Sikap suka BERTANGGUH … Kenapa saya mengutarakan persoalan ini? Kerana sikap sebegini memang tidak lari daripada kehidupan harian kita.
Apa yang akan anda jawab sekiranya anda ditanya ‘Bagaimana awak menyiapkan karya awak dalam masa yang singkat? Adakah awak masih lagi mengekalkan kualitinya ataupun awak hanya mementingkan kuantitinya?’
Kadang-kadang, pening juga kepala saya hendak menjawab soalan yang sebegini. Ini kerana bagi saya, sesudah saya menulis nota kaki tanpa dialog untuk setiap bab bagaimana perjalanan cerita itu harus berlaku dan apa peristiwa di dalam bab itu harus terjadi, saya sudah boleh mengembangkan jalan ceritanya. Pendek kata, apabila saya sudah berhadapan dengan PC, saya adalah orang lain yang sedang menjiwai watak yang saya sendiri menciptanya. Dan idea akan mengalir dengan sendirinya untuk menghabiskan satu-satu bab itu.
Satu lagi sifat yang sentiasa saya tanamkan dalam diri ini ialah sifat tidak suka bertangguh kerana apabila saya sudah memulakan karya terbaru, saya akan sentiasa ingin cepat menghabiskannya. Ini disebabkan jika saya tidak mengarang dalam 1 hari, saya akan terasa rugi melepaskan hari yang begitu berharga. Sikap suka bertangguh pula akan melarikan idea asal yang telah ditetapkan untuk novel yang sudah mempunyai tema dan persoalannya. Dan saya juga akan cepat rasa bosan apabila menghadapi cerita yang sama dan sebab itulah saya sentiasa ingin cepat menyiapkannya agar tugas yang terpikul di bahu tidak terasa berat.
Walaupun menghasilkan kuantiti yang banyak dalam setahun, namun saya masih mengekalkan kualitinya dengan cara yang diingini oleh penggemar karya saya. Saya tidak mengabaikan kualitinya kerana saya akan semak dua tiga kali sebelum dihantar ke penerbitan. Idea yang pertama tidak akan sama dengan idea yang ke-2 atau ke-3, oleh sebab itu semakan yang berkali-kali harus dilakukan walaupun kebosanan menjalar ke seluruh pelusok ladang akal.
Satu lagi persoalan ialah ... ‘Bagaimana awak menghadapi Mental Block?’

Saya pasti ramai penulis yang menghadapi masalah ini. Cara saya mungkin tidak sama dengan cara orang lain tapi boleh dicuba jika ingin mengikuti cara saya. Apa yang saya buat ketika menghadapi Mental Block ialah saya akan berangan untuk mencari perkembangan cerita dan juga dialog-dialog yang bakal dipersembahkan. Jika masih tidak dapat, saya akan paksa idea yang beku untuk datang berkunjung walaupun bab itu entah apa-apa cerita walaupun sudah ada nota kaki dan perjalanan kisahnya tidak lari daripada yang saya garapkan. Sesudah tamat sebuah novel saya siapkan, barulah saya akan edit bab di mana Mental Block menyapa ketika saya sedang menyiapkannya. Hasilnya begitu memuaskan. Pada sesiapa yang pernah bertanya pada saya, inilah rahsia saya ketika sedang berkarya. Ahaks!
WASSALAM!
;)
6 comments:
Ya bagus juga berkongsi pengalaman di sini.Betul tu, bertangguh itu merugikan lagipn kerja bertangguh tu amalan syaitan.Kalau kualiti dan kuantiti berjalan seiring dan sejalan rasanya lagi cantekkk gitu!!!
sokong Salbie...sokong ikhlas tau..
Salbie S & zeqzeq,
:))
Bi, aku ni jenis yg suka buat amalan syaitan tu... huhuhu... bukan suka actually tapi aku ni banyak perkara yang membuatkan aku bertangguh untuk menulis. kadang2 ianya membuatkan aku bosan. kau bayangkan aku peram novel sejak tahun 1996 dan pada tahun 2008 baru aku hantar kat syarikat penerbitan. penangguhan tahap melampau. tapi sebenarnya dalam situasi yang sama aku takut untuk bekarya, takut karya aku tak diterima. takut orang kata karya aku tak best. huhuhu... oleh itu aku buka blog Dinakarya untuk buat survey... kau jenguklah dan bagi komen k!
Erm dalam kerancakan kebusyan tahap tak hingat dunia, aku nak cilok gak segugus waktu untuk ke sini. Baca N3 baru yang terpapar bagaikan terasa pipi kena penampar... kenapa ekk... sebabnya.. ehehheeh TST dahlah. Apalagi kalau bukan kepedasan yang terasa sampai ke tulang hitam. Apapun aku setuju bangat dengan apa yang Abby katakan. Sifat bertanggung sebenarnya bawa diri kita ke lembah kerugian dan itulah yang aku rasakan, cumanya terkadang situasi dan keadaan tidak menyebelahi diri meski hasrat dan keinginan meluap-luap untuk mencoret, menyudahkan apa yang masih belum sudah, tapi itulah...
Buat Dina... sekadar pandangan ikhlas dari insan serba kekurangan seperti aku... kita hanya ditugaskan untuk mencoret... melakar dan menyatukan ilham menjadi sebuah plot cerita. Kita bukan penentu samada apa yang kita hasilkan itu molek, cantik, baik atau terbaik. Jadi tak seharusnya engkau rasa takut untuk melangkah kerana engkau tidak akan tahu apa yang sedang menanti dalam langkah yang engkau atur. Cuma engkau perlu bersedia... bersedia untuk jadi yang baik pada hari ini dan terbaik pada hari kemudian... Just done your part.. .the rest of them live it to... and tawakal to Allah... Moga ko juga akan berjaya dengan apa yang ko minati...
Dina,
Kalau ko tak blh ikut cara aku, ko blh buat cara ko sendiri. Its up to u dan betul apa yg kak long Pu3 katakan bahawa jgn fikirkan samada novel ko blh laku ke tidak atau digemari pembaca ke tidak. Bkn kita yg menentukan, biarlah pembaca ko yg tentukan. Orait? ;)
Kak Long pu3,
itu stail angah tapi kalau kak long tak leh ikut, just follow apa yg kak long selesa. Orait? ;)
Post a Comment