Wednesday, February 27, 2008

Thanx For Everyone ...

“Ting Tong!”
“Aku Merinduimu …”
Hmm ... Kenapa? Eh betullah ... memang itu yang dikatakan pada aku oleh abang courier walaupun aku tak mengenali dirinya. Aku pun terpinga-pinga juga pada mulanya kenapa dia ucapkan Aku Merinduimu macam iklan Dashing kot kalau tak silap aku. Dalam hati aku, nak kena penampar dah mamat ni. Gile ke apa ... Rupa-rupanya, aku yang termalu sendiri, apa tidaknya ... ucapan tu memang untuk aku tapi bukan daripada hati dia. Nak tahu ucapan daripada siapa? Hehehe ...

Bingkisan rindu tu daripada My Sweetie yang berada di KL. Ala, sweetie aku pun tak kenal? Si Pu3ChempakaUngu .... Oopss Biru ler. Hehehe ... Kesilapan yang telah disengajakan. Terkejut aku apabila menerima hadiah yang cute secute dirinya. Walaupun in advance tapi aku tetap gumbira menerimanya. Hmm ... Citarasa kau dan aku sememangnya sama. Sebetulnya hari tu aku nak beli bantal love ni tapi dah habis. Tu yg frust menonggeng. Tapi tak sangka plak on my besday dapat. Sweet, mana kau tahu aku suka dengan benda ni. Maraming-maraming Salamat. (Nak tahu apa maknanya, tunggu buah tangan terbaru daripada aku terbitan Buku Prima. Hik hik hik ... Aku kan memang suka mendera korang. Tak tahu lagi? Hmm?) Walaupun aku sakit ketika menyambut hari lahir tahun ni tapi segala kesakitan aku terbang semuanya di atas surprise ni. Salamat haa Sweet.

Yang kedua, abang courier tu sampaikan bingkisan kasih daripada opahku – Opah De. In advance juga aku dapat present dia. Lagilah sakit aku terbang. Tapi bukan terbang pergi kepada Opah De tahu ... terbang di tengah lautan terbenam di situ. Rembulan, Sampaikan ucapan Syukriya pada Opah ku ini yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati. Rembulan, khabarkan juga padanya bahawa aku amat menyukai pemberiannya. Kesemua pemberiannya. Rasa terharu menerima tanda ingatan ini. Ingatan di hari lahirku. Esok nak pakai phone pouch. Buhot-buhot Syukriya. Nanti datang sini Iza buatkan chai kat Opah De and Mamu ye.

Yang ketiga, still in advance gift and Bingkisan Sayang from Hana Afiza. Ya Rabbi ... thank you so much. Tak terkata dengan bicara. I Love It. Macam iklan Mc. Donalds tu. Thanx K. Hana kerana masih ingat akan besday sahabatmu ini. Dan bantal kecik tu serta cd gambar masa kita ronda satu penang. Peluk dia kuat2.

Yang Keempat – In advance birthday Wish from Mariam Azmi & Not. Walaupun ucapanmu di hari Valentine’s tapi aku tetap menerimanya dengan perasaan yang gumbira.

Memandangkan aku masukkan N3 ni in advance sehari, jadi aku tak leh nak berceloteh panjang-panjang sebab aku tak tahu apa akan terjadi di hari lahir ku esok. Esok malam je aku boleh masukkan celoteh yang memanjang tu. Okey? Memandangkan juga aku tak leh nak bubuh N3 di siang hari, jadi aku nak jemput korang makan kek hari jadi aku tanpa segan dan malu. Korang nak air apa? Cappucino? Mocha ice blended? Nanti aku buat istimewa di hari lahir ku. Jemputlah makan. Jangan segan-segan. Walaupun gambar kek ni Cuma sepotong namun tetap kenyang jika aku yang hidangkan. Keh keh keh ...

Matang lagi setahun aku dan ... Jangan tanya soklan CEPUMAS tau sebab aku tak ada JAWAPANNYA. Hik hik hik ... Serius. Aku memang tak de jawapannya. Bukan memilih tetapi tak de sape yang aku temui di sini. Aku tetap dengan dunia aku sendiri. Puas hati? Daaa .... jumpa esok noo ... nana-nana dan mami-mami semua ... Mwahh!!

3 comments:

Anonymous said...

Happy birthday adik. Semoga panjang umur & murah rezeki. Banyak lagi novel yang akan dihasilkan. Biar berapa pun usia kita, perjuangan mesti diteruskan. 13 atau 31, punya keistimewaan tersendiri.Umur 13, melangkah ke mengengah rendah. 31 membuat kita semakin dewasa dan matang

Anonymous said...

Hai. Happy birthday adik. Tahniah. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga banyak lagi menghasilkan novel. Amin... Sama ada 13 atau 31 tahun usia kita tak penting.Dua2 pun punya keistimewaan tersendiri. Umur 13 thn, kita melangkah ke alam menengah dan usia 31 tahun kita berganjak lebih dewasa dan lebih matang.Bijak menilai baik dan buruk sesuatu hal - KAK ILA

EBRIZA AMINNUDIN said...

thanx akak ila ku cayang. Akan ku jadikan pedoman segala nasihat mu