Thursday, May 8, 2008

KAU YANG TAK MENGERTI - NOVEL KONTROVERSI SEPANJANG 2007

Hentikan penerbitan Kau Yang Tak Mengerti! Kau Yang Tak Mengerti menunjukkan sifat-sifat yang kurang bermoral (Benarkah???). – Apa perasaan anda sebagai penulis jika ada pihak yang hendak memberhentikan penerbitan novel anda tanpa alasan yang kukuh?

Saya tidak menafikan bahawa novel ini mendapat hentaman yang kuat dan terlalu banyak daripada pelbagai pihak. Semua kritikan yang datang daripada pelbagai sudut telah saya terima dengan hati yang terbuka. Saya mengaku, salah sendiri kerana tidak perasankan benda yang kecil mengakibatkan ia menjadi besar dan serius. Pengalaman daripada menghasilkan novel KYTM ini, saya telah mendapat pengajaran yang cukup besar dan sentiasa berhati-hati ketika menghasilkan novel-novel yang lain kerana saya tidak mahu kesilapan daripada novel KYTM ini akan berulang kepada novel2 terbaru saya yang akan datang. Terima kasih kepada semua yang mengkritik dan juga yang menghentam.

Namun, saya cukup terkilan jika ada sesetengah pihak hendak memberhentikan penerbitan novel ini tapi atas alasan apa? Adakah kerana ia tersasar begitu jauh daripada landasan kehidupan ataupun tersasar daripada landasan agama? Bagi saya, apa yang saya paparkan mempunyai motif yang tersendiri. Jika anda sebagai pembaca mendalami intipati cerita ini, anda akan mendapat pengajaran yang cukup besar apa yang ingin saya hindarkan daripada terjadinya dalam masyarakat kita. Pelbagai pengajaran anda boleh kutip daripada cerita ini untuk dijadikan iktibar. Jadi, kenapa ia harus diberhentikan? Jika penulis lain yang memaparkan novel seperti ini tidak pula anda pertikaikan, kenapa? Adakah kerana ia hasil karya saya atau anda sememangnya tidak menyukai saya? Apa masalahnya jika KYTM terus diterbitkan?

Setiap penulis belajar daripada kesilapannya dan saya sedang melaluinya kini. Saya belajar kesilapan melalui novel ini dan menjadi penulis yang lebih matang untuk novel yang akan datang. Kerana novel ini saya hampir lari daripada terus berada dari landasan hidup tetapi semangat yang jitu telah ditiupkan dalam diri saya daripada orang-orang yang saya sayang, kini saya kembali berjuang dalam perjuangan yang belum selesai.

Bagi saya, setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri dan tidak semestinya anda tidak menyukai novel ini, malah orang lain juga tidak akan menyukai novel ini. Selain daripada hentaman yang begitu aggresif, saya juga mendapat pujian kerana berani untuk menghasilkan novel sebegini yang boleh menimbulkan kesedaran dalam diri mereka yang mengalaminya. Syukur Alhamdulillah jika itu yang mereka dapat melalui novel KYTM dan itulah yang saya hendak sampaikan sebenarnya. Saya akui terdapat banyak kelemahan di dalam novel ini dan sekarang ini saya sedang berusaha kuat untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dan menitik beratkan dalam pelbagai sudut aspek. Insya-Allah mudah-mudahan usaha saya mendapat keredhaan-Nya.

Bagi anda yang tidak menyenangi novel ini terpulanglah. Tetapi tolong jangan menabur pasir ke dalam periuk nasi saya. Kita di dalam industri ini harus saling sokong-menyokong dan bukannya untuk menjatuhkan sesama sendiri. Apa yang anda dapat jika anda berbuat begitu? Mungkin kepuasan atau sebaliknya saya tidak tahu.

Namun, novel KYTM bukanlah sebuah novel yang tidak bermoral atau terkeluar daripada landasan agama yang sebenarnya. Watak2nya tercipta begitu kerana saya ingin menyedarkan anda jika itu yang anda lakukan itulah yang akan terjadi dalam kehidupan sebenar anda. Kenapa anda harus mengambilnya secara negatif dan bukannya secara positif? BOSAN? Mungkin bagi remaja, part dewasa membosankan mereka dan bagi dewasa pula part Remaja membosankan mereka. Tujuan saya membahagikan dua part kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baru tetapi saya tidak menyangka ia tidak menjadi dan saya telah mendapat pengajaran daripada situ agar tidak mengulanginya di masa akan datang. TIDAK RELAVAN? Mungkin saya tidak menyedari ada yang tidak relavan semasa saya menulisnya. Maafkan saya di atas kesilapan ini dan saya telah mendapat ganjaran daripada kesilapan ini. Terima kasih kerana menyedarkan saya agar saya lebih berhati-hati.

Walau apa pun tafsiran anda, anda tidak berhak hendak memberhentikan hasil daripada keringat orang lain. Fikirlah sendiri wahai sahabatku semua, bagaimana pula jika masalah yang saya anda alami ini terjadi kepada anda? Dapatkah anda menerimanya sebagaimana saya menerimanya? Terpulang kepada anda kerana saya tahu apa yang saya buat dan atas tujuan apa membenarkan saya membuatnya begitu.

Assalammualaikum.

6 comments:

syimasyawal said...

salam adik Ebby...

Bersabarlah, mungkin ini ujian buat dirimu... pengalaman ebby akak akan jadikan panduan, moga akak juga akan tabah bila ditikam kanan, kiri, depan dan belakang.

Orang2 macam ini emmang wujud di mana saja, jika tikda, masakan Allah jadikan Syurga dan neraka, kan? terpulanglah pada mereka hendak ke jalan yang mana satu...

teruskan berkarya dan selamat maju jaya

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Kau Yang Tak Mengerti [KYTM] sebenarnya tidaklah sebosan yang digembar gemburkan.... mungkin bagi yang sudah selalu membaca karya penulis ini yang lebih bercorak gile2 dan santai terkejut dan terkezut dengan satu peralihan angin yang dibawanya... ala-ala tsunami gitu,tapi di dalam garapan ilham... tu yang terus putus fius dan terima renjatan hingga keluarlah komen yang aku rasa cam tak relevant jer... cuba halusi dan baca kerana minat... aku yakin korang akan dapat intipati yang nak disampaikan... banyak pengajaran dalam novel ni sebenarnya.. tentang kejujuran, tentang tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak2, hukum dalam sebuah perkahwinan, kesetiaan dan macam2 lagi... lagi satu penulis yang kreatif tidak akan menghasilkan karya dengan satu acuan sahaja... kalau itu terjadi lebih bosan kan.... tapi keberanian mencuba keperbagaian plot dan rencah menampakkan kematangan penulis tersebut dalam berkarya.. Apa aku KYTM bagus walaupun awal plotnya agak panjang dengan flashback tapi tidak pula membuatkan pembaca hilang arah untuk masuk ke reality plot yang seterusnya....

Seorang Nazurah said...

salam abby...

sana-sini ada perang rupanya...
harap abby bersabar, semua ini ada hikmahnya...

Mrs.Sheikh said...

ebriza,
saya membaca karya anda..
saya mengikuti novel anda..
dan saya kira anda telah mneghasilkan karya2 yg amat baik..
sabarlah dalam menghadapi dugaan dunia penulisan...
manusia sering berhasad dengki...

EBRIZA AMINNUDIN said...

syimasyawal,
Akak ... kesabaranlah yang mengawal saya selama ini. tanpa kesabaran, saya pasti akan hilang arah. Terima kasih kerana menyokong.

Pu3,
Aku hargai apa yang hang lakukan. Tak tahulah aku kenapa ada sebilangan org sebegini. Macam2 dugaan yg terpaksa aku tempuhi.

Nazurah,
Apa nak buat sekiranya ada yang ingin melancar peperangan. Saya terima walaupun perit.

Mrs. Sheikh,
Terima kasih kerana menyokong saya. Saya suka mencuba sesuatu yg baru dan akan terus mencuba walaupun mendapat cemuhan orang. Insya-Allah, niat yang baik akan diperkenankan-Nya.

dina said...

novel kontroversi? kena beli ni...