Friday, August 8, 2008

Tiba-tiba ia hadir ...

08.08.2008 – satu tarikh yang pastinya akan meninggalkan banyak sejarah kepada mereka yang mengabadikannya. Saya tumpang gembira kepada mereka yang telah mencipta sejarah dengan tarikh ini.

Bagi saya sendiri, entah kenapa tiba-tiba sahaja saya merasakan suatu kehilangan. Kehilangan yang cukup meninggalkan kesan. Saya tidak tahu kenapa saya rasa begitu tetapi itulah yang menghuni jiwa saya sekarang ini. Seolah-olah hati yang ceria telah diragut kembali. Kadang-kadang kita tidak dapat melawan kesunyian yang mendampingi diri walaupun kita dikelilingi oleh insan-insan yang rapat dengan kita dan sentiasa membuat kita ketawa dengan kehadiran mereka. Dan akibat daripada itu kita akan terasa kehilangan dan seolah-olah kita telah melakukan kesalahan walaupun kita tidak tahu apakah kesalahan kita sebenarnya. Itulah yang saya rasa. Entah kenapa perasaan ini hadir begitu saja tanpa diundang kehadirannya.

Walaupun begitu, tarikh keramat ini telah memberikan satu berita gembira pada saya iaitu novel dewasa yang pertama pada tahun 2008 akhirnya akan berada di pasaran setelah menanti kemunculannya selama setahun. Awal-awal saya beritahu, dalam novel ini terdapat banyak monolog dalaman yang panjang dan nama yang panjang-panjang. Novel ini juga merupakan novel percubaan. Terpulang kepada anda untuk menilainya ... Daripada penerbitan mana, akan saya umumkan sesudah contoh naskah novel saya perolahi dan akan saya paparkan promonya di ruang promo sedikit waktu lagi. Harap sabar menanti ...

Assalammualaikum.

1 comment: