Monday, April 21, 2008

REVIEW: Garis-Garis Dejavu - John Norafizan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ... Sebenarnya saya memang kurang arif dalam bab-bab mengreview novel ini (maklumlah dah lama tinggal sejak tamat Uitm dulu. Hehehe) tapi tidak salahkan sekiranya saya sekadar ingin mencuba. Inilah novel pertama yang akan saya review. Kalau ada salah dan silap harap maaf dipohonkan.

Bagaimana anda rasa sekiranya MENCINTAI ORANG YANG TIDAK DICINTAI? Bagaimana pula rasanya sekiranya orang yang TIDAK DICINTAI itu adalah diri anda sendiri? Terasa bagaikan terjatuh dari gunung yang amat tinggi, kemudian mendaki semula gunung itu sehingga seluruh badan sakit-sakit dan melompat sekali lagi dan lagi dan lagi ... Sampai anda tidak tahu sama ada anda masih lagi hidup atau telah menghembus nafas terakhir? Memang sukar untuk belajar MENCINTAI ORANG YANG TIDAK MENCINTAI ANDA atau belajar MENCINTAI ORANG YANG ANDA TIDAK CINTAI.

ASHRAF
Telah menjadi seorang suami yang bertanggungjawab walaupun cuba mencintai Nini yang tidak pernah dicintai itu. Kata Rumi, Pasangan Yang Bercinta Bukan Bertemu Di Satu Tempat Akhirnya. Mereka Sudah Bersama Sejak Azali Lagi. Dan cinta itu hanya milik Laila yang sejati.

Walaupun Ashraf cuba menipu dirinya dengan belajar mencintai Nini isteri yang telah dikahwini, namun jiwanya masih kosong selagi cinta yang abadi masih menjadi milik wanita yang merupakan cinta pertamanya.

Memang sukar untuk melupakan cinta pertama kerana cinta pertama merupakan laluan hati untuk merasai pengalaman yang berharga. Namun sekiranya cinta pertama menyakitkan, apa salahnya membuka laluan hati untuk merasai cinta yang kedua walaupun sukar untuk menghalau cinta pertama yang masih mengungguli carta hati.

Sekiranya cinta pertama dan abadi itu masih tidak mampu disingkirkan dari lubuk hati, jangan sesekali cuba belajar mencintai orang yang tidak dicintai kerana ia akan memusnahkan kehidupan yang bakal dibina.

NINI
Akibat telah mengahwini dengan lelaki yang tidak pernah mencintai dirinya, membuatkan dirinya terabai kerana suami sendiri tidak mampu memenuhi kekosongan di dalam ruangan jiwanya.

Akibat daripada itu juga membuatkan Nini hilang pertimbangan diri apabila ada yang sudi mengisi kekosongan ruangan jiwa yang ditinggalkan oleh sang suami sehingga menyebabkan kecurangan wujud dalam hubungan yang suci.

Oleh itu, pada arjuna cinta semua ... jangan sesekali mengahwini dia yang tidak dicintai sekiranya anda tidak mahu melihat seorang lagi wanita yang bakal menjadi Nini yang kedua. Berterus-terang merupakan ubat yang paling mujarab agar hidup wanita itu tidak disia-siakan dan dia mengetahui di mana kedudukannya di dalam carta hati anda yang merupakan Arjuna Cinta. Jangan semaikan harapan yang menggunung tinggi sekiranya anda Arjuna Cinta tidak mampu mengukuhkan jambatan harapan itu.

SURAYA
Kerana telah mempercayai cinta yang entah sejati ataupun tidak mengikut darah muda, dia telah diperdayakan sehingga tersungkur daripada landasan hidup yang abadi. Dia mengambil keputusan untuk menjadi murtad kerana percayakan cinta yang tiada pegangan yang kukuh.

Suraya terpesong jauh daripada agama Islam yang dianutinya sejak kecil kerana dek cinta palsu yang telah dicipta oleh Dia yang menganuti agama Kristian bagi menyesatkan umat Islam.

Dalam pengembaraan mencari indentiti diri dan kepercayaan pada tuhan, akhirnya menemukan Suraya dengan benda-benda pelik yang aneh untuk membersihkan minda dan jiwanya bahawa Allah SWT itu wujud dan Allah itu mampu melakukan apa sahaja walaupun diluar logik fakta sains untuk membawa kembali umatnya ke pangkal jalan.

Oleh yang demikian, haruslah diingatkan pada anak-anak muda yang mabuk dek panahan asmara yang begitu mengasyikkan agar tidak tersungkur daripada landasan hidup hanya kerana cinta.

DAMIEN/SULAIMAN
Anak kecil yang tabah dalam mengharungi sebuah kehidupan yang tidak pernah terfikir oleh anda. Walaupun payah dan perit, mereka tetap tega untuk meneruskan kehidupan ini dengan berbekalkan kepercayaan kepada Allah dan kesabaran yang tinggi.

Kepayahan hidup yang dilalui oleh anak-anak kecil ini tidak seharusnya dilalui oleh anak-anak kecil yang lain. Walaupun ketandusan kasih sayang daripada mereka yang bergelar ibu bapa, namun anak-anak kecil ini masih mampu menjadi anak yang soleh. Tidak semua anak-anak kecil dapat mengharungi kehidupan seperti mereka.

Mereka matang sebelum waktunya. Ketabahan, kesabaran dan kepercayaan membawa pengembaraan mereka berakhir dengan kebahagiaan. Alhamdulillah.

CETUSAN DARI MINDAKU:
KEKUATAN:

Garis-garis Dejavu mempunyai kekuatan yang kukuh daripada penyusunan plotnya, permainan emosi, klimaks dan pengakhiran yang begitu cantik. Penulis ini pandai bermain dengan gaya bahasa yang begitu puitis sehingga mampu menyentuh naluri kewanitaan saya. Gaya cerita yang menggunakan bahasa yang tidak terlalu sukar atau bosan mampu mengheretkan saya menghayati dalam jiwa watak-watak yang berada di dalamnya daripada muka surat pertama sehingga ke muka surat terakhir.

Tidak terlalu keterlaluan apabila saya menyatakan bahawa permainan emosi yang dilukiskan oleh penulis ini mampu menitis air mata saya daripada empangannya ketika membaca novel ini. Inilah hasil nukilan pertama karya daripada penulis LELAKI yang mampu menitiskan air mata saya.

Apabila karya ini dihasilkan melalui jiwa, maka penyampaiannya akan terkesan di dalam hati sehingga sukar untuk menanggalkannya. Inilah karya pertama hasil nukilan John Norafizan yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa, hati dan sanubari saya berbanding dengan hasil karya beliau yang terdahulu. Karya seperti inilah yang saya nantikan daripada penulis ini selama ini.

KELEMAHAN:
Sekiranya di pandang daripada mata kasar, Garis-garis Dejavu tidak mempunyai kelemahan namun satu sahaja yang terkesan oleh saya (hanya pendapat saya), penulis ini gemar menggunakan latar belakang Manchester dan negeri Timur Tengah. Hampir setiap karyanya akan berlatar belakangkan negeri-negeri ini terutama sekali Manchester. Mungkin ini trademark penulis, saya tidak tahu tapi sebagai pembaca saya inginkan pembaharuan dengan latar belakang negara yang lain.

PENGAJARAN:
Sekiranya hati anda masih diselaputi dengan cinta yang pertama, jangan sesekali anda cuba belajar mencintai dia yang tidak anda cintai kerana kehidupan pada masa akan datang tidak mampu mencorakkan kebahagiaan yang sebagaimana didambakan. Dan jangan sesekali anda membina jambatan harapan sekiranya anda tidak mampu mengukuh jambatan itu.

Jangan terlalu ghairah mengejar cinta yang hanya indah sementara sehingga mampu memesongkan diri daripada landas kehidupan yang sebenar. Sekali kita terpesong, hilang maruah dan harga diri maka apa yang dipertahankan selama ini sudah tidak berguna lagi.

Ibu bapa haruslah memberi kasih sayang sepenuhnya kepada cahaya mata mereka kerana cahaya mata itu adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai kepada anda. Bukan semua pasangan yang telah berkahwin bertuah memiliki zuriat. Oleh itu, hargailah cahaya mata anda dengan memupuk kasih sayang yang tidak ternilai agar mereka mampu menjadi anak yang soleh/solehah.

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak :) rasa syukur sebab ebby dapat terima deja vu... ehehehe, untuk novel ke 5 nanti, Insya Allah kita akan mengembara ke Jepon ya? eheheheh

EBRIZA AMINNUDIN said...

JN,
Ye ke? Dah lama saya nak mengembara ke Jepun dan akhirnya impian akan menjadi kenyataan. TQ :)

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

kita nak itut buleh tak..... tak nak ajak kita pegi sama ke.....:-(

John Norafizan said...

buleh..buleh... masuk dalam beg ni.. then masuk kat dalam stor bagasi.. ekekekekekekkeek...

(P/S: Jangan merajuk nanti takder orang nak masuk meminang! ehehehehe takper ebby ke pu3 ke semua bole pegi :) :) :) :)

EBRIZA AMINNUDIN said...

ikekeke ...

jgn merajuk2 aaa ... kita tak reti pujuk. sapa yg reti pujuk cik tuan pu3 gunung jerai ni?