
Jika tidak mahu rasa kesakitan, jangan bermain dengan api dan begitulah kiranya jika tidak mahu dihumban ke dalam gaung itu jangan berani mengungkapkannya sekira anda tidak bermaksud untuk mengungkapkannya yang hanya memberi kesan kepada jiwa, hati dan yang sewaktu dengannya.
Bagi saya, sebuah ungkapan mencermin apa yang dirasakan oleh pengungkapnya. Bagi saya, jika ia diungkap bermakna pengungkapnya itu maksudkannya. Bagi saya lagi, ungkapan itu begitu berharga, jadi ... jangan bermain dengan ungkapan berapi ini. Parah jika pengungkapnya hanya ingin bermain dengan ungkapan yang diciptakannya sendiri sama ada sekadar ingin menguji atau dia benar-benar maksudkannya.
Susah untuk percaya atau meyakinkan diri kerana pengalaman lalu mengajar saya erti berhati-hati. Ia amat sakit dan perit jika ungkapan ini hanyalah sebuah permainan. Namun, ia amat berharga jika ungkapan ini lahir dari hati yang ikhlas dan tiada sebarang permainan semasa mengungkapkannya. Terus terang saya katakan, saya tidak suka bermain dengan ungka

Oleh itu, berhati-hati dengan ungkapan berapi ini jika anda sebagai pengungkap tidak benar-benar maksudkannya. Jangan bermain dengan ungkapan berapi ini yang hanya akan melahirkan seorang lagi insan yang tidak yakin dan percaya kepada si pengungkap kerana dia juga pernah tertipu dengan ungkapan berapi ini. Fikirkanlah sebelum anda mengungkapkannya kerana ia benar-benar bukan bahan permainan jika melibatkan soal hati.
Hanya mereka yang mengalaminya akan memahaminya.
1 comment:
ebriza ungkapan berapi amat bahaya jika kita sendiri tidak tahu apa ertinya kata-kata ,maksudnya ,tersirat,kedukaan , ia akan ada perubahan pada setiap insan. bila ungkapan berapi sudah terjadi maka sipengungkapan itu tidak faham akan maksud sipengunkapan dan kadang- kadang hati sipenungkapan tidak sama dgn hati penungkapan .
Post a Comment