Thursday, June 5, 2008

Antara Hadiah Yang Paling Bernilai




Aku Cinta Kamu....
Biarpun tak terucap
Biarpun tak terzahir
Tapi rasa itu tetap ada
Mengalir dalam tiap urat nadiku

Dialah Di hati....
Tiada dua tiada pengganti
Meski hadirnya sekadar dalam mimpi
Menemani tika lena di buai illusi


Hati ini milik Siapa...
Sering ku tanya pada diri
Mencari jawapan di tiap penjuru
Tiap destinasi persinggahan hati

Kau Yang Tak Mengerti...
Bicara ini bagai tiada terjemahan
Sukar mencari definasi
Walau kita tetap bertutur
Dalam satu bahasa yang sama

Hanya Di Kau....
yang mula bertahta
Di singgahsana sekeping hati
Biar tidak ku tahu
Bila semua itu terjadi.....


P/S: Pu3, Aku amat menghargai setiap apa yang hang lakukan kerana ia amat-amat bermakna buat aku seorang insan yang daif ini. Terima kasih kerana sudi hadir di dalam hidup aku sebagai teman dan sahabat di mana kau sentiasa ada di saat aku memerlukanmu.

2 comments:

Anonymous said...

ayat -ayat cinta dlm memo ini amat indah bai mereka yang sedang alam percintaan atau pun bagi mereka yang putus cinta maka amat pedih dan sedeh bagi mereka .kita jgn ingat ayat-ayat ini untuk perecintaan saja ia boleh di guna kan utk agama , maha esa, pada sahabat,pelawat luarnegara dan kaum perempuan dan juga ibubapa yang membesar kita

Anonymous said...

ayat -ayat cinta tu yang ada dlm memo kita harus panjang lagi boleh membuat para pembaca akan nangis dan lembik di hati mereka