
Isi kandungannya:
Pembabitan wanita dalam pelbagai bidang sememangnya semakin menyerlah. Sebut sahaja kerjayanya pasti ada wanita di dalamnya. Tidak terkecuali dalam bidang penulisan kreatif dan potensi wanita dalam kelapangan ini dilihat begitu membanggakan. Buktinya 26 daripada 30 penulis, di syarikat penerbitan Buku Prima Sdn Bhd terdiri daripada wanita. Antara penulis wanita yang mula dikenali namanya adalah Ramlah Rashid, Shahriah Abdullah, Wan Normi, Zyra Safiya dan ramai lagi yang berbakat.
Dalam satu majlis minum petang bersama Buku Prima Sdn Bhd yang diadakan baru-baru ini, Pengurus Besar Buku Prima, Cik Sharah Ibrahim berkata, hanya ada empat pen

Tambahnya lagi meskipun sudah mempunyai hampir 30 penulis namun pihak Buku Prima ketika ini masih lagi mencari bakat-bakat baru.
“Dalam tempoh setahun beroperasi, kami sudah berjaya mengeluar 45 buah novel dan kami masih lagi mencari penulis-penulis baru. Kami mahu mempelbagaikan genre-genre novel yang sedia ada. Dalam pada itu, kami juga tidak ketinggalan melatih penulis yang ada untuk tujuan yang sama.” Ujarnya.
Jelas Sharah lagi, ia juga selaras dengan misi Buku Prima sendiri yang mahu mengeluarkan lebih banyak lagi novel. Terangnya, Buku Prima mempunyai sasaran menerbitkan dua buah novel dalam masa sebulan selain mengeluarkan enam buku kompilasi dan dua buah buku umum.
Majlis minum petang yang berlangsung di Seksyen 15 Shah Alam ini pertama kali diadakan dan ia bertujuan bagi mengeratkan kerjasama di antara penulis dan pihak Buku Prima sendiri. Selain itu ujar Sharah, ia bertindak komunikasi dua hala yang menghubungkan terus pihak syarikat dan penulis.
No comments:
Post a Comment