Friday, May 30, 2008

Bersatu Dengan Novel


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog Ruang Rindu. Memang rindu betul saya pada korang semua.

N3 kali ini saya ingin membicarakan tentang Pembacaan Novel bagi diri saya sendiri. Saya sekiranya membaca sesebuah novel itu tidak seperti orang lain yang mampu menghabiskannya salam masa 4-5 jam kerana saya memang tak reti nak baca sesebuah novel itu cepat-cepat. Saya akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sesebuah novel itu sekurang-kurangnya dalam masa 2-3 minggu (sekiranya tidak sibuk) dan yang paling lama pun 1-2 bulan (Sekiranya terlalu sibuk tahap impak maksima).

Lamanya ... (Dah agak dah pasti soalan ini yang akan ditanya). Memang lama kerana saya sekiranya membaca sesebuah novel itu, saya akan bersatu dengan novel itu dalam menghayati watak dan perwatakannya, situasi dan mendalami penceritaan yang dipersembahkan. Tidak kiralah sama ada novel itu best atau pun bosan. Saya akan membacanya sehingga habis dan sebab itulah saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya.

Sekiranya saya membaca cepat-cepat hasilnya tidak memuaskan hati kerana saya tidak dapat menghayati intipati cerita itu sendiri. Entahlah ... memang begitu saya membaca novel. Kalau buat novel memang cepat saja saya menghabiskannya. Hehehe ... tapi masa nak mengedit tu lah ... agak panjang sikit sama seperti membaca novel dalam 2-3 minggu (3-4 kali pembacaan semula sampai hendak muntah hijau ungu dibuatnya). Begitulah saya dan novel-novel yang sedang dibaca. Sekarang ini tengah baca Ayat-Ayat Cinta, JN yang baca sekali dengan saya sudahpun mengkhatamkannya tetapi saya masih belum habis lagi. Apa nak buat ... lain orang lain caranya. Kan?

Banyak lagi stok novel yang belum habis dibaca termasuk stok yang diborong semasa pesta buku tahun 2007 dan juga 2008. Ini pun ada hati lagi nak menambah stok. Hehehe ... Tapi kalau tak menambah stok, habis kang novel idaman kalbu tu terasa rugi pulak. Baik menambah stok daripada putih mata. Kan?

Okeylah ... minta diri dulu yaa ... haa? Diri siapa? Diri sendiri laaa ... Nak meletakkan mata pena dulu sebab nak menghabiskan kerja EDN yang masih tinggal 14 buah tajuk besar. Lepas tu ... bravoo ... tanggungjawab yang digalas sudah habis saya laksanakan. Alhamdulillah. Daaa ...

6 comments:

John Norafizan said...

saya masuk novel lain dah ehehehe

EBRIZA AMINNUDIN said...

:). Tahu ... saya je yang ketinggalan sebb nak bersatu dengan novel ayat2 cinta ni. memang best. Kan?

John Norafizan said...

ehehe... sekarang lepas baca Ayat-Ayat Cinta saya dah tahu kenapa orang cakap novel ni best

dan saya jugak paham bila ada yang cakap buku tu sebenarnya plot dier biasa ajer dan xberapa best, cuma diluarbiasakan dengan penggunaan pengetahuan Islam dan arab :)

azieazah said...

hmmm... Kak Z kalu baca novel sampai terbawa-bawa pulak.. hehehe

EBRIZA AMINNUDIN said...

JN,
Ye saya setuju dengan pandangan awak tentang ayat2 cinta. Penghayatan Islam dia yang membuatkan watak Fahri menjadi luar biasa. Jika tidak, sama saja dengan cinta yang ada.

Aziezah,
Kak Z, payah dan haru kalau dah sampai terbawa2. hehehe ... Janji teruskan bersatu dengan novel.

Anonymous said...

hi kalu pasal novel cinta jgn buat tanya biasa lah siapa tahu ada yang cepat sedeh biasa mungkin ada yang pernah putus cinta atau hati terbawa sang cinta sendiri yang tidak di nanti di hati sendiri tapi apa pun cinta tue memang indah bila tersepak akan rasa pedih di sanubari masing