Wednesday, March 5, 2008

Terkenang Semasa Dolu ...

Terkenang semasa dulu ... zaman muda-muda ... Eh nyanyi laaa ... hehehe ... N3 ini pulak saya abadikan untuk mengenangkan peristiwa-peristiwa yang mengusik jiwa semasa berada di alam persekolahan. N3 Terkenang semasa dulu membawa anda ke zaman persekolahan ketika saya berada di sekolah rendah. Banyak juga peristiwa yang lucu dan menjadi memori yang terindah.

PERISTIWA 1 (DARJAH 1)
Mula-mula mengenali kawan-kawan memang best. Maklumlah sekolah campur tentulah mempunyai pelbagai ragam kanak-kanak. Ada yang menghiburkan dan ada yang menggeramkan. Peristiwa yang paling saya ingat semasa saya di dalam darjah satu adalah peristiwa berambut pendek gara-gara kutu.

Dulu, rambut saya memang bebas daripada kutu tetapi ada dua orang rakan yang bernama ... (Dirahsiakan untuk menghormati maruah dirinya) memang mempunyai kutu satu kepala. Walaupun mereka bertudung tetapi setiap kali mereka menggaru kepala pasti ada kutu yang berterbangan. Kena pulak saya yang duduk di tepi dan hadapan mereka, apa lagi si kutu-kutu mencari kediaman barulah. Habis satu kepala saya dijangkiti kutu. Gara-gara kutu yang terlalu banyak menyebabkan mama saya menyembur bygon sejenis spray ubat nyamuk atas saranan Makcik Aci dan Tok Pah saya. Memanglah kutu mati tapi rambut ku yang menjadi mangsa. Sudahlah luruh, kena pula memotong pendek seperti tomboy. Hari Isnin tu semasa saya ke sekolah, apa lagi diperlilah oleh seorang teman yang bernama Asmadi. Mula-mula tu saya bertahan tetapi oleh kerana kata-katanya terlalu menyakitkan hati saya ... saya pun apa lagi ... Uwaaa ... uwaa .... Tulah sapa suruh usik saya. Jiwa saya ni jiwa sensitif tau. Mana tak menangis. Padan juga muka dia apabila didenda oleh guru kerana gurauannya yang melampau. Haaa ... ambik kau. Sekarang ni saya sendiri tak tahu di mana dia berada. Dah lama tak jumpa kawan-kawan sekolah rendah. Dah kahwin kot tapi dia memang JEMUAN.

PERISTIWA 2 (DARJAH 2)

Hmm masa ni saya dah besar sikit. Perpindahan kelas membuatkan saya tertarik pada satu lukisan budak darjah 4 yang kebetulan disesi petang dan kami ketika itu darjah 1-3 semuanya pagi. Pemuda ini berbangsa cin dan lukisannya memang menarik hati. Jadi, tangan saya yang gatal ni pergilah menulis surat dan diletakkan di bawah meja. Entahlah sama ada meja tu adalah meja dia atau bukan tapi sejak kunjungan surat saya, dia juga sudah bertukar tempat iaitu ke meja saya. Lama juga kami menyurat ni tanpa pengetahuan sesiapa. Kalau mereka tahu alamat kena perli lagilah. Namun, permainan surat-menyurat ni tak lama sebab dia kena pindah sekolah mengikut keluarganya. Sedih hati aku tidak terkata tetapi yang menggembirakan hati, ada sebuah lukisan kenangan daripadanya yang diberikan kepada saya. Sekarang ni lukisan tu pu nentah ke mana, tak tahulah. Mama buang kot. Keh keh keh ....

PERISTIWA 3 (DARJAH 4)
Darjah tiga tak ada kenangan menarik jadi saya lompat ke darjah 4. Bolehlah ye. Ada seorang rakan saya yang bernama Rafidah. Kalau korang tengok, rambut dia masya-allah macam sarang tebuan. Rambutnya tak pernah panjang. Jadi, semasa habis peperiksaan akhir tahun, kami memang suka bersantai, bergurau sesama sendiri dan juga mengusik teman-teman yang lain. Pada waktu Cikgu Martina guru tingkatan kami tak masuk kelas, jadi saya dan rakan-rakan lelaki + perempuan melancarkan serangan ke atas rambut Rafidah. Kami mengambil bulu ayam dan cucukkan ke rambutnya macam cucuk sanggul. Penuh satu kepala tetapi dia tak sedar pun. Selepas serangan, kami ketawalah beramai-ramai. Sedangkan rakan-rakan yang tidak ambil pot hanya menggeleng-geleng melihat telatah kami berempat. Saya tak nak join tapi saya digoda untuk join dengan dorang. Ni semua Haslan punya kerja. Keh keh keh ....

Masa Cikgu Martina masuk ke kelas, dia pun bertanyalah pada Rafidah,
“Rafidah, benda apa yang ada di atas kepala awak?” Tajam renungan Cikgu Martina.
“Benda apa cikgu?” Tanya Rafida terpinga-pinga. Kini tahulah Cikgu Martina siapa punya kerja. Tentulah budak kelas dia juga. Lepas tu, Cikgu Martina bertanya siapakan yang melakukan kepada Rafidah sedemikian. Semuanya diam terkaku termasuklah saya. Apabila dia mengugut, barlah terhegeh-hegeh kami berempat keluar. Apa lagi tangan kami berempat dirotankannya dengan bulu ayam. Padan muka kami, usik orang lagi. Nasib baik sekali sebatan kalau lima kali alamat bengkaklah tangan masing-masing. Hehehe ....

PERISTIWA 4 (DARJAH 5)
Waktu ini juga sesudah tamat peperiksaan akhir. Biasalah budak-budak memang gemar bermain. Kali ni kami bermain badminton sesudah puas berborak. Si Haslan tu memang suka kacau saya. Ada-ada saja ideanya untuk mengusik saya. Bila saya marah, dia ketawa. Bila saya tak layan, dia datang menyendeng. Entah apa-apa. Malas hendak menengok muka dia, saya pun keluarlah dan berdiri di sebelah jejaka hitam manis si Mazlin. Seperti kelaziman yang memang saya suka buat adalah senyum. Dia pun tersenyum melihat saya di sisinya.

“Kenapa tak borak dengan dia orang?” Tanya Mazlin.
“Malas. Asyik aku saja yang dikenakan. Best tengok depa main badminton. Hang tak main ka?” saya pula menyoal.
“Aku baru lepas main. Syed nak main sangat dengan Rafidah, aku berhentilah dulu.” Jelas Mazlin dan saya hanya mengangguk faham. Sedang leka kami melihat permainan badminton di antara mereka, tiba-tiba dek kerana angin bulu tangkis melayang ke arah kami. Mata saya dan Mazlin hanya melihat ke mana arah bulu tangkis itu dibawa. Tiba-tiba saya dan Mazlin mengukir senyuman namun tidak berganjak daripada tempat kami berdiri. Pada fikiran saya sudah tentu bulu tangkis itu akan jatuh atas kepalanya kerana tempat landing bulu tangkis itu memang tepat. Tetapi ...
Gedebuk!
Aduhhh!!! Kah kah kah ...
“Hei Mazlin macam mana bulu tangkis ni boleh jatuh atas kepala aku? Bukan tadi elok saja dia nak landing atas kepala hang?” Saya agak marah apabila dia ketawa begitu. Bedekah-dekah nasib tak berguling.
“Aku pun ingat dia akan jatuh atas kepala aku tapi tak sangka pulak dia boleh pi sebelah hang.” Kata Mazlin sambil ketawa lagi.
“Huh! Benci. Aku nak masuklah.” Saya terus melangkah masuk ke dalam kelas semula apabila ramai-ramai sedang ketawakan saya. Sesuatu yang tidak dijangkakan.

PERISTIWA 5 (DARJAH 6)
Masa ni ketika saya menyambut hari lahir yang ke-12. Sudah menjadi amalan membawa kek yang dibuat oleh mama ke kelas. Masa cikgu ada, dialah yang memberikan kek saya kepada semua murid. Adil dan semua dapat. Masa ni seorang rakan sekelas saya yang bernama Syed Asfawira tidak mahu makan kek coklat yang saya bawa. Mengada-ngada. Jadi, yang balance kek tu saya bawa baliklah semula. Tinggal pun sekeping saja sebab Asmadi dan Mazlin rembat sekeping lagi masa dorang nak pulang. Di fikiran, saya akanmakan kek ni dalam bas sebab kek ni memang sodap. Masa dalam perjalanan pulang, saya terdengar dari kejauhan orang memanggil-manggil nama saya.

“Ebriza!! Ebriza!! Tunggu!!” Langkah say aterhenti seketika tetapi tak ada orang apabila menoleh. Saya menoleh kepada rakan disebelah.
“Hang dengar tak orang panggil aku.” Mencari kepastian.
“Aku pun dengar tapi siapa dia.” Balas rakan itu dan ternyata ia bukan ilusi saya. Apabila berpaling sekali lagi, terperanjat saya apabila melihat Syed Asfawira berlari dalam keadaan tercungap-cungap.
“Hang lari maraton ni pasai apa?” saya bertanya agak kelucuan melihat dia.
“Kek ada lagi tak? Aku nak satu. Depa kata sedap sangat sampai aku terliur.” Kah kah kah ... Itulah, mengada-mengada lagi.
“Haa ... tadi masa aku bagi tak mau. Nasib baik ada rezeki hang lagi. Ambillah.” Saya membuka penutup tupperware dan memberikan kepadanya.
“Terima kasih. Eh memang sedaplah.” Katanya sambil tersengih-sengih. Lain kali kalau dah rezeki di depan mata, jangan ler menolak kan dah teringin nak makan. Keh keh keh ...

Tamat pun Terkenang Semasa Dolu Part 1. Nanti kalau ada masa saya buatkan Part 2 plak ye. Tata ...

2 comments:

Amiene Rev said...

Bahasa entri blog ini sedap dibaca. Pasti disebabkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dan idea yang asli.

EBRIZA AMINNUDIN said...

amiene rev,
Alhamdulillah kalau awak rasa begitu tapi saya lebih senang menggunakan bahasa santai untuk tidak memberatkan para pengunjung saya dengan bahasa melayu tinggi. Inya-Allah saya akan memperbaikinya dari semasa ke semasa. Terima kasih di atas segala komen anda. Saya amat menghargainya.