Wednesday, June 4, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Ayat-Ayat Cinta yang baru habis saya baca memang menyentuh hati. Kini barulah saya mengerti kenapa ramai yang menyatakan watak dan perwatakan Fahri (watak utama) begitu sempurna sekali.

Cinta Fahri kepada Allah swt melebihi segalanya membuatkan kepribadiannya dikagumi ramai dan membuatkan wanita-wanita yang mengenali dirinya bisa jatuh cinta. Siapa yang tidak mahu memiliki suami yang sesempurna dirinya. Siapa yang tidak mahu memiliki cinta sejati miliknya. Semua wanita mengimpikan suami seperti dirinya. Namun, satu persoalan, masih adakah lelaki seperti Fahri di dalam dunia ini? Mungkin ada mungkin juga tidak kerana saya tidak pernah berjumpa dengan lelaki seperti dirinya. Sanggup menjaga hati-hati wanita yang didampinginya dan tidak ingin melihat hati mereka dilukai. Setia hanya pada wanita yang dikahwininya walaupun ada seribu godaan cinta daripada wanita lain. Sungguh ikhlas dan mulus lelaki yang bernama Fahri ini.

Hati saya tersentuh sehingga bisa mengalirkan air mata ketika menghayati watak dan perwatakan Maria. Sungguh ikhlas dan suci cinta wanita ini kepada Fahri sehingga ikhlas menjadi muslimah yang sejati. Ketika dia menemui syurga di dalam lenanya yang panjang, air mataku pecah berderai, ternyata dia mencintai agama Islam bukan kerana Fahri tetapi kerana maha suci Allah Azwajala.

Aisha adalah lambang isteri mithali dan muslimah sejati yang sanggup mengorbankan kegembiraan dan kebahagiaannya demi menyelamat orang yang sedang nazak. Saya mengkagumi kepribadian wanita ini.

Fahri adalah pelengkap untuk mengajak mereka yang menganut agama lain memeluk agama Islam dengan cara yang begitu halus dan tersendiri. Ternyata segala hasil usahanya berbaloi walaupun dia bersusah payah sebelum nikmatnya dikecapi. Fahri juga satu-satunya lambang lelaki sejati apabila segala dugaan yang didatangi Allah kepada dirinya ditempuhi dengan tabah dan rasa bersyukur kepada Allah. Saya begitu mengkaguminya. Sungguh.

Ayat-Ayat Cinta merupakan satu novel pembangunan jiwa yang cukup berkesan di dalam hati saya. Bukan semua novel yang mampu mengalirkan air mata saya ketika membacanya dan AAC merupakan salah satu novel yang mampu mencengkam hati dan sanubari saya untuk terus mendampinginya daripada muka surat pertama sehingga akhir.

3 comments:

Anonymous said...

Betul abby. Bila sy bc bab-bab akhir, terasa sedih citernya nak habis dah. Sangat-sangat terharu dengan pembinaan watak-wataknya yg begitu tulus dan ikhlas menjaga agama mrk. Begitu lembut jln ceritanya, syahdu setiap patah perkataannya. Mmg tinggi nilai bakat penulisnya. Sy tabik sungguh dengan niat si penulis.
Sy pun nangisgak, sampai sekarang masih teringat-ingat bbrp bab yg menyentuh hati sy. uwwaaahhhhh....

EBRIZA AMINNUDIN said...

diary Alya,

Sebab itu novel ini menjadi hits. Cara penulisnya menggarapkan keislaman tu yang membuat hati saya tersentuh terutama sekali apabila Maria bermimpi hendak masuk ke syurga tetapi dia tidak dibenarkan selagi tiada kunci yang sah sebagai seorang muslimah. Part airmata saya dah berjuraian. :)

Anonymous said...

ayat -ayat cinta ini memang indah dlm keislamnan seorang tetapi ia lebih indah kalu kita pada maha esa .apa pun lelaki ini tidak semua boleh terima lelaki dalam novel ini kerana mereka ada keegoan mereka sendiri walaupun susah atau apapun mereka tidak mahu mengalah atau akui salahan mereka, kalu ada lelaki ini maka aman dunia ini dan lambang keindahan penuh dgn shahdu