Friday, August 1, 2008

Miss You Myspace Comments
Kerinduan ini tiba-tiba mencengkam hatiku. Sarat dan tepu apabila ia membelit diri. Aku terseksa di saat terkurung di dalamnya. Kenapa ia harus hadir sekaligus mengganggu kedamaian dan ketenangan di tasik hatiku ini. Dalam tidak kusedari, setitis demi setitis air mata ini mengalir lesu membanjiri dataran pipi yang mulus. Ku biarkan ia mengalir dan terus mengalir sehingga ia puas mengalir.
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang. Seorang demi seorang pergi meninggalkan aku di sini. Namun, hidup perlu diteruskan dan itulah selalu dibisikkan ke telingaku. Hanya Yasin dan ayat-ayat suci Al-Quran yang mampu kuhadiahkan buat insan-insan yang terlalu aku rindui itu. Di saat ini, aku tidak tahu kenapa kenangan lalu tertayang satu per satu di ruang mata membuatkan hatiku terguris ketika hayatnya masih ada.

Miss You Myspace Comments

Memang menangis airmata darah sekalipun tidak berguna lagi namun kerinduan yang sarat membuatkan aku tidak berdaya untuk menanggungnya lagi. Disaat kehilangannya, hati dipalu rasa pilu, dada membuku kegeraman yang maha panas kerana membuat hidup kami merana sebegini. Tiada maaf yang akan ku beri kepada mereka yang menghancurkan kebahagiaan kami.

Walaupun sudah setahun dia meninggalkan semua, namun hati ini masih digamit memori semalam setiap kali ramadhan dan syawal datang menjelang. Kali terakhir aku membelikannya nasi, melihat lambaiannya, melihat renungannya yang terkandung seribu satu rahsia, melihat kemuraman wajahnya, mendengar kata-katanya serta doa-doanya dan juga menerima kucupannya. Kerana apa yang telah terjadi, aku hilang senyuman, aku hilang kegembiraan dan aku hilang segala-galanya yang berkaitan dengan kehidupan. Aku tidak tahu bagaimana untuk tersenyum semula dan aku juga tidak tahu bagaimana hendak menenangkan hati yang sentiasa merindui. Namun, aku berterima kasih kepada mereka yang sentiasa berada di sekeliling yang berusaha mengembalikan keceriaan hati ini. Terima kasih.

Sesungguhnya, aku amat merindui dia yang bernama NENEK di saat ini. Terlalu merindui sehingga tiada ucapan yang sesuai untuk diungkapkan dengan kata-kata. Semoga roh kedua-dua mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman terutama sekali nenek Asmah.
AMIN
Miss You Myspace Comments

NOTA: Luahan hati yang tersimpul mati terasa tidak sampai maksud sekiranya menggunakan ‘saya’.

7 comments:

sharmiza24 said...

jgn menangis di bulan syaaban dan telah pergi tidak akan kembali tetapi ada hikmah disebalik itu semoga tabah menghadapi dugaan daripada allah kerana dia ingin menguji hati kita sejauh mana keimanan kita.

JOE said...

ermmm...ebriza dont cry!
Doa adalah hadiah yang terbaik buat mereka yang telah pergi...
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama Orang-orang yang beriman...Amin.

EBRIZA AMINNUDIN said...

Salam Joe,

Cuma teringat tanpa dapat menahan perasaan. Terima kasih.

Kak Sharmiza,
Terima kasih.

Unknown said...

Salam Iza...
Dah setahun ke nenek pulang ke rahmatullah? Rasa baru lagi. Semoga dia tenang di sana, ya, Iza. Dan semoga orang yang menzaliminya akan menerima balasannya.

EBRIZA AMINNUDIN said...

salam kak ... hampir setahun dah ... menjelma syawal ni dekat2 la tu ... rasa macam masih baru kan... itu yang iza rindu sangat dengan dia ...

masih terbayang lagi wajah dia ... iza rindu sangat kak Em dengan dia ...

Eny said...

kalau rindu hadiahkan 'dia' dgn doa. setuju dgn abby, klu guna 'saya' mcm tak smpi maksudnya.

EBRIZA AMINNUDIN said...

itu yang abby lakukan setiap kali merindui dirinya. Thanx eny