Monday, March 24, 2008

Dari Satu Penerbitan Ke Satu Penerbitan

Hai Assalammualaikum ... Apakhabar pengunjung-pengunjung ku hari ini? Kitak sihatkah? (Bahasa Sarawak. Kitak bermaksud anda.). Saya on off on off. Kadang-kadang sihat dan kurang sihat macam hari ni, saya tak berapa sihat. Demam selesam pilak. Entahlah ..

Hmmm ... N3 kali ini untuk menjawab beberapa pertanyaan daripada anda semua. Tentu anda akan tertanya-tanya kenapa saya sering berpindah randah daripada satu penerbitan ke satu penerbitan. Kan? Tentu anda akan cakap,

“Laa ... si ebriza ni tak reti nak duduk dalam satu penerbitan sajakah. Mana ada penerbitan baru, di situ ada dia.”

“Mana-mana hala saja ada dia. Tamak sungguh, semua penerbitan dia nak sapu.”

“Ish ... kat sini pun ada dia juga. Hmm, hebat sangatkah dia hinggakan semua penerbitan yang dia join akan menerbitkan karya dia.”

Hmm ... Susah jugak ye kalau ada persoalan sebegini. Tapi pernahkah anda tanya saya secara personal kenapa saya join banyak penerbitan. Apa yang saya cari sebenarnya. Psstt ... anda nak tahu ke? Biar saya bisikkan jawapannya.

Pertama sekali saya join banyak penerbitan bukan kerana tamak atau apa tetapi untuk mencari keserasian. Bagi saya keserasian antara penerbit dan penulis amat penting kerana kalau tiada keserasian susah untuk kedua-duanya bekerjasama. Keserasian di sini bukan pada satu part sahaja tetapi merangkumi beberapa part seperti, yang paling penting adalah soal PEMBAYARAN. Kalau pembayaran dilakukan secepat mungkin dan on time tak mungkin saya akan berhijrah ke tempat lain. Yang kedua, adalah cara mereka melayani saya. Saya bukanlah penulis yang banyak songeh, asalkan mereka baik dengan saya dan tegur pun secara elok serta menjadikan saya sahabat mereka, nah ... saya tak mungkin akan keluar lagi ke mana-mana. Yang ketiga cara editing, kalau saya rasa editing mereka tidak memenuhi citarasa, saya akan berfikir dua kali untuk hantar lagi karya kepada mereka. Tapi kalau karya saya diterbitkan dalam 2 buah ke atas bermakna saya serasi dengan cara mereka daripada segala-galanya. Faham-faham sendirilah. Keserasian seperti ini yang saya cari apabila join penerbitan-penerbitan lain.

Kedua, Mencari Peluang. Saya join banyak penerbitan untuk mencari peluang yang lebih baik. Kalau kita hanya stay pada satu penerbitan sahaja, kita tidak akan tahu cara penerbitan yang lain yang mungkin lebih serasi dengan kita. Mungkin inilah risiko yang terpaksa saya ambil untuk melihat sejauh mana keberkesanan sesuatu penerbitan yang saya join. Mungkin peluang saya akan menjadi lebih cerah untuk menerokai penulisan dalam genre yang lain jika saya join banyak penerbitan sekiranya penerbitan itu mewujudkan genre-genre yang lain. Mungkin juga para penerbitan yang saya join mampu mempekenalkan saya kepada mereka yang sepatutnya untuk menerokai bidang penulisan ini dengan lebih jauh lagi. Kita tidak tahu bila peluang itu akan tiba tetapi aset sudah ada dan tidak salah untuk mencuba.

Ketiga, Saya suka logo pelbagai penerbitan tertera pada kulit novel saya. Hehehe ... sebab itulah saya suka berhijrah. Entahlah ... mungkin hobi kot. Kalau boleh mana-mana saja penerbitan yang ada teringin nak join sebab nak kan logonya. Boleh gitu. Kalau orang tak tahu pasti mereka akan katakan saya tamak. Namun saya akan rasa satu kepuasan bila logo pelbagai penerbitan tertera pada kulit novel saya walaupun hanya sebuah sahaja. Lain ornag lain citarasanya tapi bukan mudah hendak join seseuatu penerbitan kerana kita kena tahu juga pola penerbitan mereka sebelum kita redah hantar karya kita. Itu yang saya lakukan.

Keempat, Keselesaan. Ini amat penting bagi saya untuk mempersembahkan idea tanpa ada sekatan. Bukan semua penerbitan yang menerima idea kita dalam apa yang kita persembahkan. Sebab itu keselesaaan dalam menumpahkan idea memang saya titik beratkan. Kalau kita terpaksa control dari segala segi, hilang kenikmatan untuk saya berkarya dan hasilnya adalah sebuah karya yang bukan jiwa saya tetapi saya akan cuba juga untuk menghasilkan karya sebegini untuk percubaan yang pertama dalam menghasilkan sesuatu yang lain. Kalau dah dinamakan PERCUBAAN jangan pula ada yang menghentam. Tegur secara IKHLAS dan BETULKAN apa yang kurang. Bolehkan?

Hanya itu sahaja sebabnya kenapa saya suka berhijrah. Harap tak ada spekulasi mahupun kontroversi lagi tentang penghijrahan saya daripada satu penerbitan ke satu penerbitan. Saya tidak suka dikongkong dan suka terbang bebas untuk mencari sesuatu kelainan dalam setiap penerbitan yang saya join. Salam Hormat dan Salam Sayang untuk semua.

7 comments:

pu3Chempakabiru said...

tapi kan pada pendapat hamba yang belum berpendapatan ni, elok juga kalau tidak terikat dengan satu penerbit... bukan apa.... mungkin sebab yang honey berikan tu ada relevant dan rasionalnya, tapi rasanya bila kita beralih penerbitan, maka kita juga harus study pola penerbit yang baru kerana bukan semua penerbit mengamalkan pola yang sama.... jadi disamping mencari keserasian dan kesesuain, ianya juga menguji sejauhmana kemampuan seseorang penulis itu untuk menghasilkan buku yang berbagai bentuk... bukanlah semuanya sama dan copycat..... tak gitu honey.... ahakssssss

EBRIZA AMINNUDIN said...

memang ada benarnya Cik Tuan Pu3 gunung Jerai ... maka ikutlah apa yang patut. Saya akan terus mencari peluang untuk memperluaskan bakat yang istimewa dikurniakan OlehNya.

Anonymous said...

Yang paling penting ialah: kita tahu apa yang kita buat :) sering bertukar penerbitan ni ada pro dan kons nyer... begitu juga dengan terperap jer kat satu-satu penerbitan ehehe... cam arjuna chinta ni, kalu dah jumpa penerbitan yang serasi.. memang melekat jer lah kat situ uhuhuhu

pu3Chempakabiru said...

lekat jangan tak lekat.... arjuna chinta... asal tak lupa pada cinderella hati ko udah le.... ;-)

EBRIZA AMINNUDIN said...

hehehe ....

Arjuna Chinta - Lain penerbitan lain kerenahnya. Macam kata awak, ada pro & kontra tapi saya suka mencari kelainan sbb tu tak pernah melekat pada satu penerbitan walaupun agak2 serasi gitu.

Cinderella Hati - Dia tak mungkin akan lupa. Insya-Allah. Arjuna Chinta + Cinderella Hati kan serasi tu. :)

pu3Chempakabiru said...

vavavava... honey.... cantik statement ko tu.... kelas gitu.... Erm... Arjuna Chinta + Cinderella Hati x Honey pohon Tualang = Orang makan hati berulamkan jantung pisang kelat.... hahahahahaha amacam... awet muda tu......

EBRIZA AMINNUDIN said...

pu3, kahkahkah .... statement ko lagi kebambong. Hehehe ...