Selepas Kubur Bernyawa mencatat kejayaan yang tertinggi kini saya muncul dengan naskah seram yang terbaru iaitu ATUK (Cover sementara). Saya mengharapkan ATUK dapat mengulangi kejayaan Kubur Bernyawa.
Sedikit Sinopsis ATUK untuk Anda:
Mereka bukan pemburu hantu. Jauh sekali penjejak
hantu. Mereka adalah penyiasat paranormal yang memenuhi undangan pelanggan
untuk menyiasat sesuatu tempat sama ada benar-benar berhantu ataupun tidak.
Namun ketika sedang menjalan tugas yang terpikul di bahu masing-masing, sesuatu
yang tidak terduga telah berlaku kepada mereka. Sesuatu yang tidak pernah
berlaku selama mereka menjadi penyiasat paranormal. Dapatkah mereka melepaskan
diri dari cengkaman roh-roh atuk yang berkeliaran di dalam sebuah bangunan
usang yang sedang disiasat oleh mereka?
“ALLAH, kenapa pintu tak boleh buka. Aku tak mahu terperangkap di sini.
Aku kena keluar dari sini seberapa segera. Kami kena tinggalkan tempat ni.”
Nurhirmawaty
“Hir ... ma ... mu ... lut a.... ku han... cur.” Murazean
“Hirma, tolong aku. Mereka
tak nak lepaskan aku. Puas aku merayu suruh mereka berhenti tapi mereka tak
mahu. Tolong aku, Hirma. Aku dah tak berdaya lagi.” Azidi
“Tolong! Jangan seksa
aku begini lagi. Aku sakit. Kenapa kamu seksa aku?” Aisy Yumni
“Tidak!!! Ini semua
mainan ilusi. Aku tak mungkin berada di lembah berapi.” Sazrin
“Jangan takut nak,
atuk datang untuk menamatkan penderitaan anak.” Roh atuk
“Saya tak menderita
atuk. Jangan buat saya macam ni!” Edinur
No comments:
Post a Comment