Thursday, February 14, 2008

Di Mana Hendak Ku Cari Lagi?






Hmmm Inilah dilema aku. Di mana aku nak cari lagi teddy bear yang berwajah Goku San ni? Dah puas aku menjelajah di seluruh supermarket tapi patung hero anime kesayangan aku ni masih tidak ku temui. Tak kan lerr aku nak ke Jepun baru boleh miliki patung kegilaan aku ni? Ada cadangan tak korang? Penat dah kaki ni mencari. Ish ... ish .... ish ...



Kenapa aku minat sangat dengan hero anime ni. Jawapannya: Goku San merupakan seorang jejaka yang lurus, berperwatakan menarik, jujur, kuat dan boleh di harapn menjadi pelindung kepada sesiapa yang berada bersama-sama dengannya. Sebab itulah aku suka dengannya dan jika boleh, aku juga inginkan seorang suami yang penyayang dan boleh menjadi pelindung sepertinya. Mudah-mudahan. Insya-Allah.


Satu lagi pencarianku adalah patung Gremlins Gizmo ni. Hari tu ada pergi ke Toy Muzium dengan Kak Hana Afiza tapi dorang tak jual la patung-patung ni. Frust je aku sebab tak ada gift shop. Kalau ada kan senang, dah dapat patung2 yang aku idam-idamkan. ISKHH ...


Haaa ? Apa yang korang mengutuk aku tu haa? Korang cakap aku budak2 ye? Tak kisahlah apa pun yang korang nak cakap, janji aku suka dengan apa yang aku lakukan. Umur biar tua asalkan hati masih remaja. Wahh ... gitu prinsip aku. Keh keh keh ...
Daaa ... jumpa lagi dilain lembara. Mwaaahh!!!

2 comments:

dEW! said...

Hehehe.. akak pun suka kat gremlins ni, kiut sgt! asalkan, dia tak kena air.. gegege!

Ebriza Aminnudin said...

hehehe ... yg tak kena air tu ler kiut. dah kena air langsung tak kiut. Gerun. Akak tgk tak gremlins pakai baju pengantin. Kelakar.