Friday, March 7, 2008

Masalah Standard

Hampir setiap tahun masalah yang saya hadapi adalah masalah yang sama dan masalah berulang. Adakah ini masalah standard bagi mereka yang bergelar penulis/novelis? Hmm saya sendiri tak tahu. Hmm? Masalah apa lagi dihadapi oleh penulis kalau bukan masalah ROYALTI!

Royalti tahun 2006 & 2007, kedua-duanya masih belum berbayar. Cuma satu penerbitan sahaja yang telah membayar untuk royalti tahun 2006. Alhamdulillah tapi penerbitan yang lainnya, masih belum. Ada-ada saja alasan yang diberi ketika saya menelefon pihak pernerbitan berkenaan. Nak tahu apa alasan standar yang diberikan pada saya?

Orang yang incharge akaun tak adalah hari ni.
Orang yang incharge akaun sedang meeting.
Orang yang incharge akaun cuti.
Belum ada lagilah cik, kami akan usahakan secepat mungkin.

Hmmm ... naik letih saya mendengarnya. Novel diterbitkan memanglah best tapi time nak dapat royalti, tu yang sakit apabila hasil usaha kita tidak mendapat pulangan yang setimpalnya. Korang ingat senang ke nak mengarang sesebuah novel yang makan berbulan-bulan lamanya. Pengorbanan yang dilakukan oleh seorang penulis terhadap pelbagai daripada segi masa terutamanya sekali tidak akan berbaloi sekiranya penat lelah kami tidak mendapat pulangan yang setimpal yang dijanjikan oleh pihak penerbitan sendiri dalam kontrak yang telah ditandatangani. Kalau tak nak tunaikan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak kenapa harus berjanji. Kontrak bukan main bagus lagi tapi kenapa tak nak tunaikan apa yang tercatat di dalam kontrak? Salah kamikah atau penerbitan itu yang bermasalah sebenarnya. Tak kiralah sama ada novel yang kami hasilkan itu bagus atau tidak tapi ia dah diterbitkan. Kan? Sikit pun royalti kami juga. Hasil titik peluh tu. Kami buat bukannya percuma. Yelah, nak beli cartridge, kertas dan sebagainya. Bukankah semua tu guna duit. Kalau tak ada rolling macam mana? Inilah masalah yang kami hadapi sebagai seorang penulis. Kadang-kadang membuatkan saya tak percaya pada penerbitan lagi. Takut untuk hantar karya kerana takut tak dibayar.

Kadang-kadang statement pun tidak diberikan kepada kami untuk mengetahui berapa penjualannya. Adilkah bagi kami bergelar penulis? Cuba tempatkan diri anda di tempat kami, apa yang anda rasa kalau kami penulis menjadi penerbit membuat anda begitu pula. Tepuk dada tanyalah selera.

Saya amat berharap sangat agar royalti saya pada tahun 2006 & 2007 dibayar secepat mungkin. Disaat kita memerlukan wang, memang royaltilah yang amat diharapkan. Fahamilah masalah kami para penulis. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa mendengar rintihan hati seorang penulis yang suam-suam kuku ini.

4 comments:

Anonymous said...

Ebby sabar,
saya dah check ngan cesb, dieorang tak bayar lagi pada sesiapa la royalti tu..

EBRIZA AMINNUDIN said...

JN,
ada dua lagi penerbitan yang tak bayar royalti 2006. Kenapa awak sebut nama penerbitan. Kalau En. Jaafar tengok, mati saya. :)

dS said...

jgn takut abby, berani kerana benar! biar pihak2 berkenaan itu tahu, penulis skrg serius dlm bidang ini lebih2 lagi, soal royalti!?!

EBRIZA AMINNUDIN said...

Kak Dewi ...

sebenarnya saya tak nak cetuskan kontroversi dalam mana-mana pihak penerbitan tapi kalau masih tak bayar saya akan terus bersuara. Bukan kerana saya takut. TQ for ur support kak.