Wednesday, April 2, 2008

Balasan Daripada Pencarian Ku ...

Dahan Kukuh Pencarian Dirimu

khas buatmu EBRIZA AMINNUDIN ::
dan buatmu Mawar-mawar Berduri ::

Masih ada
dahan yang kukuh buatmu
Hawa bak mawar
Perlu dahan berduri melindungi
dari dicemari tangan tak suci
dari dipetik tangan tak berhati
dari dijamah hidung tak mengasihi
Hanya penuh nafsu
Penuh ingin pada nikmat
Mahu memakan diri


Tuluskah dahan kini
Atau hanya pada pandangan iris
Bukan dari pandangan hati
Teguhkah kuat kasih dahan kini
Atau hanya buat sementara
Bukan buat selamanya

Zalimkah diri jika sering disakiti
Butakah hati jika tangan ini
Cuba bergantung di dahan lain
Hanya untuk kepastian diri takkan diluka
Dahan rapuh yang tidak benar-benar melindungi
Usah sekali terlintas di sanubari!
Dengan dahan lain yang melambai berjanji-janji
Kerna kau akan terluka sendiri di kemudian hari
Jika bermain dengan dahan berduri jika curang walau sekali

Masih ada mawar sayang
Dahan kasih yang akan melindungi
Berirama memujuk resah hati
Pada Dia kita menadah
Dahan asli teguh 'pendirian'
Yang hanya akan memelukmu mawar
Bukan kerana niat pesong hati
Hanya kerana suci kasih pada diri
Nawaitulah pada hati
Moga jumpa satu hari nanti
dalam perjalanan hidup ini
Yang penuh duri
Pada dahanmu tempat kau berlindung
Mengadu sakit di hati
Berkongsi cinta di sanubari
Kau indah si mawar
Perlu apa bimbang di naluri
Asal hati penuh cinta suci
Bukan materialistik memonopoli
Baik di hati dahan cantik kau akan temui



Akan berakhir pencarianmu
Di suatu masa kau takkan bergantung padanya
Suatu saat akan tiba
Bila kau atur langkah di bawah lindungannya
Penuh bayu kasih
Halus hembusan bisikan cinta
Dipayungi ghairah sayang
Akan kau temu noktah kembaramu mawarku

Di mana dia tiada jawapannya:.
.:Hanya pada Dia Yang Maha Tahu Segalanya:.
.:Mungkin seperti aku:.
.:Yang masih berlindung di bawah pohon kasih:.
.:Dari aku belum pernah mengenali apa-apa:.
.:Tak siapa sangka pohon waktu riang membesar bersamaku:.
.:Mungkin kau akan bahagia sepertiku nanti:.
.:Untuk kau punya pohon sendiri:.
.:Punya dahan kukuh:.
.:Menggugurkan daun-daun cinta:.
.:Menyeksa hidupmu dengan bunga-bunga rindu:.
.:Menghujankanmu embun kristal:.
.:Membuat dirimu basah dengan kasih sayang si cinta:.
.:Hanya untukmu seorang:.
Serasilah kau bersama dahanmu
Suatu hari nanti

Nukilan Rasa : Teja Irzara (020408)
Sis, jawapan yang sungguh bermakna utk ku dan semua mawar berduri menjadikan ia sebagai pedoman. Thanx for everythings.

2 comments:

acaaseera teja IRzara said...

uhuhuh~sayunya bile org begitu menghargai nukilan kite.tq kak, sebab sudi menggunakan hasil tak seberapa ni..moga ada lagi yg nak dikongsi..era dgn tgn terbuka nk bantu mendamaikan jiwa dari segala resah di hati..~

EBRIZA AMINNUDIN said...

Memang bagus hasil nukilan Era. I mean it