Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Pertama sekali saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua guru-guru yang pernah mengajar saya terutama sekali guru-guru di Sek. Men. Hamid Khan, Sek.Men. Abdullah Munsyi dan Pensyarah-pensyarah di UiTM Shah Alam. Jasa anda semua saya kenangi untuk selama-lamanya dan terima kasih kerana mendewasakan diri kami dengan bimbingan yang anda taburkan. Maraming-maraming salamat Sensei (bahasa Tagalog + dengan bahasa Jepun = Carca Marba).
Hmm ... sebenarnya topik utama N3 kali ini untuk mengutarakan tentang gaya bahasa/genre dalam sesebuah novel yang dihasilkan. Benarkah gaya bahasa/ genre santai dan basah merupakan sebuah karya yang tidak BERMUTU? Hanya karya picisan yang dihasilkan oleh penulis yang ingin popular segera. Tambah-tambah lagi jika penulis itu bernaung di bawah syarikat penerbitan yang gah? Apa hak anda untuk berkata demikian kepada kami penulis novel popular? Sekiranya anda tidak suka (mungkin anda di kalangan cerdik pandai atau golongan yang profesional) atau benci dengan novel popular namun anda tidak harus memandang rendah kepada kami yang mengerah keringat untuk menghasilkan sesebuah karya walaupun ia bersifat santai dan basah. Manakan anda tahu di dalam novel popular yang santai dan basah terselit pengajaran yang begitu berguna walaupun ia tidak menggunakan gaya bahasa sastera dalam erti kata sebenar. Sekiranya anda tidak membaca novel cinta yang dihasilkan oleh penulis tempatan, maka anda tidak akan tahu apa yang ingin kami sampaikan sebenarnya di dalam novel itu.
Kenapa saya utarakan N3 ini? Kerana saya juga seorang penulis novel popular yang menggunakan gaya bahasa santai dan basah. Ini jiwa saya dan kenapa saya ingin menukarkan stail saya yang tidak merupakan jiwa saya? Saya pernah menghasilkan novel separuh santai dan basah serta menggunakan bahasa sastera tetapi ia tidak digemari kerana menurut pembaca yang memberi komen, karya itu agak membosankan. Kemudian, saya tukar stail saya kepada sepenuhnya gaya santai dan basah dan Alhamdulillah ia meletup di pasaran walaupun ceritanya menurut golongan cerdik pandai ala-ala hidustan, bergaduh di awal perkenalan dan bersatu di akhir cerita. Jika dikaji, rata-rata pembaca meminati jalan cerita yang sebegini (walaupun ada sebilangan yang muak dengan cerita sebegini tetapi kalau hidangan cerita hindustan, kenapa anda masih ingin melihatnya walaupun pengakhiran cerita sudah dapat anda mengagak?), namun karya saya tidak akan semuanya bermula dengan pergaduhan dan berakhir dengan Happy Ending. Saya telah mendapat teguran untuk mengubah pengakhiran cerita dan saya mengucapkan terima kasih kepada yang sudi menegur (terutama sekali Kay Rahim) kerana mereka telah menyedarkan saya daripada terus hanyut dalam khayalan sendiri. Mungkin di awal pembabitan saya dalam bidang ini, permulaan novel saya memang jalan cerita sebegini yang menjadi pilihan tetapi tidak lagi sekarang kerana anda akan menemui kelainan dalam setiap novel saya yang akan datang (Insya-Allah jika disertakan dengan kehendakNya.). Sesuatu yang tidak dijangka di akhiran cerita akan saya lakukan dalam jalinan kisah yang hendak saya persembahkan walaupun ia masih mengekalkan gaya bahasa santai dan basah.
Kenapa gaya santai dan basah menjadi pilihan saya? Ini disebabkan saya tidak mahu pembaca saya membaca karya saya sebagai sebuah novel yang berat dan inginkan pemikiran mereka dalam mentafsir apa yang ingin saya sampai. Saya ingin memberi hiburan kepada mereka dan sebab itulah saya memilih gaya bahasa ini. Kalau saya hendak membebankan fikiran mereka untuk mentafsir isu-isu yang diutarakan dalam novel saya dalam makna yang tersirat, lebih baik mereka memilih buku yang ditulis oleh golongan cerdik pandai dan professional. Anda harus tahu, kita sebagai manusia berhak memilih hiburan yang tersendiri, kerana ada di antara kita yang suka memilih hiburan di luar dan ada yang tidak. Untuk mereka yang suka melepak diri di rumah, apa lagi hiburan yang mereka ada selain menonton tv, mendengar radio dan membaca novel yang mampu mengundang senyum di persada bibir mereka. Oleh kerana saya menganggap novel saya sebagai unsur hiburan, maka gaya sebeginilah yang menjadi pilihan hati. Tapi jangan terkejut sekiranya suatu hari nanti saya akan beralih arah. Hehehe ... Tetapi juga, walaupun novel saya bersifat santai dan basah namun ada isu-isu yang ingin saya sampaikan kepada umum. Bagi remaja, mereka tidak gemarkan novel yang bersifat berat jadi, dengan genre santai dan bahasa, penulis boleh menyampaikan sesuatu yang penting dalam bahasa bersahaja untuk mendidik remaja itu selain daripada memikirkan soal cinta monyet dan keseronokkan yang hanya sementara. Anda harus kaji genre novel sebegini untuk mengutip pengajarannya dan jangan membambu kami membabi buta hanya kerana anda tidak membaca novel sebegini dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan anda membenci novel melayu.
Rasa rendah diri? Hmm ... mungkin. Saya agak terasa juga apabila berada di kalangan golongan cerdik pandai dan profesional apabila mereka membandingkan penulis novel popular dan penulis novel karya sastera yang sebenar. Rasa tidak setanding dengan mereka di mana novel mereka layak dilabelkan sebagai novel bertaraf antarabangsa sedangkan novel yang saya hasil tidak mampu duduk sebaris dengan mereka hanya kerana saya menggunakan gaya bahasa/ genre santai dan basah. Kadang-kadang perbincangan dalam novel yang menggunakan gaya bahasa sastera yang sebenar membuatkan saya ingin membuktikan kepada mereka bahawa saya juga mampu menghasilkan karya seperti mereka namun mungkin belum tiba masanya lagi. Insya-Allah suatu hari nanti mungkin saya akan cuba, siapa tahu kerana saya tidak suka terikat dalam satu jalinan kisah sahaja. Saya suka mencuba dalam mencapai label penulis serba boleh.
Anda seorang yang mengagungkan karya novelis barat? Bermutukah karya mereka sedangkan novel cinta mereka penuh dengan adegan-adegan panas dan seks rambang. Begitukah karya yang menjadi pilihan anda? Saya pernah baca karya mereka sebab itulah saya tahu. Kalau mereka menghasilkan novel yang terkeluar daripada landasan kehidupan dan agama pun, masihkah anda mengagungkannya? Novelis barat mahupun novelis tempatan tiada bezanya dalam menghasilkan karya. Di negara mereka juga terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan cerdik pandai dan novel popular. Kalau tak percaya, anda boleh buat kajian. Jadi, janganlah anda-anda yang menganggap kami penulis novel popular tidak mampu menghasilkan karya yang bermutu.
Akhir kata, sama anda suka atau benci pada novel melayu, kami penulis penulis novel melayu akan terus mengorak langkah tanpa ada sekelumit rasa rendah diri. Maafkan saya sekiranya N3 ini mampu mengguris hati sesiapa yang terasa. Saya hanya melahirkan pendapat di atas apa yang saya lihat, dengar dan rasa. Assalammualaikum.

4 comments:
Assalamualaikum sayang...
Iza... sabar... sabar... Sejak akhir-akhir ni, akak tengok n3 Iza penuh marah-marah saja. Bagus, luahkan rasa hati tapi jangan ikutkan sangat perasaan tu. Jangan jadi kudis pula nanti. Yang merana nanti, kita sendiri. Iza teruskan minat Iza dan lakukan yang terbaik untuk peminat-peminat yang meminati gaya Iza. Yang penting, mereka, bukan?
Salam OD,
Bukannya marah tetapi cuma meluahkan apa yang saya rasa, apa yang saya lihat dan apa yang saya dengar. Thats it.
Senang aje,
Owg nak tgk citer hindustan pegi cari cd hindustan. Nak tgk dokumentari pegi masuk Discovery Channel. Nak bertatabahasa bunga raya pegi DBP.
So happen ramai nak cari cd hindustan more than baca dewan sastera. back to basic - supply vs demand.
Different ppl diff taste diff view.
Hey, just my 2 cent. im just giving my own take on the issue ya :)
eirzam,
heheeh .... apa yang awak cakap tu betul dan saya hanya memenuhi permintaan pembaca saya yang meminati genre sebegitu. TQ so much.
Post a Comment