prima selama sejam setengah daripda pukul 10am-11.30am. jadilah ye … Last-last kopek ni ada gak yang mengambil tandatangan saya. Terima kasih yang tidak terhingga untuk mereka yang memiliki novel HANYA DIKAU. Harap-harap anda semua akan berpuas hati membaca novel ini karya pertama saya dengan Buku Prima.

Tepat jam 4pm, saya dah sampai Penang. Ah leganya. Alhamdulillah juga mama kelihatan sihat walaupun sedikit pucat. Kenapa ye pendengki masih tidak mahu insaf lagi. Saya tidak tahu selama mana tahap kesabaran saya mampu bertahan untuk menghadapi situasi ini. Yang sudah tu sudah la … kenapa tak mau berhenti lagi. Tension tau tak.

Walau apa pun, kunjungan saya ke Pesta Buku Kali ini memang memberikan saya seribu satu kepuasan dan kenangan manis yang tidak terucap dengan kata-kata. Lebih meriah daripada tahun lalu. Sebenarnya saya suka datang ke Pesta Buku untuk menemui rakan-rakan penulis yang bukan selalu dapat bertemu. Rindu yang menggunung membuatkan saya tidak betah untuk menolak daripada berkunjung.

Untuk semua kawan-kawan dan penggemar karya saya, terima kasih yang tidak terhingga. Sayang anda semua. Harap-harap dapat bertemu lagi tahun depan sekiranya umur panjang dan ada rezeki. Daa …

11 comments:

Anonymous said...

Ello!
Memang best kan pesta buku kali ni.... dan yang paling best tentuler dapat borak-borak ngan ebby secara realiti! ehehehe.. nati kiter jumpa lagi tau!

Anonymous said...

salam ebby..mmg best kan dpt bertemu di alam realiti senyum lum ilang ni..lain kali kalau nk turun mesti buat bincang betul2 agar seme dpt berkumpul serentak kan kita gegar kan pwtc ngan geng2 blogger n penulis nya sekali hehehe.Mama rasa ini lah saat paling manis kan dpt jumpa ebby n john.Moga mama ebby sihat hendak nya doa mama dari jauh utk nya.

EBRIZA AMINNUDIN said...

John Norafizan.
Hai ... yup memang best giler. Selain dapat berbual dengan rakan penulis secara realiti dapat gak beramah mesra dengan keluarga penerbit. Cerah masa depan.

Mamajambu,
Ye .. ye betul tu mama. Kalau nak turun lain kali kena set betul baru dapat bertemu. saya pun tak sangka mama ada time tu. Hepi sangat. dapat peluk lagi. tu yg terlebih hepi. :)
Terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya. sayang mama

Catatan ZZ said...

Huhu...sedih...tak dapat jumpa nampaknya kita utk pesta buku 2008. Harap kita dpt bertemu di lain masa...

EBRIZA AMINNUDIN said...

tanne,

Saya pun sedih gak sebab dah lama saya nak jumpa dengan awak. Insya Allah, di lain kali mungkin ada rezeki kita utk bertemu.

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

kita pun cedih tak ada owang nak jumpa gozila malaya ni.... uhuuuuuuuu

EBRIZA AMINNUDIN said...

pu3 ...

ramai yg nak jumpa hang. depa kata hang the misterious girl. hehehe ... nampaknya URH berjaya memikat hati semua. cayalah ...

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

HA!!!!! Misterious GIRL....hahaha nak tergelak besaq aku dengaq.... bukan tak bersyukur kalau URH dapat pikat hati pembaca, tapi bila terkenangkan yang aku ni dilabel dan dicop yang tak dak iktiraf oleh sirim..... apapun thanks to you honey... hanglah sahabat dan teman.... yang memang mesra dan segala yang sewaktu dengannya.....

EBRIZA AMINNUDIN said...

I'm Always here if u need me or anyone need me.

Anonymous said...

uwaaa.....jelesnye dia dpt jumpe kak alyze....

EBRIZA AMINNUDIN said...

misscun,

tahun depan kita jumpa yek bagi jeles itu alyze. Akak Alyze ni jambu orgnya tahu. serius beb.