Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai … bertemu kembali kita di arena ini. Sebenarnya saya baru pulang daripada menghadiri Pesta Buku seperti yang saya warwarkan sebelum ini.
Tujuan N3 ini di paparkan disini untuk memohon maaf di atas beberapa perkara yang tidak dapat saya tunaikan semasa di pesta buku.
1. Saya ingin memohon maaf pada hari ini iaitu 7hb kerana saya tidak dapat menghadirkan diri saya sehingga pukul 3.00pm seperti yang saya janjikan kerana sesuatu yang terjadi di rumah saya menyebabkan saya terpaksa mengambil tiket bas pada pukul 12 tengah hari. Tetapi saya tetap memenuhi janji saya pada pihak penerbitan Buku Prima untuk menghadirkan diri selama sejam lebih.
2. Kedua, saya ingin memohon maaf kerana Puteri Ezza terpaksa memungkiri janjinya untuk menemui bakal peminat-peminatnya di pesta buku ini. Janji Seorang Puteri tidak dapat ditunaikan dan Insya-Allah Janji Seorang Puteri tidak akan memungkiri janjinya lagi selepas pesta buku. Ini disebabkan kerana masa begitu mencemburui pihak penerbitan sehingga Janji Seorang Puteri terbengkalai di Printing. Kita harus memahami kesibukkan mereka untuk menguruskan banyak perkara penting. Namun, jangan jemu untuk menanti Janji Seorang Puteri di pasaran.
Itu sahaja N3 saya pada hari ini. Insya-Allah kalau masa tidak mencemburui saya, saya akan paparkan kenangan-kenangan manis ketika berada di pesta buku. Nantikan Kenangan Manis Pesta Buku Antarabangsa 2008.
Salam Sayang Untuk Semua Pengunjung Yang Saya Hormati. Sayang Anda.

No comments:
Post a Comment