Saturday, March 15, 2008

Akhirnya ... Tiba jua ...


Syukur Alhamdulillah. Hanya itu sahaja yang mampu saya ucapkan ketika dikhabarkan berita gembira ini. AKhirnya sebuah penantian telah berakhir sudah dan akhirnya impian saya yang ingin melihat anak-anak didikan saya menjadi seorang novelis telah tercapai. Pu3 Imaniesya ataupun lebih dikenali dengan Pu3ChempakaBiru telah merealisasikan impian itu. Berbaloi saya mengorbankan masa mengarang demi melihat hasil karyanya yang tunggang terbalik suatu ketika dahulu. Editor yang tidak bertauliah ini yakni saya sendiri telah membentuk seorang lagi penulis yang bakal menggegarkan dunia penulisan dengan kehadirannya. Hehehe … perasan tahap maksima.

Sebelum dia menghantarkan karya ke mana-mana penerbitan, masak juga dia dengan komen-komen pedas daripada saya tetapi Alhamdulillah dia mengambilnya secara positif dan sekarang nah … lihat sahaja hasilnya. Saya membentuk dirinya daripada akar umbi sehingga ke cara bagaimana hendak menghantar manuskrip itu ke penerbitan agar tidak direject kerana saya tidak mahu dia berasa kecewa apabila manuskrip pertamanya di reject. Saya dah rasa bagaimana perasaan apabila menuskrip pertama direject setelah kita berhempas pulas menyiapkannya yang memakan masa berbulan-bulan. Rasa memang pedih apabila hasil kerja keras kita tidak dihargai. Tahu-tahu pulak dicampak ke dalam tong sampah begitu sahaja. Namun Alhamdulillah segala hasil penat lelahnya kini memang BERBALOI setelah buah hati pertamanya akan bertemu dengan anda di pesta buku nanti. Insya-Allah kalau tiada aral melintang.

UNGKAPAN RAHSIA HATI buah hatinya yang pertama dan anak sedara saya yang pertama. Keh keh keh … macam real je kan? Tapi saya memang gembira apabila perjuangannya kini sudah menampakkan jalan yang akan dituju. Selepas ini bersedialah kau untuk mengharungi dunia penulisan yang terkandung pahit getirnya daripada manisnya. Namun, itu semua cabaran untuk kita sebagai seorang novelis mahupun penulis. Ambil ia sebagai iktibar.

Kini, saya ingin melihat hasil daripada anak didik saya yang bernama NASHARLINA pula. Nash, bila nak siap novel awak tu? Dah berjanggut berjambang dah akak tunggu. Masuk tahun ni dah hampir 2 tahun, siapkanlah cepat. Lepas tu, Ara Suhara pula. Jenuh nak bina semangat pada dia orang ni. Namun, harap-harap korang akan cepat menyiapkan novel sulung masing-masing sebagaimana PU3 Imaniesya.


SYABAS SWEETIE. I BANGGA DENGAN U. SERIUS!

3 comments:

pu3Chempakabiru said...

kita bisa menemui kawan yang sanggup berkongsi kegembiraan, kita jarang menemui kawan yang sanggup menjadi sahabat dalam susah mahupun senang tapi kita lebih payah menemui Kawan yang sanggup menjadi sahabat yang rela menjadi guru dalam waktu yang sama. Apapun saya bertuah, lantaran menemui ketiga-tiganya dari insan yang bergelar HONEY..... As much you love me, I more than that ever we can't be together.... thanks a lot Honey.... aku tak mungkin sampai ketahap ini andai kau tidak memainkan peranan sebagai PENGKRITIK pertama manuskrip aku. Aku tak mungkin pelajari sesuatu andai Kau tidak mahu menjadi Guru berkongsi Ilmu dan tentunya aku tidak akan pernah punya keyakinan andai insan-insan yang amat menyayangi aku tidak rela meminjamkan Kekuatan dan keyakinan itu untuk aku teruskan langkah...... Ungkapan Rahsia Hati adalah Buah Cinta yang aku hadiahkan buat semua......

Mersik said...

Hu huu.. seronok nyer.. lepas ni, lepas ni.. pokcik punya plak ek... Uii cite pokcik musti best ni...

Tajuknye " Cintaku tertinggal di Parit Sangap "

Err..err.. baru jek berlegor2 ideanya sattt tadi.. hik hik..

Bley ke? hu huuu hik hik

Nota cagu :

Tahniah daun keladi buat Pu3 krn dan jadi penulis.. jimat duit ngeteh2 pokcik hik hik

EBRIZA AMINNUDIN said...

Pu3 ...
Hailaa ... haila ... yo kawan apasal ler ko bagi aku blusher ni... Dah lah tu ... tak tau nak letak mana muka ni. heheeh ... i'm always be there f u need me. ececech .. serius beb.

Pokcik ..
Bila nak siap tu? Boleh aje nak bagi tengk. hehehe ... mseti citer pokcik lagi gempak kan?SYABAS nana.