Friday, February 29, 2008

Ira Fashua - Kebudak-budakkan?

Assalammualaikum kepada semua pengunjung blog aku. N3 ini aku paparkan untuk mereka yang mungkin tidak puas hati dengan perwatakan Ira Fashua dalam Hanya Dikau.
- Ira Fashua bersifat kebudak-budakan dan tidak sesuai dengan umurnya.
- Perwatakan Ira Fashua agak membosankan.
- Perwatakan Ira Fashua mungkin lebih daripada reality.

Komen-komen ini yang aku dengar, baca dan lihat ketika mereka membaca HANYA DIKAU. Kenapa harus kompelin pada orang lain dan tidak tanya kepada aku sendiri kenapa aku melakarkan perwatakan Ira Fashua sebegitu walaupun usianya sudah menjangkau 30-an. Pada aku adalah lebih afdal ketidakpuasan hati itu korang tanya pada aku sendiri sebagaimana Kak Ramlah Rashid. Tak perlulah korang melampiaskan ketidakpuasan hati korang di meja orang lain. Kalau berani tampil ke hadapan. Bukannya tidak ada cara untuk berhubung dengan aku. Macam-macam cara ada, pilih saja. Insya-Allah aku akan jawab setiap kemusyikilan anda dengan sebaik mungkin kenapa aku mengilhamkan karya aku sebegini. Pengreview bukan penulis asal dan mereka tidak tahu kenapa karya ini diilham sebegini. Jadi adalah lebih afdal jika anda tanya penulis asal sendiri sekiranya ada KEMUSYIKILAN. Bukankah sudah ku khabarkan aku akan bersuara lantang sekiranya apa yang aku rasakan itu tidak betul.

Ya. Memang benar, perwatakan Ira Fashua yang menjangkau 30-an tidak sesuai dengan umurnya. Tetapi kenapa aku masih ingin mencipta perwatakannya begitu. Mungkin korang tidak sedar atau tidak menerima hakikat bahawa setiap manusia yang diciptakan Allah SWT mempunyai ragam yang berbeza-beza. Ada yang berusia muda tetapi berlagak sebagai orang dewasa. Adakah itu masih boleh diterima oleh anda. Berjuta-juta manusia berada di muka bumi ini dan kita tidak akan tahu bagaimana sikap mahupun perwatakan mereka. Itu ketentuan Allah untuk melahirkan bagaimana ragam seseorang manusia itu.

Mungkin daripada sudut pandangan lain, Perwatakan Ira Fashua tidak sesuai dengan umurnya tapi apa yang aku lihat adalah reality. Aku kenal dengan seorang kakak ni yang juga berada di dalam lingkungan usia 30-an. Kalau korang jumpa dengan dia, korang tak kan kata dia berusia 30-an kerana perwatakannya gila-gila dan suka cakap lepas sebiji macam Ira Fashua. Dia boleh masuk dengan sesiapa sahaja walaupun mereka yang berada di bawah 20-an. Aku tertarik dengan personalitinya dan sebab itulah aku melakarkan perwatakannya pada Ira Fashua. Ragam manusia yang unik ciptaan Allah swt, membuatkan aku memasukkan rohnya dalam diri Ira Fashua. Jadi, korang saja yang beritahu, adakah salah perwatakan yang aku cipta pada seorang wanita yang berusia 30-an??? Helo … dia belum kahwin lagi jadi sudah tentu pemikirannya lain daripada mereka yang sudah berkahwin dan seusia dengannya. Bukankah aku sudah memberitahu di awal cerita bahawa dahulu sikap dia serius dan sesuai dengan usianya tetapi kerana sesuatu terjadi semasa hari pernikahannya membuatkan dia bertukar perwatakan. Manusia … bila-bila saja boleh berubah. Anda harus menerima HAKIKAT itu.

Perwatakan anda sendiri pula bagaimana? Sesuaikah dengan usia anda? Fikirlah sendiri. Kenapa? Asal saja dia berusia 30 tahun bermakna dia harus bersikap matang ataupun bersikap seperti orang tua? Kalaulah begitu yang anda suka bermakna novel HANYA DIKAU tiada lagi keistimewaannya. Inilah kelainan daripada novel-novel orang lain yang pernah anda baca.

Hmmm satu lagi tentang nama. Memang dah banyak kali aku menerima komen kenapa aku suka menggunakan nama yang panjang-panjang. Itu merupakan trademark aku. Dah tu, aku jalan2 dan terjumpa nama yang pelik tetapi sedap, tak kan aku tak nak gunakan ia. Kesian mak bapak dorang beri nama panjang yang sedap kemudian aku ringkaskan. Itu tidak adil bagi mereka yang memiliki nama itu dan untuk memendekkan nama yang betul bukan stail aku. Tergeliat ke lidah korang nak menyebutnya? Minta maaflah kalau hanya nama yang membuat korang hilang mood nak membaca novel aku. Tetapi aku tidak memaksa korang membaca novel aku. Terpulang pada citarasa masing-masing. Jangan kerana nama, intipati cerita itu korang tidak nampak apa yang cuba aku sampaikan.

Cuma satu yang ingin ku nyatakan di sini. Aku menulis untuk MEREKA yang menggemari cara aku berkarya. Bagi mereka yang TIDAK menggemarinya, terpulang sama ada ingin mencuba lagi membaca karya aku ataupun tidak. Aku tidak tahu bagaimana caranya untuk mengarang bagi memenuhi citarasa segelintir orang. Aku mengarang dengan cara yang aku suka, dengan cara yang aku akan baca jika ia hasil karya orang lain. Jadi terpulanglah pada anda untuk menilainya. Jika anda masih tidak puas hati, tunjukkan aku sebuah novel hasil karya anda sendiri yang mampu menjadi terbaik dan memenuhi selera anda. Insya - Allah, aku akan cuba memperbaiki hasil karya aku di masa akan datang.

Please note my words: Aku tidak pernah memaksa orang mengreview karya aku walaupun mereka sudah membacanya. Itu hak masing-masing sama ada hendak atau tidak mengreview karya aku. Aku telah mempelajari kesilapan aku yang lalu ketika aku mula-mula berblog dan untuk tahun ini, aku tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Terpulang pada anda sama ada untuk memiliki atau tidak karya terbaru aku. Aku bukanlah penulis yang bagus tapi aku cuba untuk menjadi bagus dengan kritikan yang anda beri. Aku bukanlah penulis yang masyur tapi sedang mendaki tangga ke arah itu. Tidak semestinya 10 orang yang tidak menggemari karya aku bermakna yang lain-lain juga mempunyai pandangan yang sama dengan 10 orang ini. Aku hanya menulis pada mereka yang menggemari dan ternanti-nantikan buah tangan terbaru daripada aku. Aku hanya menulis pada mereka yang menghargai aku. Kehadiran aku di sini bukan untuk mencabar sesiapa tetapi terpulanglah pada anda untuk menilainya.

Jika anda hendak tahu bagaimana perasaan seorang penulis, cubalah jadi penulis dan anda akan tahu bagaimana dia rasa jika kata-kata yang serupa dipulangkan kepada anda.

MAAF SEKIRANYA CORETAN AKU DI N3 INI BISA MENGGURIS HATI ANDA. BUKAN NIATKU UNTUK MENGGURIS PERASAAN SESIAPA SEKADAR LUAHAN HATI SEORANG PENULIS BIASA YANG MASIH MENCARI NAMA DI PERSADA SENI INI. ASSALAMMUALAIKUM.

5 comments:

Amiene Rev said...

Salam! Teruskan menulis!

EBRIZA AMINNUDIN said...

Terima kasih Amiene rev

Anonymous said...

Perdulikan apa yang orang kata... tak semua orang suka cara atau akan menerima bulat-bulat cara anda berkarya. Apapun setiap dari kita perlu ingat, kita semua boleh menulis tapi untuk menjadi seorang penulis, tak semua memiliki bakat dan kebolehan. Teruskan langkah, jadikan segala kritikan sebagai jambatan untuk meneroka ke alam kejayaan. MG pun dah risau sekarang sampai demam. -Iman-

Novelis Aleya Aneesa said...

abby... banyak2 bersabar okey. jangan patah semangat wlupn kdg2 terasa semangat melayang juga dek kerana dunia penulisan yang rupa2nya x semudah yang kita sangka dan orang lihat. tapi... sebagai penulis, kte kena ingat yg kte cuma manusia biasa. nak memuaskan hati orang yang pelbagai juga bkn satu benda mudah. nak atau x mesti ada gak yg terasa kurang di mana-mana. hati dan rambut manusia, mmg x ada yg serupa. jadi... jadikanlah semuanya sebagai pembakar semangat utk memperbaiki diri. so jom kita teruskan menulis wlu apa jd sekali pun. yuk...

EBRIZA AMINNUDIN said...

Iman - Betul kata awak sebab itu saya terus melangkah dan tidak menoleh ke belakang lagi. Setiap orang berhak memilih karya yang mereka minat. Terima kasih kerana memberi semangat.

Marwati - Ye. Memang tak salah apa yang awak katakan tu. Dulu saya ingat senang menjadi penulis tetapi tidak mudah rasanya kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia. Terima kasih atas sokongan dan saya akan terus menulis walaupun ada yang MENYAMPAH.