Tuesday, August 12, 2008

COVER TERBARU NOVELKU TERBITAN FAJAR PAKEER


Assalammualaikum ...



Terkejut saya apabila menjengah blog hari ini .... tak sangka cover terbaru novel dewasaku untuk tahun ini dah siap. Yahooo ... hehehe .... hilang dan terbang semua kedukaan minggu lalu ... Alhamdulillah.




Untuk pengetahuan semua ... novel inilah yang paling banyak dugaan ketika saya menyiapkannya dan memakan masa hampir setahun lamanya. Kini Alhamdulillah terbit jua ia. Terima kasih Uncle ...




Nak promo ye ... hehehe .... nantikan ye ... akan ku usahakan. Minggu ni agak sibuk sikit ... Sayang korang semua ..

Sunday, August 10, 2008

Andai Ku Tahu - Ungu

HAYATI SEJENAK LIRIK LAGU INI SEBAGAI SANTAPAN KALBU SEMUA.
ANDAI KU TAHU
Penyanyi:Ungu
Andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umur ku
andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku
aku takut akan semua dosa dosa ku
aku takut dosa yg terus membayangi ku
andai ku tahu malaikat mu kan menjemput ku
izinkan aku mengucap kata taubat pada mu
aku takut akan semua dosa dosaku
aku takut dosa yg terus membayangi ku
ampuni aku dari segala dosa dosa ku
ampuni aku menangis ku bertaubat pada mu
aku manusia yang takut neraka
namun aku juga tak pantas di surga
andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku mengucap kata taubat pada mu
aku takut akan semua dosa dosaku
aku takut dosa yg terus membayangiku
ampuni aku dari segala dosa dosaku
ampuni aku menangis ku bertaubat pada mu

Friday, August 8, 2008

Tiba-tiba ia hadir ...

08.08.2008 – satu tarikh yang pastinya akan meninggalkan banyak sejarah kepada mereka yang mengabadikannya. Saya tumpang gembira kepada mereka yang telah mencipta sejarah dengan tarikh ini.

Bagi saya sendiri, entah kenapa tiba-tiba sahaja saya merasakan suatu kehilangan. Kehilangan yang cukup meninggalkan kesan. Saya tidak tahu kenapa saya rasa begitu tetapi itulah yang menghuni jiwa saya sekarang ini. Seolah-olah hati yang ceria telah diragut kembali. Kadang-kadang kita tidak dapat melawan kesunyian yang mendampingi diri walaupun kita dikelilingi oleh insan-insan yang rapat dengan kita dan sentiasa membuat kita ketawa dengan kehadiran mereka. Dan akibat daripada itu kita akan terasa kehilangan dan seolah-olah kita telah melakukan kesalahan walaupun kita tidak tahu apakah kesalahan kita sebenarnya. Itulah yang saya rasa. Entah kenapa perasaan ini hadir begitu saja tanpa diundang kehadirannya.

Walaupun begitu, tarikh keramat ini telah memberikan satu berita gembira pada saya iaitu novel dewasa yang pertama pada tahun 2008 akhirnya akan berada di pasaran setelah menanti kemunculannya selama setahun. Awal-awal saya beritahu, dalam novel ini terdapat banyak monolog dalaman yang panjang dan nama yang panjang-panjang. Novel ini juga merupakan novel percubaan. Terpulang kepada anda untuk menilainya ... Daripada penerbitan mana, akan saya umumkan sesudah contoh naskah novel saya perolahi dan akan saya paparkan promonya di ruang promo sedikit waktu lagi. Harap sabar menanti ...

Assalammualaikum.

Friday, August 1, 2008

Miss You Myspace Comments
Kerinduan ini tiba-tiba mencengkam hatiku. Sarat dan tepu apabila ia membelit diri. Aku terseksa di saat terkurung di dalamnya. Kenapa ia harus hadir sekaligus mengganggu kedamaian dan ketenangan di tasik hatiku ini. Dalam tidak kusedari, setitis demi setitis air mata ini mengalir lesu membanjiri dataran pipi yang mulus. Ku biarkan ia mengalir dan terus mengalir sehingga ia puas mengalir.
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang. Seorang demi seorang pergi meninggalkan aku di sini. Namun, hidup perlu diteruskan dan itulah selalu dibisikkan ke telingaku. Hanya Yasin dan ayat-ayat suci Al-Quran yang mampu kuhadiahkan buat insan-insan yang terlalu aku rindui itu. Di saat ini, aku tidak tahu kenapa kenangan lalu tertayang satu per satu di ruang mata membuatkan hatiku terguris ketika hayatnya masih ada.

Miss You Myspace Comments

Memang menangis airmata darah sekalipun tidak berguna lagi namun kerinduan yang sarat membuatkan aku tidak berdaya untuk menanggungnya lagi. Disaat kehilangannya, hati dipalu rasa pilu, dada membuku kegeraman yang maha panas kerana membuat hidup kami merana sebegini. Tiada maaf yang akan ku beri kepada mereka yang menghancurkan kebahagiaan kami.

Walaupun sudah setahun dia meninggalkan semua, namun hati ini masih digamit memori semalam setiap kali ramadhan dan syawal datang menjelang. Kali terakhir aku membelikannya nasi, melihat lambaiannya, melihat renungannya yang terkandung seribu satu rahsia, melihat kemuraman wajahnya, mendengar kata-katanya serta doa-doanya dan juga menerima kucupannya. Kerana apa yang telah terjadi, aku hilang senyuman, aku hilang kegembiraan dan aku hilang segala-galanya yang berkaitan dengan kehidupan. Aku tidak tahu bagaimana untuk tersenyum semula dan aku juga tidak tahu bagaimana hendak menenangkan hati yang sentiasa merindui. Namun, aku berterima kasih kepada mereka yang sentiasa berada di sekeliling yang berusaha mengembalikan keceriaan hati ini. Terima kasih.

Sesungguhnya, aku amat merindui dia yang bernama NENEK di saat ini. Terlalu merindui sehingga tiada ucapan yang sesuai untuk diungkapkan dengan kata-kata. Semoga roh kedua-dua mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman terutama sekali nenek Asmah.
AMIN
Miss You Myspace Comments

NOTA: Luahan hati yang tersimpul mati terasa tidak sampai maksud sekiranya menggunakan ‘saya’.

Friday, July 18, 2008

Superhero

Your results:
You are Green Lantern
























Green Lantern
85%
Supergirl
60%
Iron Man
60%
Superman
55%
Wonder Woman
55%
Hulk
40%
Spider-Man
35%
Robin
35%
Catwoman
30%
Batman
20%
The Flash
20%
Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.


Click here to take the Superhero Personality Test

Sunday, July 13, 2008

Impian II yang menjadi kenyataan pada tahun 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama kan saya tidak memasukkan N3 yang baru. Memandangkan kerja penulisan yang bertimbun membuatkan saya tidak mempunyai masa untuk memasukkan sebarang N3. Namun pada hari ini saya sedang menghantar sebahagian daripada artikel saya kepada penerbitan Singapore membuatkan saya mempunyai sedikit masa untuk memasukkan N3 baru sebagai tanda penghargaan buat seorang teman di luar sana.

Sesudah impian pertama saya pada tahun 2008 iaitu ingin menghasilkan novel kanak-kanak yang pertama telah terlaksana dan kini impian kedua yang sudah lama bertapak di dalam hati akhirnya terlaksana jua. Hmm, nak tahu ke apa impian kedua saya yang sudah lama disemaikan? Hehehe ...

Saya sudah lama ingin mengabadikan potret lukisan wajah saya dalam bentuk karikatur dan akhirnya impian yang telah berkurun saya pendam menjadi kenyataan apabila seorang teman yang bernama Brader Joe telah merealisasikan impian itu. Sebelum ini potret lukisan wajah saya telah disempurnakan oleh seorang uncle semasa kami berjumpa di pesta buku USM Pulau Pinang pada 3 tahun sudah dan impian yang satu itu juga telah direalisasikan.

Terima kasih buat Brader Joe dan Uncle yang menceriakan hari-hari saya yang sememangnya padat dengan aktiviti penulisan yang tidak pernah kenal erti jemu untuk diselesaikan. Akhirnya bibir ini mampu untuk mengukir senyuman buat mereka yang sentiasa memahami diri saya sebagai seorang sahabat. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini dan memberi hadiah yang teramat istimewa pada saya.

Tatapilah lukisan wajah saya yang dihadiahkan oleh teman-teman yang telah menceriakan hidup saya.
Haa .. ini pulak gambar kak long Puteri Imaneisya yang dilukiskan oleh brader Joe ... cantik tak? :D

Friday, July 4, 2008