Sunday, November 2, 2008

MAHAKARYA CINTA - KENAPA HARUS LEPASKAN ZILA? - NURHUMAIRA


"Faham tentang segala-galanya yang cuba kau sembunyikan daripada aku. Kenapa kau harus lepaskan barang kau yang berharga kepada orang lain, Zila? Kenapa kau tak pertahankan apa yang menjadi milik kau? Kenapa kau begitu murah hati?” Keras pertanyaan Nurhumaira membuatkan Zanzilawati Izzrunnie sedikit sebak.


“Sebab... ia bukan milikku.” Tersekat-sekat Zanzilawati Izzrunnie membalas kata. Matanya juga sudah bergenang dengan mutiara jernih yang bisa tumpah bila-bila masa sahaja.


“Sebelum ia menjadi milik orang, ia adalah milik kau. Kenapa kau lepaskan begitu saja? Tidak berhargakah apa yang kau perolehi selama ini? Kenapa begitu bodoh dan ego?” Nurhumaira terus menyerang Zanzilawati Izzrunnie dengan lidahnya yang tidak bertulang.


“Salahkah aku jika ingin menggembirakan orang yang aku sayang? Orang selalu sokong aku ketika aku jatuh? Orang yang sentiasa di sisi aku ketika aku berduka?” Mutiara jernih sudah mulai menitis satu per satu ke pipi Zanzilawati Izzrunnie.


“Menggembirakan orang yang begitu bermakna dalam hidup kau, memang tak salah tapi gembirakah hati kau dengan apa yang kau lakukan?” Nurhumaira masih belum puas mendera Zanzilawati Izzrunnie.

No comments: