Sunday, June 15, 2008

Satu Kebanggaan - Novel Anak Didik Dibawah Label Novel TERLARIS


Assalammualaikum ... Hai ..

Sudah lama tak post N3 membuatkan saya melepaskan rindu dengan beberapa N3 terbaru saya.

Semasa saya baru bersarapan di Taiping Golf Resort, tiba-tiba telefon saya kedengaran lagu Segalanya Ku Terima yang sememangnya saya setkan untuk Kak Long. Bibir tersenyum dan butang hijau terus saya tekan. Seronok sangat dengar suaranya. Maklumlah dah lama tak dengar. Ala-ala manja ... hehehe

Namun berita yang disampaikannya lebih menggembirakan saya iaitu ... Ungkapan Rahsia Hati telah diletakkan di bawah label Novel TERLARIS di salah sebuah kedai buku di negara Malaysia. Itupun setelah diberitahu oleh John Norafizan. Bangganya saya dengan Kak Long, lebih-lebih lagi antara 3 orang anak didik saya, Kak Long yang pertama berjaya menghasilkan novel sulungnya. Mana tak bangganya, 1st novel sudah menjadi terlaris. Selepas ni, saya nak tengok novel daripada Ara Suhara dan Nasharlina pulak. Mudah-mudahan mereka akan ikut jejak Kak Longku.

Untuk Kak Long @ Pu3 Imaneisya,
Tahniah kerana berjaya di arena seni penulisan. Bukan senang untuk seorang penulis baru diterima oleh masyarakat kita dan Kak Long telah buktikannya. Walaupun bagi sesetengah orang yang menyatakan novel sulung Kak Long agak mendatar pada permulaannya tetapi ia tetap menjadi terlaris. Usaha Kak Long kini berbaloi dengan berita gembira ini. Mudah-mudahan Kak Long akan lebih bersemangat untuk terus berkarya tanpa berundur lagi. Lepas ni, adik nak tengok novel kedua Kak Long akan lebih mengancam lagi. Teruskan Perjuangan Mu Kak Long.

Caiyuukkk!!

5 comments:

azieazah said...

Wahh Tahniah buat Put3 IMANEISYA...

Harus gak nak pi dapatkan buku terlaris ni..

Hmmm bila ler aku dapat tulis novel.. asyik terbengkalai jerrrr...

Ebriza Aminnudin said...

tak pe kak zie ... buat pelan2 pasti akan berjaya. saya menunggu novel sulung kak zie.

Pu3ImaneisyƆ said...

Ya Allah Huakbar angah... dok pi publish tang ni wat pa... Waduh! Malunya... sat ni orang sangka kak long nak megah pulak... isy.. isy.. isy... apa pun kejayaan URH adalah milik semua... bukan milik kak long, tapi milik orang-orang yang ada di sekeliling kak long.. yang tidak putus memberi semangat dan dorongan.. menyuntik keyakinan agar ianya di ketengahkan. Tanpa kalian semua, kak long tak akan ada di sini.... Thanks to all of you.....

Ebriza Aminnudin said...

apa yang angah ketengahkan pun untuk menaikkan semangat kak long jugak tapi yang paling utama semangat anak didik angah yang lagi dua tu - ARA & NASH. sebab tu ler angah pubslished. sayang kak long.

sharmiza24 said...

hope pu3 dapat sambutan novel baru macam mana ebriza kepunyaan buku ok dan sekali kita gagal tidak semesti gagal kita kena usaha