Wednesday, August 27, 2008

Mohon Maaf dan Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum...
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan..


"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang di sekitarnya."

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengajakan mahupun yang disengajakan, moga-moga kalian dapat memaafkan segala kesalahan dan kesilapan saya. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Semoga segala amalan kita diterimaNya... Amin.

5 comments:

sharmiza24 said...

assalamulaikum ebriza selamat menyambut bulan mulia iaitu bulan ramdahan dan ampun dan maaf dipinta semoga kita dapat melaku kan ibadat berpuasa dgn gembiranya wasslam

Eny said...

abby, nak paste entri ni kat umah kita blh?

EBRIZA AMINNUDIN said...

sharmiza, sesama kita menyambutnya.

eny, boleh aja

Anonymous said...

Salam Kak Eby sayang...

Apa khabar? Maaf ye sebab dah lama tak bertandang. Ezza dah baca Janji Seorang Puteri pemberian akak tu. Best. Murid-murid Ezza pun suka baca tau. Terima kasih ye kak.

Salam merdeka dan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.

EBRIZA AMINNUDIN said...

salam Ezza,

Akak sihat je .. eh, ye ke? Thanx ezza atas sokongan ni. Selamat menyambut ramadhan dan selamat bersahur ....