Monday, March 31, 2008

April Fool - Buat Renungan & Pedoman Kita Semua

Assalamualaikumwbh.

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah! Gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yangdimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu.....
rawahuttirmizi Illal Liqaq ..

Wednesday, March 26, 2008

Satu Kepuasan ...

Hai Assalammualaikum. Bertemu lagi kita di arena Ruang Rindu ... Bagaimana hari anda hari ni? Hangat ke tidak ... (wah dah macam lea penyampai Hot.fm.). Hari saya? Hmm ... suam-suam kuku. Nak kata hangat pun tidak ... sejuk pun tidak .... hehehe ... Demam saya semakin beransur baik. Semalam langsung tak boleh nak mengedit semula karya agung saya kerana kesihatan tidak mengizinkan so apa lagi ke bamboom ler atas katil..:) Insya-Allah hari ni saya nak habiskan 1st edit sebelum masuk 2nd edit. Ntahlah sempat ke tidak siap b4 Book Fair agar ia boleh di bawa ke sana. Lepas Karya Agung di hantar, terus menuju puncak untuk siapkan beberapa karya kanak-kanak yang telah terset beberapa idea di minda. Suraya ... tunggu tau.

SATU KEPUASAN – kenapa saya ingin masukkan N3 ini pada hari ini. Sebenarnya ada cerita sebelum dan selepas bergelar penulis.

Pada suatu masa dahulu (Dah macam cerita kanak2 plak. Ikekeke) alkisahnya saya teramatlah minat untuk menulis. Pada usia sekolah rendah, saya cemburu melihat karya pelajar-pelajar lain tersiar di dada akhbar dengan pelbagai cerita mahupun puisi. Saya pernah hantar beberapa karya untuk disiarkan tetapi sayangnya satu pun tidak pernah tersiar. Saya punyalah teringin hendak melihat hasil karya sendiri di dada akhbar namun apa hendak dikatakan apabila impian hanya tinggal impian. Bukan senang nak pushkan karya kita untuk disiarkan. Namun sikap tidak berputus asa saya tanam di dalam diri ini dengan harapan agar suatu hari nanti hasil karya saya terpampang di dada-dada akhbar mahupun majalah. Zaman kanak-kanak ditinggalkan begitu saja tanpa ada sebarang karya yang terhasil.

Ketika melangkah ke alam remaja dan sekolah menengah, semangat ingin menulis terus membuak-buak. Masa tu saya hanya berjinak-jinak dengan puisi, ala-ala luahan perasaan gitu. Tak pernah pula terlintas di fikiran untuk hantar ke mana-mana kerana takut tidak bermutu dan teramatlah kecewanya bila karya kita ditolak mahupun di bakul sampahkan. Penat dan lelah kita tidak berbaloi. Namun hasrat untuk melihat karya sendiri di dada akhbar mahupun majalah tidak pernah terpadam. Walaupun begitu, segala-galanya bermula pada masa saya berada di tingkatan 4. Langkah yang pertama saya mengorak untuk menuju puncak. Hasil karya terhasil daripada sindiran sinis Guru Sastera Puan Qanaah sehingga membanggakan pihak sekolah dan diri sendiri. Akhirnya impian menjadi kenyataan apabila puisi saya yang pertama di muatkan di dalam majalah Mutiara Bahasa dengan berjudul Roda Kehidupan (Kalau tak silap). Tidak dapat membayangkan bagaimana gembiranya hati ini apabila melihat nama sendiri di dada majalah. Bermula daripada saat itu, saya semakin aktif menulis puisi dan cerpen serta skrip drama pentas (walaupun tidak menang apa-apa).

Hasil karya kedua berjudul Mengerti yang dimuatkan di dalam majalah Seleksi Pesona (Majalah ni dah tak wujud sekarang.) walaupun tak menang tapi saya puas kerana hasil karya cerpen yang pertama termuat di dalamnya. Namun, agak sukar untuk menembusi dada akhbar dengan puisi ciptaan saya.

Dengan berbekalkan bakat dan semangat yang ada, saya mengikuti program yang dianjurkan oleh Rakan Muda dan dalam program ini saya telah terpilih untuk mengikuti program peringkat kebangsaan. Lokasinya selama seminggu di Rumah Gapena dan Muara Sungai Duyong Melaka. Memang banyak pelajaran yang saya temui dan dapati di dalam program ini dan yang paling penting dapat berkenalan dengan penulis senior seperti Arwah Dr. Othman Puteh, Prof.Madya Rahman Shaari dan ramai lagi. Daripada program ini, hasil puisi yang kedua dimuatkan di dalam majalah Dewan Siswa. Banyak juga puisi saya yang dimuatkan di dalam majalah ini sehingga memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat selama dua tahun berturut2. Alhamdulillah. Cerpen saya juga pernah tersiar dalam majalah yang sama walaupun tidak menang. Inilah kepuasan yang saya nikmati ketika di usia remaja.

Namun, kepuasan yang sebenar saya perolehi apabila novel pertama saya yang diterbitkan oleh Ghoswriter berada di pasaran. Walaupun saya masih fresh dan tidak tahu bagaimana ragamnya dalam dunia penulisan ini tetapi sedikit kebanggaan terbit kerana pertama kali melihat nama sendiri di rak-rak buku bersama-sama dengan penulis terkenal. Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana puas dan gembiranya saya walaupun pembayaran yang saya terima tidaklah sebanyak mana. Tak tahu royalti dibayar bagaimana mahupun yang dimaksudkan dengan Lumpsump (Tapi kini dah xpert. Hehehe). Kepuasan yang tidak ternilai apabila karya kita dihargai oleh penggemar-penggemar yang menggemarinya. Semakin puas apabila bakat kita dihargai oleh penerbit dengan pembayaran royalti yang diterima dan mempunyai peluang yang cerah untuk mencuba genre lain selain novel cinta remaja-dewasa atau dewasa-santai.

Alhamdulillah dengan pembabitan saya dalam bidang seni ini telah membuka ruang untuk saya berkarya dan mencipta nama dengan penerbit luar Malaysia iaitu yang berada di Singapura. Terima kasih saya ucapkan kepada Pihak EDN Media kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan karya kreatif dan artikel yang diamanahkan hampir setiap tahun bermula daripada tahun 2005. Namun saya ingin melangkah jauh lagi untuk dikenali dengan bakat yang ada serta mencuba genre yang baru dalam karya kreatif. Saya sedang mencari peluang untuk menuju puncak.

Ini yang saya mahu, ini yang saya minat dan saya akan bekerja keras untuknya. Insya-Allah, mudah-mudahan apa yang saya usahakan akan dipermudahkan jalannya walaupun langkah yang saya mula agak lambat. Namun saya tidak akan patah semangat untuk terus mencari peluang selagi terdaya. Apabila saya sudah memperolehinya, inilah KEPUASAN yang sebenar akan saya capai. Sebelum dan selepas bergelar penulis, kepuasan itu masih jauh untuk saya capai.

Assalammualaikum dan hingga bertemu lagi.

Tuesday, March 25, 2008

Sejauh Mana - Berjaya Vs Kaya

Assalammualaikum ... Apakhabar? Walaupun kesihatan saya masih kurang elok tapi itu bukan alasan untuk saya masukkan N3 baru ini.

Saya tertarik untuk mengutarakan satu persoalan iaitu Adakah Saya Berjaya dan Kaya dalam bidang penulisan ini setelah 4 tahun berada di dalam industrinya. Pada penulis lain saya tak tahu tetapi apa yang saya ingin ketengahkan adalah mengenai diri saya sendiri sesudah menjadi penulis.

Bagi saya kemungkinan besar BERJAYA dalam industri ini adalah YA tetapi tidak KAYA kerana apa saya berkata demikian ialah Bagaimanalah kalau nak kaya sekiranya ada penerbit yang lambat atau tidak bayar royalti. Kadang-kadang royalti yang saya terima hasil daripada penjualan novel tidaklah seberapa kalau hendak dibandingkan dengan penulis yang berada di luar negara. Lihat sajalah penulis Harry Porter yang mampu memliki 2-3 buah banglo mewah hasil daripada penjualan novel dan royalti yang diperolehi daripada filem mahupun barangan Harry Porter yang terjual di seluruh dunia. Dia mampu berjaya dan menjadi kaya sebegini kerana penerbitan di sana jujur dalam memberikan royalti. Jangan salah anggap pada apa yang saya katakan ini kerana saya tidak katakan penerbitan di Malaysia tidak jujur tetapi kemungkinan ada masalah dalaman yang membuatkan kami sebagai penulis tidak mampu menikmati kemewahan seperti yang dikecapi oleh penulis luar negara walaupun mereka hanya menulis novel kanak-kanak. Kadang-kadang cemburu juga melihat penulis luar negara menjadi kaya raya dengan hanya duduk di rumah dan menghasilkan karya. Saya teringin hendak menjadi seperti mereka menulis sepenuh masa tetapi oleh kerana tiada wang bulanan yang boleh menjaminkan kehidupan kita, maka penulis Malaysia hanya mampu menjadi penulis separuh masa dan bagi wanita yang bergelar surirumahtangga kemungkinan besar mampu menjadi penulis sepenuh masa. Apa yang saya lihat di sini, hanya mereka yang mempunyai penerbitan sendiri mampu menjadi penulis sepenuh masa. Namun saya bersyukur dengan apa yang diberi asalkan tidak menipu kami sebagai penulis.

Berjaya – mungkin saya sudah menempa kejayaan di dalam industri ini walaupun masih lagi merangkak untuk memperluaskan bakat yang ada. Alhamdulillah sekiranya nama saya mula dikenali dan inilah yag dikatakan oleh sahabat saya Noor Khatijah bahawa saya berjaya menempa nama. Kejayaan saya terletak ditangan anda kerana andalah yang menentukan sama ada penulis itu berjaya ataupun tidak. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini kepada saya. Tanpa anda, saya mungkin tidak akan berjaya dalam bidang yang menjadi kegilaan saya.

Kepuasan – Puaskah saya dengan menghasilkan 10 buah novel? Jawapannya, saya masih belum puas selagi tidak mendalami ilmu penulisan dalam pelbagai genre. Saya ingin meluaskan bakat yang ada dalam setiap penulisan karya kreatif. Namun sehingga kini saya mencari peluang dan masih belum berjaya lagi dalam mencapai IMPIAN. Insya-Allah saya akan terus mencari peluang agar KEPUASAN ini menjadi milik saya.

Monday, March 24, 2008

Dari Satu Penerbitan Ke Satu Penerbitan

Hai Assalammualaikum ... Apakhabar pengunjung-pengunjung ku hari ini? Kitak sihatkah? (Bahasa Sarawak. Kitak bermaksud anda.). Saya on off on off. Kadang-kadang sihat dan kurang sihat macam hari ni, saya tak berapa sihat. Demam selesam pilak. Entahlah ..

Hmmm ... N3 kali ini untuk menjawab beberapa pertanyaan daripada anda semua. Tentu anda akan tertanya-tanya kenapa saya sering berpindah randah daripada satu penerbitan ke satu penerbitan. Kan? Tentu anda akan cakap,

“Laa ... si ebriza ni tak reti nak duduk dalam satu penerbitan sajakah. Mana ada penerbitan baru, di situ ada dia.”

“Mana-mana hala saja ada dia. Tamak sungguh, semua penerbitan dia nak sapu.”

“Ish ... kat sini pun ada dia juga. Hmm, hebat sangatkah dia hinggakan semua penerbitan yang dia join akan menerbitkan karya dia.”

Hmm ... Susah jugak ye kalau ada persoalan sebegini. Tapi pernahkah anda tanya saya secara personal kenapa saya join banyak penerbitan. Apa yang saya cari sebenarnya. Psstt ... anda nak tahu ke? Biar saya bisikkan jawapannya.

Pertama sekali saya join banyak penerbitan bukan kerana tamak atau apa tetapi untuk mencari keserasian. Bagi saya keserasian antara penerbit dan penulis amat penting kerana kalau tiada keserasian susah untuk kedua-duanya bekerjasama. Keserasian di sini bukan pada satu part sahaja tetapi merangkumi beberapa part seperti, yang paling penting adalah soal PEMBAYARAN. Kalau pembayaran dilakukan secepat mungkin dan on time tak mungkin saya akan berhijrah ke tempat lain. Yang kedua, adalah cara mereka melayani saya. Saya bukanlah penulis yang banyak songeh, asalkan mereka baik dengan saya dan tegur pun secara elok serta menjadikan saya sahabat mereka, nah ... saya tak mungkin akan keluar lagi ke mana-mana. Yang ketiga cara editing, kalau saya rasa editing mereka tidak memenuhi citarasa, saya akan berfikir dua kali untuk hantar lagi karya kepada mereka. Tapi kalau karya saya diterbitkan dalam 2 buah ke atas bermakna saya serasi dengan cara mereka daripada segala-galanya. Faham-faham sendirilah. Keserasian seperti ini yang saya cari apabila join penerbitan-penerbitan lain.

Kedua, Mencari Peluang. Saya join banyak penerbitan untuk mencari peluang yang lebih baik. Kalau kita hanya stay pada satu penerbitan sahaja, kita tidak akan tahu cara penerbitan yang lain yang mungkin lebih serasi dengan kita. Mungkin inilah risiko yang terpaksa saya ambil untuk melihat sejauh mana keberkesanan sesuatu penerbitan yang saya join. Mungkin peluang saya akan menjadi lebih cerah untuk menerokai penulisan dalam genre yang lain jika saya join banyak penerbitan sekiranya penerbitan itu mewujudkan genre-genre yang lain. Mungkin juga para penerbitan yang saya join mampu mempekenalkan saya kepada mereka yang sepatutnya untuk menerokai bidang penulisan ini dengan lebih jauh lagi. Kita tidak tahu bila peluang itu akan tiba tetapi aset sudah ada dan tidak salah untuk mencuba.

Ketiga, Saya suka logo pelbagai penerbitan tertera pada kulit novel saya. Hehehe ... sebab itulah saya suka berhijrah. Entahlah ... mungkin hobi kot. Kalau boleh mana-mana saja penerbitan yang ada teringin nak join sebab nak kan logonya. Boleh gitu. Kalau orang tak tahu pasti mereka akan katakan saya tamak. Namun saya akan rasa satu kepuasan bila logo pelbagai penerbitan tertera pada kulit novel saya walaupun hanya sebuah sahaja. Lain ornag lain citarasanya tapi bukan mudah hendak join seseuatu penerbitan kerana kita kena tahu juga pola penerbitan mereka sebelum kita redah hantar karya kita. Itu yang saya lakukan.

Keempat, Keselesaan. Ini amat penting bagi saya untuk mempersembahkan idea tanpa ada sekatan. Bukan semua penerbitan yang menerima idea kita dalam apa yang kita persembahkan. Sebab itu keselesaaan dalam menumpahkan idea memang saya titik beratkan. Kalau kita terpaksa control dari segala segi, hilang kenikmatan untuk saya berkarya dan hasilnya adalah sebuah karya yang bukan jiwa saya tetapi saya akan cuba juga untuk menghasilkan karya sebegini untuk percubaan yang pertama dalam menghasilkan sesuatu yang lain. Kalau dah dinamakan PERCUBAAN jangan pula ada yang menghentam. Tegur secara IKHLAS dan BETULKAN apa yang kurang. Bolehkan?

Hanya itu sahaja sebabnya kenapa saya suka berhijrah. Harap tak ada spekulasi mahupun kontroversi lagi tentang penghijrahan saya daripada satu penerbitan ke satu penerbitan. Saya tidak suka dikongkong dan suka terbang bebas untuk mencari sesuatu kelainan dalam setiap penerbitan yang saya join. Salam Hormat dan Salam Sayang untuk semua.

Saturday, March 22, 2008

Novel Kanak-Kanak - Janji Seorang Puteri

Alhamdulillah akhirnya apa yang saya angankan telah pun tercapai dengan lahirnya buah hati permata jantung saya yang pertama iaitu novel Kanak-kanak yang berjudul Janji Seorang Puteri terbitan Buku Prima. Sudah lama saya berimpian ingin mencuba genre yang baru dan lain, akhirnya tercapai apabila Buku Prima membuka ruang dan peluang. Terima kasih saya ucapkan kepada Buku Prima.
Bukan mudah ingin membuat novel kanak-kanak walaupun straight forward bahasanya. Kadang-kadang tersasar juga menggunakan lenggok bahasa yang sudah biasa. Namun, saya tidak akan berputus asa untuk memperbaiki genre ini pada masa akan datang. Saya sudah mempunyai beberapa idea untuk novel kanak-kanak yang seterusnya dan akan saya hantar ke Buku Prima selepas Pesta Buku nanti.
Ada sesiapa yang berminat, boleh dapatkan novel kanak-kanak yang pertama buah tangan daripada saya di Pesta Buku nanti. Ingin lihat promonya, kunjungilah ke blog promo saya. Manalah tahu memenuhi citarasa selera anda, boleh juga dapatkannya sebagai hadiah hari jadi untuk anak-anak sendiri dan juga anak-anak buah serta anak-anak rakan dan saudara. hehehe ...
Doakan saya agar berjaya dalam percubaan pertama ini. Salam sayang untuk anda semua.

Friday, March 21, 2008

TAMBAHAN 7hb di PWTC

Salam ... saya baru dapat tahu daripada Buku Prima bahawa masa saya bertugas selama dua hari iaitu 6hb dan 7hb. 6hb saya akan stay sepanjang hari dan pada 7hb saya akan stay daripada pukul 10am-3pm sebab bas saya pulang semula ke Penang pada pukul 6pm. Harap maklum. Ceewaahh .... macam ramai yang nak jumpakan. Hehehe .... sesekali memerasankan diri. tak salahkan. Hehehe .... tentang jadual rakan-rakan yang ingin saya jumpa telah saya setkan sendiri seperti Bikash Nur Idris dan Pu3Imaneisya sebab kalau tak set nanti tak jumpa ... saya rindu dengan dorang .... so, bukan talian hayat yang menemukan kita. Pu3, 6hb kau diwajibkan ke booth FP teman diri ini. Boleh laa ... boleh laa ... Amacam berkesan tak rayuan ni? Kalau tak berkesan kasi berkesan jugak. hehehe .... JUMPA DI SANAAAA!

Wednesday, March 19, 2008

TEMUI SAYA DI PWTC ...

Ingin bersua dengan dinda …. Hai Assalammualaikum semua …. Hendak kah anda bertemu dengan saya jika selama ini hanya mendengar celoteh saya di blog mahupun di novel2 saya? Jika Ya …. TEMUI SAYA DI BOOTH BUKU PRIMA PADA 6 APRIL DARI JAM 10AM- PETANG. Tarikh ni saya akan bertugas sepanjang hari.

Pada 5hb April pula kemungkinan besar saya akan berada di Booth Fajar Pakeer dengan Puteri Imaniesya. Walaupun tak ada novel baru dengan FP tapi saya saja nak melepak dengan teman2 penulis di FP untuk buat teman yang mesra. Untuk anda yang tidak boleh datang pada 6hb, boleh juga temui saya pada 5hb jam 3PM – ptg kot. He he he …

Saya juga akan menemui rakan-rakan Jemari seni pada 5hb. Bila lagi nak jumpa ye tak? Pastu nak shopping segala macam buku. Masa ni ler nak borong memandangkan harganya jauh lebih murah. Tak sabar-sabar rasanya nak terbang ke sana.

Untuk Buku Prima, thanx sebab member kelonggaran pada saya untuk menghadirkan diri pada tarikh yang telah disebutkan.


JUMPA ANDA DI SANA YE! ASSALAMMUALAIKUM!

Tuesday, March 18, 2008

Nama + Pelik + Panjang - Semuanya Ada Di Dalam Novel EA

Assalammualaikum ... Hai ...

Masukkan N3 pun on off on kan. Apa nak buat, sedang mengejar masa untuk siapkan karya agung yang entah ke berapa sebab Naina dah minta lah ... Naina sabar ye ... lagi 4 bab merdeka. Hehehe ... Yahooo ... Psst .. nak tahu ke apa tajuknya ... Mai dekat-dekat sikit nak bisik tajuknya ialah ... MC. Keh keh keh ... Mana leh bagitau, nanti ada yang ambik dulu habislah. Dah parah nak kena carik tajuk lain. Bukan senang nak cari tajuk yang sesuai dengan jalan cerita beb. Silap-silap haribulan pecah kepala dibuatnya. Lepas sain kontrak nanti saya bagitahu key ... ala-ala bucuk-bucuk, jangan ler merajuk.

N3 kali ni saya hendak membicarakan tentang NAMA. Pelikkan kenapa nak cakap tentang nama pulak tapi inilah yang selalu dilaung-laungkan kepada saya, kenapa, mengapa dan bermacam-macam pertanyaan lagi. Antara soalan-soalan yang sering ditanya dan rungutan yang diterima :

~ Kenapa saya menggunakan nama yang panjang-panjang dan teramat susah nak sebut.
~ Kenapa saya tak nak ringkaskan?
~ Nama panjang-panjang ni potong mood nak baca novel karya dia.
~ Hampir tergeliat lidah nak menyebutnya.
~ Agaknya memang penulis ni suka nama yang panjang-panjang kot.
~ Kenapa nama dalam novel dia pelik-pelik?

Jawapan saya kepada pertanyaan-pertanyaan sebegini.

1. Saya bukan sengaja nak gunakan nama yang panjang-panjang tapi apabila nama-nama ini saya dapati daripada mereka yang memilikinya, rasa seakan tidak wajar sekiranya saya meringkaskannya. Saya sendiri rasa kekukarangan feel. Contohnya Ira Fashua nak dirangkaskan kepada Ira memang boleh tapi terasa hilang keunikannya di dalam nama itu. Susah untuk orang yang istimewa ingin memanggilnya dengan nama yang istimewa dan lain daripada orang lain memanggilnya. Itu sebab yang pertama.

2. Saya memang suka menggunakan nama yang lain daripada yang lain kerana saya tidak mahu nama-nama itu menyamai dengan nama-nama yang pernah novelis lain gunakan dan ia kadang-kala akan mengkonfiuskan orang. Karya kita dikatakan karya orang lain apabila nama watak utama menyamai watak-watak utama orang lain. Nama-nama yang biasa novelis2 lain gunakan saya akan guna untuk watak sampingan sebagai special appearence. Saya tidak akan jadikan nama itu sebagai watak sampingan yang mempunyai kepentingan kerana itu juga akan mengelirukan orang nanti dengan karya kita. Itu sebab yang kedua.

3. Apabila saya menggunakan nama-nama yang lain daripada yang lain dan agak pelik, ini merupakan satu bonus pada saya sekiranya ada novelis lain yag turut menggunakan nama yang pelik segera ingatan itu akan terlayang kepada saya kerana saya salah seorang novelis yang sering menggunakan nama yang pelik-pelik dan panjang. Itu yang ketiga.

4. Memang saya akui, nama yang sering saya gunakan dalam setiap karya saya kadang kala susah nak sebut kerana itulah nama yang saya dapati daripada insan yang sebenar dan nama itu telah diberikan oleh kedua ibu bapa mereka. Nama-nama ini saya perolehi daripada buku-buku konvokesyen, Klien saya, Nama anak-anak teman2 seperjuangan, nama rakan-rakan sendiri, nama adik beradik sendiri, nama sepupu sepoyang, cashier pasaraya dan juga peserta akademi fantasia. Erze Zullis contohnya, satu nama yang pelik yang tidak pernah saya dengar lagi dan agak unik untuk diabadikan kerana dia merupakan peserta ujibakat akademi fantasia yang tersingkir dan tidak tercalon. Sekurang-kurangnya dia tetap glamour. Hehehe .. Itu sebab yang keempat.

5. Setiap daripada novelis yang ada di muka bumi tumpangan ini pasti tidak mahu gaya mereka menyamai dengan novelis lain dan mereka akan berusaha untuk mencari kelainan bagi pembaca novel mengingati diri mereka. Dan penggunaan nama merupakan cara saya untuk memancing pembaca novel mengingati saya. Sekiranya saya menggunakan nama yang ringkas, simple dan biasa didengar, hilang keistimewaan saya dalam industri ini. Nama saya sendiri susah untuk anda sebut tetapi apabila dah biasa memang mudah untuk anda menyebutnya. Dan begitulah kiranya nama yang terdapat dalam setiap karya saya. Insya-Allah sekiranya dah habis nama-nama yang panjang dalam list saya, nama ringkas yang pelik akan saya gunakan pula. Saya tidak mahu hilang keistimewaan ini walaupun mood anda akan berubah apabila membacanya. Saya minta maaf sekiranya anda malas hendak membaca karya saya hanya disebabkan nama. Tapi kalau anda minta dengan stail saya, nama tidak akan menjadi satu penghalang. Kan? Itu sebab kelima.

6. Tiada lagi sebab untuk dicoretkan kerana hanya itu sebabnya kenapa saya gunakan nama yang panjang dan pelik dalam setiap karya saya. Nama anda juga mungkin akan menjadi watak dalam novel saya yang akan datang sekiranya nama anda sedap, pelik dan lain daripada yang lain bagi saya bukan bagi orang lain. Jangan terkejut sekiranya ada pengunjung ke sini akan melihat nama sendiri di dalam novel saya.

Saya harap selepas ini, tidak akan timbul lagi masalah tentang nama yang saya gunakan dalam novel-novel terbaru saya. Ada sebuah novel saya masih lagi di dalam peringkat printing yang menggunakan nama panjang-panjang. Nak dengar tak nama apa? Contohnya: Eza Yusmawati (Rakan UiTM), Irene Darvinna (Yang dapat melalui TV), Ayreil Eiszacwan (Nama anak Khazlin), Damia Sari dan lain-lain. Novel ini merupakan salah satu novel dan mungkin novel pertama dan terakhir yang saya masukkan nama-nama yang panjang-panjang serta pelik dan susah nak sebut. Biasakan menyebutnya kerana anda akan menemui nama-nama ini dalam Dakapan Kasih (Jika judul tidak ditukar) yang akan diterbitkan tidak lama lagi.


SALAM HORMAT DAN SALAM SAYANG DARIPADA SAYA UNTUK ANDA SEMUA.

Saturday, March 15, 2008

Akhirnya ... Tiba jua ...


Syukur Alhamdulillah. Hanya itu sahaja yang mampu saya ucapkan ketika dikhabarkan berita gembira ini. AKhirnya sebuah penantian telah berakhir sudah dan akhirnya impian saya yang ingin melihat anak-anak didikan saya menjadi seorang novelis telah tercapai. Pu3 Imaniesya ataupun lebih dikenali dengan Pu3ChempakaBiru telah merealisasikan impian itu. Berbaloi saya mengorbankan masa mengarang demi melihat hasil karyanya yang tunggang terbalik suatu ketika dahulu. Editor yang tidak bertauliah ini yakni saya sendiri telah membentuk seorang lagi penulis yang bakal menggegarkan dunia penulisan dengan kehadirannya. Hehehe … perasan tahap maksima.

Sebelum dia menghantarkan karya ke mana-mana penerbitan, masak juga dia dengan komen-komen pedas daripada saya tetapi Alhamdulillah dia mengambilnya secara positif dan sekarang nah … lihat sahaja hasilnya. Saya membentuk dirinya daripada akar umbi sehingga ke cara bagaimana hendak menghantar manuskrip itu ke penerbitan agar tidak direject kerana saya tidak mahu dia berasa kecewa apabila manuskrip pertamanya di reject. Saya dah rasa bagaimana perasaan apabila menuskrip pertama direject setelah kita berhempas pulas menyiapkannya yang memakan masa berbulan-bulan. Rasa memang pedih apabila hasil kerja keras kita tidak dihargai. Tahu-tahu pulak dicampak ke dalam tong sampah begitu sahaja. Namun Alhamdulillah segala hasil penat lelahnya kini memang BERBALOI setelah buah hati pertamanya akan bertemu dengan anda di pesta buku nanti. Insya-Allah kalau tiada aral melintang.

UNGKAPAN RAHSIA HATI buah hatinya yang pertama dan anak sedara saya yang pertama. Keh keh keh … macam real je kan? Tapi saya memang gembira apabila perjuangannya kini sudah menampakkan jalan yang akan dituju. Selepas ini bersedialah kau untuk mengharungi dunia penulisan yang terkandung pahit getirnya daripada manisnya. Namun, itu semua cabaran untuk kita sebagai seorang novelis mahupun penulis. Ambil ia sebagai iktibar.

Kini, saya ingin melihat hasil daripada anak didik saya yang bernama NASHARLINA pula. Nash, bila nak siap novel awak tu? Dah berjanggut berjambang dah akak tunggu. Masuk tahun ni dah hampir 2 tahun, siapkanlah cepat. Lepas tu, Ara Suhara pula. Jenuh nak bina semangat pada dia orang ni. Namun, harap-harap korang akan cepat menyiapkan novel sulung masing-masing sebagaimana PU3 Imaniesya.


SYABAS SWEETIE. I BANGGA DENGAN U. SERIUS!

Friday, March 14, 2008

Keistimewaan Diriku ...


Sekali pandang pada tajuk ini seperti saya memuji diri sendiri tetapi apa yang ingin saya coretkan di sini adalah kenyataan yang hakiki.

Sekali lagi soalan dan pertanyaan bagaimana saya menghasilkan karya dengan begitu cepat sedangkan orang lain amat payah untuk menghasil 2 3 karya dalam masa setahun tapi saya ... Bukankah setiap manusia di muka bumi Allah ini dikurniakan keistimewaan yang tersendiri mengikut kemampuan diri sendiri dan inilah satu-satunya keistimewaan yang saya miliki hasil kurniaan-Nya.

Kata rakan-rakan yang sering saya berikan kata semangat untuk berjinak-jinak dalam industri ini, begitu payah untuk menggali idea walaupun sudah lama berdepan dengan PC. Kadang-kadang idea ada tapi tidak tahu bagaimana hendak mencurahkan ke atas PC. Bagaimana pula saya mendapat idea dan mencurahkannya terus ke dalam PC dengan begitu cepat dan mampu menyiapkan 1 - 2 bab dalam masa sehari.

Sebenarnya untuk menerangkan satu persatu amat payah bagi saya kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya hendak menerangkan kepada anda yang bertanya. Apa yang saya buat adalah:

1. Setkan berapa bab untuk menyiapkan keseluruhan novel yang ingin anda karang. Memandangkan pembaca sekarang sudah demand hendakkan novel yang tebal tetapi dalam harga yang murah, apa yang perlu anda lakukan adalah cuba kira berapa puluh bab yang mampu anda buat dengan muka surat 450m/s ke atas. Bagi saya, saya akan setkan 60 bab dengan 8 m/s setiap bab. Itu anggaran sebelum saya tumpahkan idea ke dalam PC.

2. Kemudian, baru saya lakarkan catatan ke dalamnya bagaimana cara cerita itu bermula dan bermula dan berakhir sehingga selesai 60 bab. Kalau takut dialog yang telah anda fikirkan tu hilang, coretkan sekali ketika membuat nota. Saya suka membuat nota sambil melihat televisyen ataupun mendengar radio kerana daripada iklan tv, radio mahupun celoteh para penyampainya kadang-kadang boleh mendatangkan ilham untuk mecantikkan lagi persembahan idea kita.


3. Sebaik sahaja selepas tamat membuat nota, barulah saya akan kembangkan jalan ceritanya bab by bab terus ke dalam PC. Salah satu keistimewaan yang saya miliki, sebaik sahaja mata saya tertancap di skrin PC terus sahaja idea mengalir tanpa berhenti sehingga selesai satu bab dengan 8m/s ataupun lebih. (Lebih tak apa jangan kurang.). Bagaimana idea itu datang, saya tak boleh hendak terangkan kerana ia datang begitu saja. Dengan nota yang telah dicatatkan saya tidak akan tersimpang jauh untuk menyelesaikan keseluruhannya. Dahulu saya tidak pernah buat nota, pakat hentam kromo saja buat novel dan hasilnya tidak memuaskan. Itu komen daripada pembaca saya, yang diemailkan kepada saya tetapi sejak novel Hanya Dikau saya sudah mula membuat nota sebab tidak mahu situasinya menjadi tidak logik dan Alhamdulillah saya berjaya. Ramai yang puas hati dengan novel ini walaupun ada segelintir manusia yang tidak senang denga kehadirannya. Itu terpulang pada diri masing-masing sama ada hendak menyukainya ataupun tidak kerana saya tidak akan berhenti daripada mengarang selagi saya tidak kekeringan idea. Sama ada santai atau berat saya akan meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. Ish ... apa tersasar jauh ni. Okey, yang paling penting adalah nota agar keseluruhan cerita itu menjadi logik.

4. Idea terhenti di pertengahan jalan itu adalah lumrah bagi mereka yang begelar penulis. Apa yang saya lakukan sekiranya ini terjadi? Jawapannya mudah dan simple, hentam kromo dulu ler. Mungkin sedikit tunggang langgang tapi yang penting bab itu siap kerana saya tak biasa melangkau bab untuk menyudahkan cerita saya dan bukan stail saya. Sebaik sahaja habis kesemuanya, barulah saya akan edit balik bab-bab yang mana saya hentam kromo semasa mengarangnya. Ketika inilah saya akan melunakkan ayat-ayat yang tidak lunak. Hehehe ... Kadang-kadang meleret juga dan apabila hantar ke penerbitan sudah menjadi tanggungjawab editor pula untuk melunakkan ayat-ayat yang meleret. Tak gitu para editor tersohor.

5. Apa yang akan saya lakukan sekiranya MALAS datang menjengah. Mudah, Tutup PC tidur. Hehehe ... tak adalah. Sekiranya ini berlaku, saya akan memaksa diri saya dengan pelbagai kata-kata motivasi untuk mengajak diri, akal, mata, idea semuanya bersatu hati bagi menyiapkan karya yang sedang dikarang. Itu cara saya.

6. Percaya atau tidak semasa anda sedang menyiapkan sesebuah novel anda, pasti akan ada halangan yang datang menimpa. Sampai ke bab ini anda harus tabah menghadapinya dan motivasi diri amat penting untuk menghabiskan apa yang sudah dimulakan.

7. Backup. Haa ... ini satu lagi yang perlu anda lakukan ketika sedang mengarang. Sudah banyak kali saya mendengar aduan karya hilang kerana apa? Kerana anda tidak membuat backup. Saya cukup takut sekiranya novel yang sedang saya karang sudah sampai ke penghujungnya tiba-tiba sahaja ia hilang atau corrupt begitu saja. Ya Ampun ... macam nak nangis pun ada kalau ini terjadi. Sakit kepala sakit hati semuanya bersatu menjadikan diri tidak keruan. Apatah lagi kalau penerbit sudah mengejar anda agar disiapkan secepat yang mungkin. Apa yang saya lakukan untuk mengelak daripada masalah ini terjadi ialah saya akanbuat backup sekurang-kurang dalam dua disket, satu pendrive dan selebih akan dihantar ke email supaya usaha saya yang memakan berbulan-bulan tidak akan menjadi sia-sia begitu sahaja. Jadi, ambil ini sebagai sesuatu yang serius dan bukannya sambil lewa.

Hmm rasanya itu sahaja kot yang mampu saya terangkan kepada anda yang bertanya. Mudah-mudahan kalau anda rasa cara saya berkesan kepada anda, ikutlah tapi kalau dah cuba namun tak berkesan, jangan ikut. Mahu pecah kepala dibuatnya. Ikut pada kemampuan masing-masing. Seandainya ditakdirkan saya tidak bekerja suatu hari nanti, inilah kerja yang akan saya lakukan. Sayang kalau bakat yang dikurniakan bukan pada semua orang dipersiakan begitu sahaja.

Kini, saya lebih matang meniti arus dunia penulisan yang indah dan juga perit. Daaa ...

Friday, March 7, 2008

Masalah Standard

Hampir setiap tahun masalah yang saya hadapi adalah masalah yang sama dan masalah berulang. Adakah ini masalah standard bagi mereka yang bergelar penulis/novelis? Hmm saya sendiri tak tahu. Hmm? Masalah apa lagi dihadapi oleh penulis kalau bukan masalah ROYALTI!

Royalti tahun 2006 & 2007, kedua-duanya masih belum berbayar. Cuma satu penerbitan sahaja yang telah membayar untuk royalti tahun 2006. Alhamdulillah tapi penerbitan yang lainnya, masih belum. Ada-ada saja alasan yang diberi ketika saya menelefon pihak pernerbitan berkenaan. Nak tahu apa alasan standar yang diberikan pada saya?

Orang yang incharge akaun tak adalah hari ni.
Orang yang incharge akaun sedang meeting.
Orang yang incharge akaun cuti.
Belum ada lagilah cik, kami akan usahakan secepat mungkin.

Hmmm ... naik letih saya mendengarnya. Novel diterbitkan memanglah best tapi time nak dapat royalti, tu yang sakit apabila hasil usaha kita tidak mendapat pulangan yang setimpalnya. Korang ingat senang ke nak mengarang sesebuah novel yang makan berbulan-bulan lamanya. Pengorbanan yang dilakukan oleh seorang penulis terhadap pelbagai daripada segi masa terutamanya sekali tidak akan berbaloi sekiranya penat lelah kami tidak mendapat pulangan yang setimpal yang dijanjikan oleh pihak penerbitan sendiri dalam kontrak yang telah ditandatangani. Kalau tak nak tunaikan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak kenapa harus berjanji. Kontrak bukan main bagus lagi tapi kenapa tak nak tunaikan apa yang tercatat di dalam kontrak? Salah kamikah atau penerbitan itu yang bermasalah sebenarnya. Tak kiralah sama ada novel yang kami hasilkan itu bagus atau tidak tapi ia dah diterbitkan. Kan? Sikit pun royalti kami juga. Hasil titik peluh tu. Kami buat bukannya percuma. Yelah, nak beli cartridge, kertas dan sebagainya. Bukankah semua tu guna duit. Kalau tak ada rolling macam mana? Inilah masalah yang kami hadapi sebagai seorang penulis. Kadang-kadang membuatkan saya tak percaya pada penerbitan lagi. Takut untuk hantar karya kerana takut tak dibayar.

Kadang-kadang statement pun tidak diberikan kepada kami untuk mengetahui berapa penjualannya. Adilkah bagi kami bergelar penulis? Cuba tempatkan diri anda di tempat kami, apa yang anda rasa kalau kami penulis menjadi penerbit membuat anda begitu pula. Tepuk dada tanyalah selera.

Saya amat berharap sangat agar royalti saya pada tahun 2006 & 2007 dibayar secepat mungkin. Disaat kita memerlukan wang, memang royaltilah yang amat diharapkan. Fahamilah masalah kami para penulis. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa mendengar rintihan hati seorang penulis yang suam-suam kuku ini.

Wednesday, March 5, 2008

Terkenang Semasa Dolu ...

Terkenang semasa dulu ... zaman muda-muda ... Eh nyanyi laaa ... hehehe ... N3 ini pulak saya abadikan untuk mengenangkan peristiwa-peristiwa yang mengusik jiwa semasa berada di alam persekolahan. N3 Terkenang semasa dulu membawa anda ke zaman persekolahan ketika saya berada di sekolah rendah. Banyak juga peristiwa yang lucu dan menjadi memori yang terindah.

PERISTIWA 1 (DARJAH 1)
Mula-mula mengenali kawan-kawan memang best. Maklumlah sekolah campur tentulah mempunyai pelbagai ragam kanak-kanak. Ada yang menghiburkan dan ada yang menggeramkan. Peristiwa yang paling saya ingat semasa saya di dalam darjah satu adalah peristiwa berambut pendek gara-gara kutu.

Dulu, rambut saya memang bebas daripada kutu tetapi ada dua orang rakan yang bernama ... (Dirahsiakan untuk menghormati maruah dirinya) memang mempunyai kutu satu kepala. Walaupun mereka bertudung tetapi setiap kali mereka menggaru kepala pasti ada kutu yang berterbangan. Kena pulak saya yang duduk di tepi dan hadapan mereka, apa lagi si kutu-kutu mencari kediaman barulah. Habis satu kepala saya dijangkiti kutu. Gara-gara kutu yang terlalu banyak menyebabkan mama saya menyembur bygon sejenis spray ubat nyamuk atas saranan Makcik Aci dan Tok Pah saya. Memanglah kutu mati tapi rambut ku yang menjadi mangsa. Sudahlah luruh, kena pula memotong pendek seperti tomboy. Hari Isnin tu semasa saya ke sekolah, apa lagi diperlilah oleh seorang teman yang bernama Asmadi. Mula-mula tu saya bertahan tetapi oleh kerana kata-katanya terlalu menyakitkan hati saya ... saya pun apa lagi ... Uwaaa ... uwaa .... Tulah sapa suruh usik saya. Jiwa saya ni jiwa sensitif tau. Mana tak menangis. Padan juga muka dia apabila didenda oleh guru kerana gurauannya yang melampau. Haaa ... ambik kau. Sekarang ni saya sendiri tak tahu di mana dia berada. Dah lama tak jumpa kawan-kawan sekolah rendah. Dah kahwin kot tapi dia memang JEMUAN.

PERISTIWA 2 (DARJAH 2)

Hmm masa ni saya dah besar sikit. Perpindahan kelas membuatkan saya tertarik pada satu lukisan budak darjah 4 yang kebetulan disesi petang dan kami ketika itu darjah 1-3 semuanya pagi. Pemuda ini berbangsa cin dan lukisannya memang menarik hati. Jadi, tangan saya yang gatal ni pergilah menulis surat dan diletakkan di bawah meja. Entahlah sama ada meja tu adalah meja dia atau bukan tapi sejak kunjungan surat saya, dia juga sudah bertukar tempat iaitu ke meja saya. Lama juga kami menyurat ni tanpa pengetahuan sesiapa. Kalau mereka tahu alamat kena perli lagilah. Namun, permainan surat-menyurat ni tak lama sebab dia kena pindah sekolah mengikut keluarganya. Sedih hati aku tidak terkata tetapi yang menggembirakan hati, ada sebuah lukisan kenangan daripadanya yang diberikan kepada saya. Sekarang ni lukisan tu pu nentah ke mana, tak tahulah. Mama buang kot. Keh keh keh ....

PERISTIWA 3 (DARJAH 4)
Darjah tiga tak ada kenangan menarik jadi saya lompat ke darjah 4. Bolehlah ye. Ada seorang rakan saya yang bernama Rafidah. Kalau korang tengok, rambut dia masya-allah macam sarang tebuan. Rambutnya tak pernah panjang. Jadi, semasa habis peperiksaan akhir tahun, kami memang suka bersantai, bergurau sesama sendiri dan juga mengusik teman-teman yang lain. Pada waktu Cikgu Martina guru tingkatan kami tak masuk kelas, jadi saya dan rakan-rakan lelaki + perempuan melancarkan serangan ke atas rambut Rafidah. Kami mengambil bulu ayam dan cucukkan ke rambutnya macam cucuk sanggul. Penuh satu kepala tetapi dia tak sedar pun. Selepas serangan, kami ketawalah beramai-ramai. Sedangkan rakan-rakan yang tidak ambil pot hanya menggeleng-geleng melihat telatah kami berempat. Saya tak nak join tapi saya digoda untuk join dengan dorang. Ni semua Haslan punya kerja. Keh keh keh ....

Masa Cikgu Martina masuk ke kelas, dia pun bertanyalah pada Rafidah,
“Rafidah, benda apa yang ada di atas kepala awak?” Tajam renungan Cikgu Martina.
“Benda apa cikgu?” Tanya Rafida terpinga-pinga. Kini tahulah Cikgu Martina siapa punya kerja. Tentulah budak kelas dia juga. Lepas tu, Cikgu Martina bertanya siapakan yang melakukan kepada Rafidah sedemikian. Semuanya diam terkaku termasuklah saya. Apabila dia mengugut, barlah terhegeh-hegeh kami berempat keluar. Apa lagi tangan kami berempat dirotankannya dengan bulu ayam. Padan muka kami, usik orang lagi. Nasib baik sekali sebatan kalau lima kali alamat bengkaklah tangan masing-masing. Hehehe ....

PERISTIWA 4 (DARJAH 5)
Waktu ini juga sesudah tamat peperiksaan akhir. Biasalah budak-budak memang gemar bermain. Kali ni kami bermain badminton sesudah puas berborak. Si Haslan tu memang suka kacau saya. Ada-ada saja ideanya untuk mengusik saya. Bila saya marah, dia ketawa. Bila saya tak layan, dia datang menyendeng. Entah apa-apa. Malas hendak menengok muka dia, saya pun keluarlah dan berdiri di sebelah jejaka hitam manis si Mazlin. Seperti kelaziman yang memang saya suka buat adalah senyum. Dia pun tersenyum melihat saya di sisinya.

“Kenapa tak borak dengan dia orang?” Tanya Mazlin.
“Malas. Asyik aku saja yang dikenakan. Best tengok depa main badminton. Hang tak main ka?” saya pula menyoal.
“Aku baru lepas main. Syed nak main sangat dengan Rafidah, aku berhentilah dulu.” Jelas Mazlin dan saya hanya mengangguk faham. Sedang leka kami melihat permainan badminton di antara mereka, tiba-tiba dek kerana angin bulu tangkis melayang ke arah kami. Mata saya dan Mazlin hanya melihat ke mana arah bulu tangkis itu dibawa. Tiba-tiba saya dan Mazlin mengukir senyuman namun tidak berganjak daripada tempat kami berdiri. Pada fikiran saya sudah tentu bulu tangkis itu akan jatuh atas kepalanya kerana tempat landing bulu tangkis itu memang tepat. Tetapi ...
Gedebuk!
Aduhhh!!! Kah kah kah ...
“Hei Mazlin macam mana bulu tangkis ni boleh jatuh atas kepala aku? Bukan tadi elok saja dia nak landing atas kepala hang?” Saya agak marah apabila dia ketawa begitu. Bedekah-dekah nasib tak berguling.
“Aku pun ingat dia akan jatuh atas kepala aku tapi tak sangka pulak dia boleh pi sebelah hang.” Kata Mazlin sambil ketawa lagi.
“Huh! Benci. Aku nak masuklah.” Saya terus melangkah masuk ke dalam kelas semula apabila ramai-ramai sedang ketawakan saya. Sesuatu yang tidak dijangkakan.

PERISTIWA 5 (DARJAH 6)
Masa ni ketika saya menyambut hari lahir yang ke-12. Sudah menjadi amalan membawa kek yang dibuat oleh mama ke kelas. Masa cikgu ada, dialah yang memberikan kek saya kepada semua murid. Adil dan semua dapat. Masa ni seorang rakan sekelas saya yang bernama Syed Asfawira tidak mahu makan kek coklat yang saya bawa. Mengada-ngada. Jadi, yang balance kek tu saya bawa baliklah semula. Tinggal pun sekeping saja sebab Asmadi dan Mazlin rembat sekeping lagi masa dorang nak pulang. Di fikiran, saya akanmakan kek ni dalam bas sebab kek ni memang sodap. Masa dalam perjalanan pulang, saya terdengar dari kejauhan orang memanggil-manggil nama saya.

“Ebriza!! Ebriza!! Tunggu!!” Langkah say aterhenti seketika tetapi tak ada orang apabila menoleh. Saya menoleh kepada rakan disebelah.
“Hang dengar tak orang panggil aku.” Mencari kepastian.
“Aku pun dengar tapi siapa dia.” Balas rakan itu dan ternyata ia bukan ilusi saya. Apabila berpaling sekali lagi, terperanjat saya apabila melihat Syed Asfawira berlari dalam keadaan tercungap-cungap.
“Hang lari maraton ni pasai apa?” saya bertanya agak kelucuan melihat dia.
“Kek ada lagi tak? Aku nak satu. Depa kata sedap sangat sampai aku terliur.” Kah kah kah ... Itulah, mengada-mengada lagi.
“Haa ... tadi masa aku bagi tak mau. Nasib baik ada rezeki hang lagi. Ambillah.” Saya membuka penutup tupperware dan memberikan kepadanya.
“Terima kasih. Eh memang sedaplah.” Katanya sambil tersengih-sengih. Lain kali kalau dah rezeki di depan mata, jangan ler menolak kan dah teringin nak makan. Keh keh keh ...

Tamat pun Terkenang Semasa Dolu Part 1. Nanti kalau ada masa saya buatkan Part 2 plak ye. Tata ...

Karya Agung VS Karya Kanak-Kanak

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Bermula pada hari ini saya akan menggunakan kata ganti diri ini sebagai menggantikan aku. Kunjungan saya ke rumah seorang blogger menyedarkan saya pada banyak perkara dan daripada situ saya mendapat tahu penggunaan ganti diri ‘aku’ agak tidak digalakkan dan inilah kata ganti diri yang akan saya gunakan. Mudah-mudahan saya tidak tersasar untuk mengekalkan kata ganti diri ini. Kenapa? Tidak selesa ke? Hehehe ... selesakan diri anda ye.

Hmm dah lama kan saya tidak mencatat catatan hati di sini, sebenarnya bukan tak nak mencatatkan sebarang catatan tetapi kesibukkan menghambat masa menjadi masalah utama saya untuk hadir ke sini setiap hari. Namun Ruang Rindu sentiasa terbuka untuk mereka yang merindui saya. Eh .. eh ... perasan pulak kan? Apa salahnya, dah lama tak memerasankan diri tapi bukan mencari publisiti murahan tau. Sebenarnya ada cerita tentang publisiti murahan ni namun biarkanlah dulu. Nanti-nanti aje saya menceritakan. Takut orang cakap minah garang pulak. Keh keh keh ...

Kali ini N3 saya berkenaan Karya Agung Vs Karya Kanak-Kanak. Apa? Bukan karya orang lainlah tapi karya saya sendiri. Ada yang tanya,

“Tahun 2008 belum nampak lagi sebarang novel awak di pasaran. Tak ada ke buah tangan terbaru?”

“Bila novel awak nak keluar. Dah rindu nak baca.”

“Nanti bila novel awak dah keluar, cakap tau. Tak sabar nak beli.”

Terfikir seketika saya dengan pertanyaan-pertanyaan seperti ini. Begitu rindukah mereka hendak membaca hasil karya terbaru daripada penulis yang agak suam-suam kuku ini? Sedangkan ramai juga yang agak tidak puas hati dengan apa yang saya hasilkan selama ini. Macam-macam komen yang saya dengar. Ada yang melemahkan dan tidak kurang juga yang membina. Ada yang menyukai dan tidak kurang juga yang mengutuk. Mungkin inilah asam garam kehidupan seorang penulis yang harus menerima kritikan daripada pelbagai pihak. Saya terima semua kritikan dan menghargai semua bintang-bintang yang diberikan. Apa saja bintang itu adalah hak masing-masing. Tapi haruslah ada pro dan kontra dalam setiap kritikan yang anda berikan. Jadilah pengkritik yang profesional walaupun anda tidak mengambil bidang ini, Jangan jadi pengkritik yang berat sebelah. Kalau ada part-part yang saya hasilkan itu salah, betulkannya dengan memberitahu saya via email, via yahoo messenger, via blog, via surat mahupun via sms kenapa part itu salah dan apa yang harus diperbetulkan agar saya tidak mengulangi kesilapan saya di masa akan datang. Kadang-kadang mata saya mampu juga terlepas pandang. Jangan hentam saya dengan pelbagai kritikan sedangkan anda tidak mahu memperbetulkan kesilapan saya. Adilkah begitu? Mahukah anda para pengkritik dan pengreview menjadi guru saya yang sentiasa membetulkan apa yang salah? Itu lebih baikkan? Tegur menegur dan betul membetul bukankah amalan yang terpuji dalam kitab Islam? Jadi, tegurlah saya dengan membetul apa yang silap agar karya saya lebih kukuh di masa hadapan walaupun ia sebuah karya yang santai. Boleh kan? Tegur secara baik bukan menghentam secara melulu.

Kata Puan Qanaah, Guru Kesayangan saya, Alhamdulillah, lagi banyak ktritikan bererti karya kita diberi pengiktirafan masyarakat. Dugaan dan cabaran itu memang adat dan lumrah yang mesti dilalui oleh semua orang dalam mengharungi kehidupan. Itu menjadikan kita lebih kuat semangat. – Ya saya akui kebenaran daripada kata-katanya dan berbekalkan semangat itulah kini saya lebih tabah mengharungi perjalanan sebagai seorang penulis. Terima kasih banyak-banyak cikgu atas nasihat yang amat berguna ini. Itu juga bermakna kehadiran saya dalam bidang ini telah diiktiraf oleh anda semua. Terima kasih kerana mengiktirafkan saya.

Tahun 2008 – karya agung, entahlah sama ada akan keluar ataupun tidak kerana banyak sangat dugaan yang harus saya tempuhi dalam menyiapkan mana-mana karya agung. Yang nyata karya-karya ini telah dihantar ke badan-badan penerbitan. Bila hendak diterbitkan, kuasanya bukan di tangan saya. Hanya mereka yang tahu bila akan diterbitkan tetapi yang nyata dan pasti Novel kanak-kanak Insya-Allah akan berada di pesta buku nanti jika tiada aral yang melintang. Itu kata penerbit saya. Insya-Allah sebaik-baik janji yang boleh saya hulurkan. Takut apa yang direncana tidak dapat dikotakan.

Novel kanak-kanak tidak seperti karya agung yang memerlukan gaya bahasa yang puitis dan jalan cerita yang penuh liku tetapi untuk bacaan kanak-kanak ia lebih ringan dan mempunyai pengajaran di dalam persembahan cerita yang dihasilkan. Dalam muka surat yang hanya 30-40 ms, anda tidak sepatutnya mempersoalkan kenapa plot-plot yang saya persembahkan agak terhad. Penceritaannya juga lebih mudah. Entahlah sama ada saya berjaya menarik minat kanak-kanak untuk membaca apa yang saya hasilkan ataupun tidak. Mudah-mudahan usaha murni saya ini akan diterima semua dan Allah akan mempermudahkan langkah terbaru saya dalam menerokai bidang penulisan yang sememangnya menjadi kegilaan saya.


SELAMAT MEMBACA ANAK-ANAK SEMUA YA!
ENJOY!

SALAM HORMAT!