Percayakah anda jika saya mengatakan bahawa seorang penulis merupakan seorang pelakon?
Percaya? Tidak percaya? Terpulang kepada anda, tetapi saya tetap akan menyatakan bahawa penulis adalah seorang pelakon yang hebat ... malah lebih handal daripada pelakon di layar perak. Kenapa saya berkata begitu? Ada sebabnya kenapa saya menyatakan begitu.
Bagi membina watak dan perwatakan serta memasukkan unsur emosi, seseorang penulis itu harus berlakon untuk menyelami watak dan perwatakan yang telah diciptakannya sendiri. Jika penulis tidak berlakon, maka cerita yang akan dikisarkan akan menjadi begitu hambar dan tidak berperasaan. Tidak kira sama ada penulis itu seorang lelaki ataupun perempuan, mereka harus berlakon dalam setiap watak yang dibina. Mereka juga harus beremosi untuk mendapatkan jalan cerita yang lebih menarik tidak kiralah sama ada emosi pada ketika itu marah, sedih, lucu atau apa sahaja. Jika sedih, mereka harus menangis atau bersedih. Jika marah, mereka harus menunjukkan perasaan itu. Jika lucu, mereka harus ketawa agar orang lain juga akan ketawa setelah cerita yang sedang dikarang siap sepenuhnya. Emosi-emosi ini harus dimasukkan ke dalam diri penulis agar watak dan perwatakan yang dibina menjadi teguh dan bermaya. Sebab itulah penulis ... jika sudah mula mengarang, mereka tidak akan menjadi diri sendiri tetapi akan menjadi diri orang lain, sama ada diri seorang lelaki mahupun diri seorang perempuan, yang muda ataupun yang tua. Tidakkah itu dinamakan pelakon yang hebat? Mereka akan berlakon dalam banyak watak sekaligus tanpa memspesifikkan kepada watak tertentu seperti pelakon layar perak.
Oleh sebab itulah juga, jika seorang penulis sudah masuk ke dalam dunia yang diciptakannya sendiri ... mereka tidak akan suka jika diri mereka diganggu kerana ia akan menghilangkan mood mereka ketika mula mengarang. Sesungguhnya bukan senang untuk mendapat mood bagi menghidupkan suasana dan perjalanan sesebuah kisah itu. Sebab itu juga, ada di antara penulis yang suka menulis pada waktu malam kerana terdapat kedamaian pada waktu itu. Dan tidak kurang juga ada penulis yang suka memencilkan diri ke tempat-tempat yang tertentu seperti di pantai dan sebagainya semata-mata untuk menyiapkan sesebuah karya. Kadang-kadang ada juga penulis yang suka berkarya dalam suasana yang bising. Itu semua terpulang kepada penulis itu sendiri, corak yang bagaimana mereka hendak memilih untuk berkarya.
Bagi saya, saya sukakan kedamaian untuk berkarya dengan ditemani oleh lagu-lagu sentimental yang menusuk kalbu dan kadang kala berbual dengan rakan-rakan yang menemani saya secara online (cukuplah hanya sekadar seorang.). Waktu yang sering saya pilih untuk berkarya adalah pada waktu malam kerana diri ini tidak akan diganggu untuk mengekspresikan segala bentuk emosi. Walau dalam suasana apa pun untuk berkarya, yang penting adalah diri kita sama ada ingin ia berjaya ataupun tidak.
Selamat Berkarya untuk semua bakal penulis dan juga rakan penulis yang lain.
Wassalam.

7 comments:
betul betul betul :D
Bila kita menulis kita akan menyelami watak yang kita ingin tulis itu. Kadang2 saya tulis apa yang saya lakonkan tanpa di sedari. contohnya bila saya sedang tersenyum, saya akan tulis watak itu tersenyum.
Saya setuju dengan kak abby bahawa bila penulis itu sudah mula mengarang, dia bukan dirinya tapi menjadi watak yang ditulisnya itu. Sebab tulah kalau bila sy gambarkan watak tu sedang marah, sy termarah adik saya yg tak bersalah tu heheheh...
Salam Ratubulan,
Itulah kita penulis yang sering berlakon dalam pelbagai watak ketika menyiapkan karya. Sian Adik. hehehe ...
aku setuju dengan kau b... but in the same time seorang penulis terkadang menjadi pengarah. kita mengarahkan perasaan kita untuk menjadi org lain dalam suatu masa. alam sesuatu karya ada pelbagai watak, watak baik dan antagonis, kita sebagai pelakon dan pengarah terpaksa menyesuaikan dua watak itu untuk menghidupkan karya. dan dalam dua watak ini pasti ada watak seorang penglipur lara... secara umumnya penulis adalah penglipur lara...
Dina,
Aku pun setuju dengan kau. Lupa plak nak masukkan perkataan pengarah dan penglipur lara. Yup, betul tu ... penulis bukan sahaja pelakon tetapi juga pengarah dan penglipur lara. Semua emosi dia kena mainkan dan lakonkan dalam sesebuah karya.
kita punya gerak hati yg sama... hehehhee
hati ko bergerak g mana dina???
kak abby, yg pengomen kat atas tu kak abby kenal ke? hehehehe
kalu penulis adalah pengarah mcm mana? mengarah diri.
samada mengarah atau menjiwai.
kalo nak watak geram meh nak SAKAT hheeee
Post a Comment