Hai Assalammualaikum. Bertemu lagi kita di arena Ruang Rindu ... Bagaimana hari anda hari ni? Hangat ke tidak ... (wah dah macam lea penyampai Hot.fm.). Hari saya? Hmm ... suam-suam kuku. Nak kata hangat pun tidak ... sejuk pun tidak .... hehehe ... Demam saya semakin beransur baik. Semalam langsung tak boleh nak mengedit semula karya agung saya kerana kesihatan tidak mengizinkan so apa lagi ke bamboom ler atas katil..:) Insya-Allah hari ni saya nak habiskan 1st edit sebelum masuk 2nd edit. Ntahlah sempat ke tidak siap b4 Book Fair agar ia boleh di bawa ke sana. Lepas Karya Agung di hantar, terus menuju puncak untuk siapkan beberapa karya kanak-kanak yang telah terset beberapa idea di minda. Suraya ... tunggu tau.
SATU KEPUASAN – kenapa saya ingin masukkan N3 ini pada hari ini. Sebenarnya ada cerita sebelum dan selepas bergelar penulis.
Pada suatu masa dahulu (Dah macam cerita kanak2 plak. Ikekeke) alkisahnya saya teramatlah minat untuk menulis. Pada usia sekolah rendah, saya cemburu melihat karya pelajar-pelajar lain tersiar di dada akhbar dengan pelbagai cerita mahupun puisi. Saya pernah hantar beberapa karya untuk disiarkan tetapi sayangnya satu pun tidak pernah tersiar. Saya punyalah teringin hendak melihat hasil karya sendiri di dada akhbar namun apa hendak dikatakan apabila impian hanya tinggal impian. Bukan senang nak pushkan karya kita untuk disiarkan. Namun sikap tidak berputus asa saya tanam di dalam diri ini dengan harapan agar suatu hari nanti hasil karya saya terpampang di dada-dada akhbar mahupun majalah. Zaman kanak-kanak ditinggalkan begitu saja tanpa ada sebarang karya yang terhasil.
Ketika melangkah ke alam remaja dan sekolah menengah, semangat ingin menulis terus membuak-buak. Masa tu saya hanya berjinak-jinak dengan puisi, ala-ala luahan perasaan gitu. Tak pernah pula terlintas di fikiran untuk hantar ke mana-mana kerana takut tidak bermutu dan teramatlah kecewanya bila karya kita ditolak mahupun di bakul sampahkan. Penat dan lelah kita tidak berbaloi. Namun hasrat untuk melihat karya sendiri di dada akhbar mahupun majalah tidak pernah terpadam. Walaupun begitu, segala-galanya bermula pada masa saya berada di tingkatan 4. Langkah yang pertama saya mengorak untuk menuju puncak. Hasil karya terhasil daripada sindiran sinis Guru Sastera Puan Qanaah sehingga membanggakan pihak sekolah dan diri sendiri. Akhirnya impian menjadi kenyataan apabila puisi saya yang pertama di muatkan di dalam majalah Mutiara Bahasa dengan berjudul Roda Kehidupan (Kalau tak silap). Tidak dapat membayangkan bagaimana gembiranya hati ini apabila melihat nama sendiri di dada majalah. Bermula daripada saat itu, saya semakin aktif menulis puisi dan cerpen serta skrip drama pentas (walaupun tidak menang apa-apa).
Hasil karya kedua berjudul Mengerti yang dimuatkan di dalam majalah Seleksi Pesona (Majalah ni dah tak wujud sekarang.) walaupun tak menang tapi saya puas kerana hasil karya cerpen yang pertama termuat di dalamnya. Namun, agak sukar untuk menembusi dada akhbar dengan puisi ciptaan saya.
Dengan berbekalkan bakat dan semangat yang ada, saya mengikuti program yang dianjurkan oleh Rakan Muda dan dalam program ini saya telah terpilih untuk mengikuti program peringkat kebangsaan. Lokasinya selama seminggu di Rumah Gapena dan Muara Sungai Duyong Melaka. Memang banyak pelajaran yang saya temui dan dapati di dalam program ini dan yang paling penting dapat berkenalan dengan penulis senior seperti Arwah Dr. Othman Puteh, Prof.Madya Rahman Shaari dan ramai lagi. Daripada program ini, hasil puisi yang kedua dimuatkan di dalam majalah Dewan Siswa. Banyak juga puisi saya yang dimuatkan di dalam majalah ini sehingga memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat selama dua tahun berturut2. Alhamdulillah. Cerpen saya juga pernah tersiar dalam majalah yang sama walaupun tidak menang. Inilah kepuasan yang saya nikmati ketika di usia remaja.
Namun, kepuasan yang sebenar saya perolehi apabila novel pertama saya yang diterbitkan oleh Ghoswriter berada di pasaran. Walaupun saya masih fresh dan tidak tahu bagaimana ragamnya dalam dunia penulisan ini tetapi sedikit kebanggaan terbit kerana pertama kali melihat nama sendiri di rak-rak buku bersama-sama dengan penulis terkenal. Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana puas dan gembiranya saya walaupun pembayaran yang saya terima tidaklah sebanyak mana. Tak tahu royalti dibayar bagaimana mahupun yang dimaksudkan dengan Lumpsump (Tapi kini dah xpert. Hehehe). Kepuasan yang tidak ternilai apabila karya kita dihargai oleh penggemar-penggemar yang menggemarinya. Semakin puas apabila bakat kita dihargai oleh penerbit dengan pembayaran royalti yang diterima dan mempunyai peluang yang cerah untuk mencuba genre lain selain novel cinta remaja-dewasa atau dewasa-santai.
Alhamdulillah dengan pembabitan saya dalam bidang seni ini telah membuka ruang untuk saya berkarya dan mencipta nama dengan penerbit luar Malaysia iaitu yang berada di Singapura. Terima kasih saya ucapkan kepada Pihak EDN Media kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan karya kreatif dan artikel yang diamanahkan hampir setiap tahun bermula daripada tahun 2005. Namun saya ingin melangkah jauh lagi untuk dikenali dengan bakat yang ada serta mencuba genre yang baru dalam karya kreatif. Saya sedang mencari peluang untuk menuju puncak.
Ini yang saya mahu, ini yang saya minat dan saya akan bekerja keras untuknya. Insya-Allah, mudah-mudahan apa yang saya usahakan akan dipermudahkan jalannya walaupun langkah yang saya mula agak lambat. Namun saya tidak akan patah semangat untuk terus mencari peluang selagi terdaya. Apabila saya sudah memperolehinya, inilah KEPUASAN yang sebenar akan saya capai. Sebelum dan selepas bergelar penulis, kepuasan itu masih jauh untuk saya capai.
Assalammualaikum dan hingga bertemu lagi.

2 comments:
kagum sy baca pengalaman abby. tak mudah kan? but now, u got it & u deserve it after all the xperience u goin thru.
good luck & semoga Allah permudahkan usaha untuk ke puncak. saya? hmmm macam jauh sgt2 lg. mss yg ada ni pun terhegeh2 nak siapkan hehe
Salam Eny,
Alhamdulillah sekiranya saya boleh melangkah dengan lebih jauh lagi, Itu yang saya impikan. Ingin MENAKHLUKI semua genre penulisan. Insya-Allah.
Post a Comment