Tuesday, March 25, 2008

Sejauh Mana - Berjaya Vs Kaya

Assalammualaikum ... Apakhabar? Walaupun kesihatan saya masih kurang elok tapi itu bukan alasan untuk saya masukkan N3 baru ini.

Saya tertarik untuk mengutarakan satu persoalan iaitu Adakah Saya Berjaya dan Kaya dalam bidang penulisan ini setelah 4 tahun berada di dalam industrinya. Pada penulis lain saya tak tahu tetapi apa yang saya ingin ketengahkan adalah mengenai diri saya sendiri sesudah menjadi penulis.

Bagi saya kemungkinan besar BERJAYA dalam industri ini adalah YA tetapi tidak KAYA kerana apa saya berkata demikian ialah Bagaimanalah kalau nak kaya sekiranya ada penerbit yang lambat atau tidak bayar royalti. Kadang-kadang royalti yang saya terima hasil daripada penjualan novel tidaklah seberapa kalau hendak dibandingkan dengan penulis yang berada di luar negara. Lihat sajalah penulis Harry Porter yang mampu memliki 2-3 buah banglo mewah hasil daripada penjualan novel dan royalti yang diperolehi daripada filem mahupun barangan Harry Porter yang terjual di seluruh dunia. Dia mampu berjaya dan menjadi kaya sebegini kerana penerbitan di sana jujur dalam memberikan royalti. Jangan salah anggap pada apa yang saya katakan ini kerana saya tidak katakan penerbitan di Malaysia tidak jujur tetapi kemungkinan ada masalah dalaman yang membuatkan kami sebagai penulis tidak mampu menikmati kemewahan seperti yang dikecapi oleh penulis luar negara walaupun mereka hanya menulis novel kanak-kanak. Kadang-kadang cemburu juga melihat penulis luar negara menjadi kaya raya dengan hanya duduk di rumah dan menghasilkan karya. Saya teringin hendak menjadi seperti mereka menulis sepenuh masa tetapi oleh kerana tiada wang bulanan yang boleh menjaminkan kehidupan kita, maka penulis Malaysia hanya mampu menjadi penulis separuh masa dan bagi wanita yang bergelar surirumahtangga kemungkinan besar mampu menjadi penulis sepenuh masa. Apa yang saya lihat di sini, hanya mereka yang mempunyai penerbitan sendiri mampu menjadi penulis sepenuh masa. Namun saya bersyukur dengan apa yang diberi asalkan tidak menipu kami sebagai penulis.

Berjaya – mungkin saya sudah menempa kejayaan di dalam industri ini walaupun masih lagi merangkak untuk memperluaskan bakat yang ada. Alhamdulillah sekiranya nama saya mula dikenali dan inilah yag dikatakan oleh sahabat saya Noor Khatijah bahawa saya berjaya menempa nama. Kejayaan saya terletak ditangan anda kerana andalah yang menentukan sama ada penulis itu berjaya ataupun tidak. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini kepada saya. Tanpa anda, saya mungkin tidak akan berjaya dalam bidang yang menjadi kegilaan saya.

Kepuasan – Puaskah saya dengan menghasilkan 10 buah novel? Jawapannya, saya masih belum puas selagi tidak mendalami ilmu penulisan dalam pelbagai genre. Saya ingin meluaskan bakat yang ada dalam setiap penulisan karya kreatif. Namun sehingga kini saya mencari peluang dan masih belum berjaya lagi dalam mencapai IMPIAN. Insya-Allah saya akan terus mencari peluang agar KEPUASAN ini menjadi milik saya.

2 comments:

pu3Chempakabiru said...

Penulis kita masih tidak KAYA walau dah berpuluh menghasilkan buku kerana ya... mungkin masalah pembayaran royalti yang sering menjadi persoalan pokok.... selain dari itu, sikap pembaca kita... mereka masih mengagungkan karya-karya yang datangnya dari barat.... walau semahal mana sekali pun, mereka tetap akan mendapatkannya walau cerita yang diketengahkan itu terkadang lari dari paksi sebenar sebuah kehidupan... sedangkan kalau novel yang ditulis oleh penulis tanahair biarpun isi dan intipatinya padat dengan pengarajaran dan boleh dijadikan iktibar, tapi sambutannya masih dingin malah tidak kurang juga yang beku. Jadi yang penting mentaliti masyarakat kita harus berubah...dan penulis sendiri perlu mencari idea dan plot cerita yang agak relevant mengikut arus peredaran dunia. Jangan terus bermain di takuk lama.... anjakan paradikma perlu ada dan dilaksanakan....[Pehhhhhhhh berpeluh tu nak karang ayat....ehhehehehehe cam bagus je minah sorang ni berhujah... hehehehehe bukan apa lepas gian. Teringat alam persekolahan dulu.... hahahahaha]

Moral of the N3... yuk kita ramai-ramai hasilkan sesuatu yang boleh diketengahkan hingga ke peringkat International.... kalau kita boleh terima dongeng fantasi mereka, mengapa mereka tak boleh terpaku dengan reality fantasi kita.... amacam honey... Bawang besar bawang kecik versi pu3Chempakabiru... ahaksssssss

EBRIZA AMINNUDIN said...

Pu3,
Yup betul apa yang anda hujahkan. Aku sokong 100% tak ada kurang malah lebih adalah.

Itu sebenarnya mesej yang cuba aku sampaikan. Jadi, masyarakat kita harus menerima karya penulis tempatan jika ingin menulis sebuah cerita fantasi walaupun bertentangan dengan paksi kehidupan yg berlandaskan agama kita.

Sekadar hiburan tak salah kan?