Saturday, November 29, 2008

Best Ke Novel Awak?

Jika anda diajukan dengan pertanyaan ini, apa jawapan anda? Hendak memuji novel sendiri (yang mungkin tak semua orang gemar) ataupun mendengar komen daripada mereka yang telah membacanya? Yang mana satu pilihan anda?

Inilah soalan yang diajukan kepada saya buat pertama kalinya saya mengadakan sesi bertemu dengan novelis di gerai CESB semasa pesta buku yang diadakan di PWTC tahun 2006. Ketika soalan ini diajukan, saya terdiam, kaku membisu kerana saya tidak tahu jawapan apa yang ingin saya layangkan. Pada masa tu, blog pun belum saya miliki jadi ... saya tak tahu apa komen pembaca yang telah membaca novel saya. Nak tahu jawapan apa yang saya sedekahkan pada kakak yang mengajukan soalan ini pada saya? Hehehe .... Simple dan mudah!

Saya katakan .... semua penulis jika diajukan dengan pertanyaan ini, mestilah mereka menjawab novel/hasil karya mereka yang terbaik dan terbest. Namun, adakah pembaca yang telah membaca novel mereka mengiktirafkan novel mereka yang terbest? Ia satu soalan yang subjektif sebenarnya untuk dijawab kerana anda tak mungkin tahu corak hasil penulisan yang bagaimana menjadi pilihan pembaca untuk mengiktirafkan karya anda yang terbest/menarik. Saya katakan pada kakak itu, jika ingin tahu samada novel saya best atau tidak, dia haruslah bertanya kepada mereka yang telah membacanya. Kerana jika saya kata best, mungkin bagi kakak itu tidak best. Jadi, untuk mendapat kepastian yang nyata adalah lebih afdal menanya kepada mereka yang telah membacanya.

Apa pendapat anda tentang hasil karya saya selama ini? Best? Menarik? Membosankan? Membiulkan? Menegangkan urat sendi perasaan anda? Saya tidak tahu ... hanya anda yang boleh memberitahu kerana andalah yang menentukan di mana seseorang penulis/novelis itu harus berada dipersada seni penulisan ini. Andalah yang mengiktirafkan karya kami samada memenuhi selera citarasa anda ataupun tidak. Anda juga telah mempopularkan kami dengan meletakkan nama kami di puncak jaya. Tanpa anda pembaca di luar sana ... tak adalah kami yang akan bergelar penulis/novelis.

Saya hanyalah novelis yang tidak punya apa-apa, hanya melakarkan kisah yang terlukis dilayar mata dan tercoret di layar hati untuk dipersembahkan kepada mereka yang menghargai dan juga yang meminati karya saya. Dorongan anda adalah semangat saya untuk terus berdiri gah di sini. Dan semangat anda membaca karya saya adalah kejayaan yang akan saya genggam di dalam dunia seni penulisan yang penuh pancarobanya.

Terima Kasih untuk mereka yang menerima kehadiran saya di dalam industri ini. Terima Kasih kepada mereka yang meminati karya saya untuk saya terus berjuang dalam industri ini. Terima Kasih jua kepada mereka yang sering mengkritik hasil karya saya kerana kritikan anda merupakan suntikkan semangat buat saya untuk memperbetulkan kesilapan lalu agar saya tidak lakukan kesilapan yang serupa. Kritikan anda membuat diri ini dihargai dan disayangi. Kritikan anda juga membuatkan diri ini diterima oleh masyarakat yang gemar membaca.Terima Kasih semua ... MMWAHH!!

8 comments:

dina said...

setiap penulis tu ada kelebihan dan kekurangan dalam bekarya. ada yang pandai memainkan perasaan pembaca ada yang cuba menekankan pada pembaca yang tulisannya hanya imaginasi pnulis. Bagi aku apa saja yang ditulis oleh penulis itu adalah yang terbaik. Kalau tidak terbaik maka tidak diterbitkan. setiap novel ada jalan cerita dan plotnya tersendiri. Samada dalam setiap plot itu ada pengajaran atau tidak semua itu tidak penting. karya yang baik datangnya dari daya imaginasi yang baik dan tidak melampaui batas. yang penting logiknya sesuatu perkara yang di tulis.

aku rasa karya kau hebat. jalan cerita yang bagus dan imaginasi yang membina. soalan mengenai "best ke novel kau" bukan selayaknya diberi pada penulis, ianya selayaknya di beri kepada pembaca contohnya: "best ke novel Ebriza Aminuddin" sebab, yang menilai karya itu adalah pembaca bukan penulis sendiri... wallahualam!

anyss said...

Ebby patut jawab macam ni:
Buat apalah saya tulis dan terbitkan novel yang tak best sebab saya pun reti malu jugak nak tengok novel-novel saya yang sebegitu dan tak best berada di pasaran.

Tanyalah mana-mana penulis pun, dah tentu mereka akan jawab itu hasilnya yang terbaik. Kalau dia tahu dia tulis cincai-cincai je, tak ada kualiti dan merapu meraban entah apa-apa, tak kanlah nak terbitkan. kecualilah dia tu jenis gila glamer, tapi kalau gila glamer baik tak payah tulis novel. masuk je AF...bergedik sana sikit dapatlah glamer. nak tulis novel ni kena perah kepala hingga saraf otak tu dah hampir kecut. Tul tak Abby?

dina said...

ewah... anyss ni bagi komen cam penulis novel je... heheheee...

EBRIZA AMINNUDIN said...

Dina,
Abby respek dengan pandangan Dina sebab apa yang Dina katakan memang betul tapi bila persoalan itu dtimbulkan membuat sedikit sebanyak terasa la juga sebab bukan penulis yg menilai novelnya tetapi pembaca kepada novel penulis itu. Thanx Na.

Anyss,
betul ... betul ... betul ...
Memang apa yang anyss katakan tu betul dan abby sokong 100%. tak kiralah sama ada anyss penulis novel atau bukan tetapi pandangan anyss amat berharga utk abby. Thanx alot.

Abang Long said...

Salam hormat.

Yang penting adalah dapatkan novel dan BACA serta hayati terlebih dahulu, kemudian barulah pembaca mempunyai hak untuk memberikan maklumbalas. Bukam memberikan komen berdasarkan kepada pendapat atas pendapat orang lain. Biarlah bersikap ADIL dalam meberikan penilaian.

EBRIZA AMINNUDIN said...

Abang Long,
Salam hormat kembali,
Terima kasih di atas pendapat ini kerana ia begitu bermakna bagi saya.
Saya tak nafikan itu yang sebaiknya tetapi kadang kala ada yang lebih suka mendengar pendapat org lain sebelum membacanya sendiri kerana takut tidak memenuhi citarasa mereka. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

Cetusan said...

ehemm apa kata ada yang bagi pengakuan minat penulis berbanding Novel huhuuu...

EBRIZA AMINNUDIN said...

no komen