Sunday, November 16, 2008

Lebih Novel Dalam Setahun - Tidak Peka Dengan Penguasaan Bahasa?

Saya agak tertarik untuk mengutarakan persoalan ini iaitu mengapa ada penulis yang mampu menghasilkan lebih daripada satu novel dalam setahun dan mengapa pula ada penulis yang tidak mampu. Adakah penulis yang menghasilkan lebih daripada satu novel dalam setahun hanya pandai tangkap muat sahaja perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang dipilih atau mereka sememangnya dilahirkan sebagai penulis.

Bagi pendapat saya, tidak semestinya penulis yang mampu menghasilkan lebih daripada satu novel dalam setahun hanya tangkap muat sahaja dalam pemilihan ayat-ayat ataupun perkataan mahupun temanya. Kadang-kadang mereka sememangnya sudah mempunyai tema untuk sesebuah novel itu dan apabila siap satu novel, mereka akan teruskan dengan novel yang kedua. Pemilihan kata atau ayat akan datang sendiri ketika seseorang penulis itu sedang mengarang. Sesudah siapnya sesebuah novel itu, pembacaan kedua dan ketiga mungkin juga lebih akan dilakukan untuk memastikan pemilihan ayat dan perkataan bersesuaian dengan jalan cerita yang dipersembahkan. Kadang-kadang juga seseorang penulis itu sudah menghasilkan banyak karya sebelum karya-karya itu dihantar ke pihak penerbitan dan sebab itulah novel mereka boleh diterbitkan dua atau lebih novel dalam setahun oleh penerbitan yang sama ataupun penerbitan yang lain. Saya tidak bersetuju sama sekali jika ada yang menyatakan penulis yang mampu menghasilkan lebih daripada satu novel dalam setahun tidak peka dalam pemilihan ayat ataupun perkataan mahupun penguasaan bahasa untuk dimuatkan dalam karya mereka.

Bagi saya ... jika sudah ada tema dan bagaimana jalan cerita yang akan dipersembahkan sudah cukup untuk menghasilkan lebih dari satu novel dalam setahun. Yang membataskan penghasilan karya adalah sikap kita sendiri sama ada kita rajin untuk mengarang setiap hari ataupun kita sering menangguhkannya sehingga membuat kita sukar untuk menghasilkan satu novel dalam setahun. Jika sudah ditekadkan di dalam hati untuk menyiapkan beberapa novel dalam setahun, saya pasti kita mampu melakukannya walaupun pelbagai rintangan yang akan kita tempuhi kelak. Saya mampu menghasilkan lebih daripada satu novel dalam setahun, namun pemilihan ayat dan perkataan mahupun penguasaan bahasa yang kadang-kala santai gebang tidak pernah saya abaikan. Sebab itu jugalah kritikan daripada para editor dan juga pembaca, saya ambil sebagai panduan untuk memantapkan lagi hasil karya saya dalam penguasaan bahasa.

Oleh itu, di sini tidak timbul penguasaan bahasa tidak dititik beratkan jika seseorang penulis itu mampu menghasilkan lebih daripada satu novel dalam setahun.

7 comments:

Bie'z said...

Takut nk komen lbh2 nanti ada yg zassss huhuhu tapi saya bersetujulah dgn Abby.Fikirlah mana yang baik, seperti kita memilih-penimbang atau dacing?

Bie'z said...

me :) too

dina said...

pendapat aku pula, semakin banyak karya seseorang penulis itu aku rasa semakin banyak penulis mempelajari dan memperluaskan penggunaan bahasa dan ayat2nya. Kepekaan seorang penulis terhadap bahasa dan tulisan sepatutnya tidak dipertikaikan kerana penulis yang menulis banyak novel atau karya lebih mendalami dan mempelajari sesuatu ayat dan tatabahasa yang baik dan betul. penulis juga biasanya menggunakan bahan2 sampingan untuk memantapkan hasil tulisan. Tidak semestinya dia menulis hanya untuk menjual karyanya, dalam masa yang sama penulis juga adalah individu yang bertanggungjawab mendidik pembaca melalui tulisan.

Cetusan said...

me :) too

EBRIZA AMINNUDIN said...

Dina,
Thanx for ur support sbb apa yang ko kata benar2 belaka dan tak ada yang tak benar. Thanx alot kerana memahami penulis yang menghasilkan lebih novel dalam setahun.

dina said...

itu pandangan peribadi aku je. aku harap kritikan seperti ini tak menggoyahkan semangat kau untuk terus bekarya

EBRIZA AMINNUDIN said...

dina, pandangan tu amat aku perlukan dan hargai. TQ