JANJI SEORANG PUTERI...
RM10.00
EBRIZA AMINNUDIN
RM10.00
EBRIZA AMINNUDIN
Sinopsis :
Puteri Ezza yang memiliki wajah hodoh sering disisihkan oleh kakaknya, Puteri Ezna. Puteri Ezna tidak mahu bermain dengan Puteri Ezza dan sering menghinanya. Macam-macam Puteri Ezna lakukan kepada Puteri Ezza demi untuk menjatuhkan adiknya itu.
Suatu hari, Puteri Ezza bertemu dengan seorang pemuda yang berwajah hodoh. Memandangkan pemuda itu juga tidak mempunyai kawan dan sering kesunyian, Puteri Ezza tidak ragu-ragu menghulurkan persahabatannya. Puteri Ezza berjanji akan bersahabat dengan pemuda itu sehingga ke akhir hayatnya. Dia tidak akan memungkiri janji yang telah dilafaz. Namun persahabatan Puteri Ezza dan pemuda itu tidak bertahan lama apabila Raja Hashmi iaitu ayah kepada Puteri Ezza menentang persahabatan anaknya.
Mampukah Puteri Ezza mengekalkan persahabatannya dengan pemuda berwajah hodoh itu sebagaimana janjinya?

------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum dan salam salam sejahtera.
Sesudah lama menanti dan akhirnya impian menjadi kenyataan apabila novel kanak-kanak saya yang pertama telah berada di pasaran. Inilah Janji Seorang Puteri terbitan Buku Prima.
Rasa seronok sangat sesudah dapat memperbaharui genre penulisan saya. Novel pertama di tahun 2008. Untuk ibu-ibu, silakan dapat novel kanak-kanak pertama saya untuk bahan bacaan anak-anak anda. Semoga anda semua terhibur dengan buah tangan terbaru daripada saya.

Sekiranya hendak membaca promo yang telah saya isikan dalam Janji Seorang Puteri, anda boleh lawati laman promo saya.
Salam Sayang dan Salam Hormat.
Salam Sayang dan Salam Hormat.
8 comments:
hi ebriza jgn marah ye kalu saya komen ye wah cerita puteri ezza ini macam puteri tidur,kecantikkan dan binatang singa,puteri dapur,puteri rambut panjang,puteri salji dan 7 awang kecil,maria babosa,puteri duyung , bawang merah dan bawang putih,antara dua darjat,penarik beca, azizah,nyawa ikan,musang berjanggut dan banyak lagi apa pun saya harap dapat sambutan yang hangat di pasaran nanti
Baru keluar ke?
Selasa lepas ada gak carik kat Kino tapi tak jumpa pun
Oh, kite sedang mengulitnya... hik hik. Maap ler.. baik buku nipis atau buku tebal, sama jek slow nye bila membaca.
Maklom la.. oang tua hik hik
Maju setapak lagi.. tahniahhh...
anonymous,
walau apa pun citer puteri ezza, ia tetap versi melayu. kalau org lain di negara barat boleh berjaya kenapa tidak kita. Ini percubaan pertama, walaupun sama tapi tak serupa sama sekali. Note that.
mersik,
ulit pokcik, jangan tak ulit citer puteri ezza. moga enjoy.
Fadxiora,
Baru lagi dik. baru jek ada di pasaran. akak pun tak dapat lagi sample dia. hehehe ...
aziezah,
TQ kak ... itulah impian saya dan saya sedang mencapai impian saya dalam bidang penulisan. tak kisahla kalau org nak banding citer Janji Seorang Puteri ni dengan Snow White ke, Cinderella ke, Sleeping Beauty ke, Rapunzel ke, janji JSP ini dalam versi MELAYU. Impian yang telah lama tertanam untuk setanding dengan citer2 luar negara di atas. Mungkin sama (itu pendapat sesetengah org) tapi TAK SERUPA.
hai ebriza jgn marah saya bukan puji bangsa asing boleh buat cerita maksud saya bangga le kamu boleh tulis story macam tue apa pun saya harap akan berjaya dari pasaran dan satu lagi cuba tulis dlm bahasa inggerris pula bukan bangsa asing dapat baca dan mungkin boleh buka pasaran di luar sana nanti. memang cara cerita dia macam luar negara tapi apa pun tahiniah kerana kamu berani tulis wassalam
best best...
nama kite la plakkk...samalaaa
mrs. sheikh ...
bagi ler nama betul baru boleh pertimbangkan .. hehehe ... kalau best and unik terus jadik watak utama. :)
Post a Comment