Friday, February 29, 2008

Ira Fashua - Kebudak-budakkan?

Assalammualaikum kepada semua pengunjung blog aku. N3 ini aku paparkan untuk mereka yang mungkin tidak puas hati dengan perwatakan Ira Fashua dalam Hanya Dikau.
- Ira Fashua bersifat kebudak-budakan dan tidak sesuai dengan umurnya.
- Perwatakan Ira Fashua agak membosankan.
- Perwatakan Ira Fashua mungkin lebih daripada reality.

Komen-komen ini yang aku dengar, baca dan lihat ketika mereka membaca HANYA DIKAU. Kenapa harus kompelin pada orang lain dan tidak tanya kepada aku sendiri kenapa aku melakarkan perwatakan Ira Fashua sebegitu walaupun usianya sudah menjangkau 30-an. Pada aku adalah lebih afdal ketidakpuasan hati itu korang tanya pada aku sendiri sebagaimana Kak Ramlah Rashid. Tak perlulah korang melampiaskan ketidakpuasan hati korang di meja orang lain. Kalau berani tampil ke hadapan. Bukannya tidak ada cara untuk berhubung dengan aku. Macam-macam cara ada, pilih saja. Insya-Allah aku akan jawab setiap kemusyikilan anda dengan sebaik mungkin kenapa aku mengilhamkan karya aku sebegini. Pengreview bukan penulis asal dan mereka tidak tahu kenapa karya ini diilham sebegini. Jadi adalah lebih afdal jika anda tanya penulis asal sendiri sekiranya ada KEMUSYIKILAN. Bukankah sudah ku khabarkan aku akan bersuara lantang sekiranya apa yang aku rasakan itu tidak betul.

Ya. Memang benar, perwatakan Ira Fashua yang menjangkau 30-an tidak sesuai dengan umurnya. Tetapi kenapa aku masih ingin mencipta perwatakannya begitu. Mungkin korang tidak sedar atau tidak menerima hakikat bahawa setiap manusia yang diciptakan Allah SWT mempunyai ragam yang berbeza-beza. Ada yang berusia muda tetapi berlagak sebagai orang dewasa. Adakah itu masih boleh diterima oleh anda. Berjuta-juta manusia berada di muka bumi ini dan kita tidak akan tahu bagaimana sikap mahupun perwatakan mereka. Itu ketentuan Allah untuk melahirkan bagaimana ragam seseorang manusia itu.

Mungkin daripada sudut pandangan lain, Perwatakan Ira Fashua tidak sesuai dengan umurnya tapi apa yang aku lihat adalah reality. Aku kenal dengan seorang kakak ni yang juga berada di dalam lingkungan usia 30-an. Kalau korang jumpa dengan dia, korang tak kan kata dia berusia 30-an kerana perwatakannya gila-gila dan suka cakap lepas sebiji macam Ira Fashua. Dia boleh masuk dengan sesiapa sahaja walaupun mereka yang berada di bawah 20-an. Aku tertarik dengan personalitinya dan sebab itulah aku melakarkan perwatakannya pada Ira Fashua. Ragam manusia yang unik ciptaan Allah swt, membuatkan aku memasukkan rohnya dalam diri Ira Fashua. Jadi, korang saja yang beritahu, adakah salah perwatakan yang aku cipta pada seorang wanita yang berusia 30-an??? Helo … dia belum kahwin lagi jadi sudah tentu pemikirannya lain daripada mereka yang sudah berkahwin dan seusia dengannya. Bukankah aku sudah memberitahu di awal cerita bahawa dahulu sikap dia serius dan sesuai dengan usianya tetapi kerana sesuatu terjadi semasa hari pernikahannya membuatkan dia bertukar perwatakan. Manusia … bila-bila saja boleh berubah. Anda harus menerima HAKIKAT itu.

Perwatakan anda sendiri pula bagaimana? Sesuaikah dengan usia anda? Fikirlah sendiri. Kenapa? Asal saja dia berusia 30 tahun bermakna dia harus bersikap matang ataupun bersikap seperti orang tua? Kalaulah begitu yang anda suka bermakna novel HANYA DIKAU tiada lagi keistimewaannya. Inilah kelainan daripada novel-novel orang lain yang pernah anda baca.

Hmmm satu lagi tentang nama. Memang dah banyak kali aku menerima komen kenapa aku suka menggunakan nama yang panjang-panjang. Itu merupakan trademark aku. Dah tu, aku jalan2 dan terjumpa nama yang pelik tetapi sedap, tak kan aku tak nak gunakan ia. Kesian mak bapak dorang beri nama panjang yang sedap kemudian aku ringkaskan. Itu tidak adil bagi mereka yang memiliki nama itu dan untuk memendekkan nama yang betul bukan stail aku. Tergeliat ke lidah korang nak menyebutnya? Minta maaflah kalau hanya nama yang membuat korang hilang mood nak membaca novel aku. Tetapi aku tidak memaksa korang membaca novel aku. Terpulang pada citarasa masing-masing. Jangan kerana nama, intipati cerita itu korang tidak nampak apa yang cuba aku sampaikan.

Cuma satu yang ingin ku nyatakan di sini. Aku menulis untuk MEREKA yang menggemari cara aku berkarya. Bagi mereka yang TIDAK menggemarinya, terpulang sama ada ingin mencuba lagi membaca karya aku ataupun tidak. Aku tidak tahu bagaimana caranya untuk mengarang bagi memenuhi citarasa segelintir orang. Aku mengarang dengan cara yang aku suka, dengan cara yang aku akan baca jika ia hasil karya orang lain. Jadi terpulanglah pada anda untuk menilainya. Jika anda masih tidak puas hati, tunjukkan aku sebuah novel hasil karya anda sendiri yang mampu menjadi terbaik dan memenuhi selera anda. Insya - Allah, aku akan cuba memperbaiki hasil karya aku di masa akan datang.

Please note my words: Aku tidak pernah memaksa orang mengreview karya aku walaupun mereka sudah membacanya. Itu hak masing-masing sama ada hendak atau tidak mengreview karya aku. Aku telah mempelajari kesilapan aku yang lalu ketika aku mula-mula berblog dan untuk tahun ini, aku tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Terpulang pada anda sama ada untuk memiliki atau tidak karya terbaru aku. Aku bukanlah penulis yang bagus tapi aku cuba untuk menjadi bagus dengan kritikan yang anda beri. Aku bukanlah penulis yang masyur tapi sedang mendaki tangga ke arah itu. Tidak semestinya 10 orang yang tidak menggemari karya aku bermakna yang lain-lain juga mempunyai pandangan yang sama dengan 10 orang ini. Aku hanya menulis pada mereka yang menggemari dan ternanti-nantikan buah tangan terbaru daripada aku. Aku hanya menulis pada mereka yang menghargai aku. Kehadiran aku di sini bukan untuk mencabar sesiapa tetapi terpulanglah pada anda untuk menilainya.

Jika anda hendak tahu bagaimana perasaan seorang penulis, cubalah jadi penulis dan anda akan tahu bagaimana dia rasa jika kata-kata yang serupa dipulangkan kepada anda.

MAAF SEKIRANYA CORETAN AKU DI N3 INI BISA MENGGURIS HATI ANDA. BUKAN NIATKU UNTUK MENGGURIS PERASAAN SESIAPA SEKADAR LUAHAN HATI SEORANG PENULIS BIASA YANG MASIH MENCARI NAMA DI PERSADA SENI INI. ASSALAMMUALAIKUM.

Ara Suhara - Pemberianmu - Menggamit memori Valentine's 2007

Ada sesuatu yang menggamit perasaan aku untuk menulis N3 ini. Suatu memori yang tak mungkin akan berulang kembali. Memori Valentine’s di tahun 2007. Mungkin memori ini tidak seindah biasa tetapi bagi aku ia amat bermakna sekali.

Ara Suhara, hadiahmu di hari jadiku menggamit memori itu untuk aku abadikan di sini. Maklumlah ... masih dalam mood birthday.

Sebaik sahaja aku sampai di rumah pada malam 28 February ketika pulang daripada kerja, mama terus sound pada aku agar aku membuka hadiah kiriman seorang penggemar karya aku dan kini menjadi sahabat aku. Bukankah aku pernah kata, aku tidak pernah menganggap penggemar karya aku sebagai PEMINAT tetapi kesemuanya aku anggap sebagai SAHABAT. Aku tidak mahu meletak jurang pada mereka yang ingin mengenali aku. Terpulang pada anda sama ada ingin mengenali ataupun tidak dengan diri aku yang tidak seberapa ini. Hmm dah tersasar jauh ni ... Back to the point.

“Tiap-tiap hari ada hadiah untuk hang. Dah letih tangan aku nak menyainnya. Bukalah hadiah pos laju tu dulu. Siapa dia tu?” Mama aku terus berpaut pada sofa untuk melihat apakah kiriman daripada Ara Suhara.

“Dari Ara yang menggemari novel Hanya Dikau. Tak sangka pulak dapat hadiah daripada dia.” Kataku sambil membuka balutan bungkusan pos laju itu. Apabila aku mengeluarkan sekotak panjang, terus mama aku menambah kata.

“Gelang kot yang dia bagi. Panjang saja kotak tu.” Mama terus berminat untuk mengetahui isi di dalamnya. Aku hanya tersengih macam si kerang tu. Keh keh keh ... Sebaik sahaja aku mengeluarkan rantai tangan kristal yang bewarna hijau air dan kelihatan seperti kaca, mata kami berdua terus terpaku kepada pemberiannya. Sesungguhnya aku tidak menyangka akan mendapat hadiah sebegini dan aku rasa amat terharu sekali. Thanx Ara.

“Cantiknya. Nasib baik dia pandai pilih color. Hang boleh pakai ka?” Mama terus mengomel sambil membelek gelang tangan kristal pemberian Ara Suhara.

“Hmm sebiji macam che mah punya. Walaupun hang tak dapat gelang tangan daripada Che Mah macam aku dan Ina tapi la ni ia dah berganti.” Sayu sahaja suara mama sehingga bergenang air mata aku ketika menyarungkan gelang itu ke tanganku. Muat-muat saja. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Pandai dia mengukur saiz tangan aku. Namun pemberiannya terus menggamit memori Valentine’s 2007.

Pada 14 February 2007, aku pun tak ingat aku ke mana dengan adik aku tetapi aku memang tiada di rumah semasa arwah nenek datang menziarah. Masa adik aku mengambil aku, dia ada beritahu,

“Mama dengan Kak Ina dapat gelang tangan Kristal daripada mak sempena hari Valentine’s.” Selamba sahaja dia menyuarakannya. Bulat mata aku memandang Zuhair.

“Kat aku tak dak?” Aku sangkakan adalah seutas untuk aku. Bercahaya gembira mata aku dan tidak sabar hendak sampai di rumah kerana nenek aku sukar untuk memberikan rantai emas pada sesiapa. Orang yang bertuah sahaja akan mendapat barang kemas daripadanya.

“Tak dak pulak. Tengok tadi mama dengan Kak Ina saja dapat.” Kegembiraan aku terus mengendur. Kenapa aku harus dilupakan sedangkan dulu akulah yang merupakan cucu kesayangannya. Mungkin aku ada menyakiti hatinya tanpa aku sedar sebab itulah dia lupa pada aku. Apabila sampai sahaja di rumah, aku terus bertanyakan gelang kristal tu pada mama.

“Mak ada bagi gelang ka? Kat orang tak dak.” Aku inginkan kepastian.

“Ha’ah. Dia bagi kami sorang satu. Aku, rowena, mazlina dan syaida. Kat hang dia terlupa nak buat.” Ayat mama sedikit sebanyak buat aku sedih tapi aku tidak menunjukkannya.

“Ala ... bukannya cantik pun warna yang dia pilih. Kalau hang nak pakai, boleh pakai aku punya.” Sambung mama sekakan-akan tahu apa yang bergelodak di dalam hati aku.

“Tak palah ... bukan orang berkenan pun warnanya.” Kata ku memujuk diri sendiri. Selang beberapa hari, apabila terpandang saja muka aku, barulah arwah nenek aku teringat yang dia tak beri pun pada aku rantai yang dia buat untuk semua orang.

“Mak terlupalah nak buat satu untuk hang. Nanti mak pi kedai emas tu balik. Mak ada batu ni tapi tak cukup nak buat gelang.” Sayu juga hati aku mendengarnya.

“Tak palah mak. Tak payahlah membazir. Iza tak kisah pun. Kalau nak pakai nanti, Iza pakai mama punya.” Kataku.

“Janganlah macam tu ... mak nak buat juga kat hang.” Arwah nenek aku bersungguh-sungguh. Aku diam tidak bersuara dan ingin melihat sejauh mana kebenaran kata-katanya. Begitulah aku yang sentiasa memendam rasa walaupun aku marah, suka, benci dan sebagaimanya sebab tu lah orang selalu pijak kepala aku. Sebenarnya, aku malas hendak cari gaduh yang tidak akan membawa aku ke mana-mana. Diam aku tidak bermakna aku lemah tetapi diam aku akan meletup bila tiba waktunya.

Selang beberapa bulan, bila aku mengunjungi rumahnya semula, dia terus berkata menerangkan keadaan yang sebenarnya agar aku tidak kecik hati.

“Mak dah pi kedai emas tu, tapi batu ni dah tak dak. Tu yang mak tak buat kat hang.” Katanya sambil merenung jauh ke dalam wajah aku.

“Tak pa. Tak payah susah-susah. Iza boleh pinjam mama punya.” Aku tetap menyuarakan pendapat aku. Dia hanya mengangguk dan aku dapat lihat wajahnya yang agak terkilan. Sebelum arwah nenek pergi untuk selama-lamanya, dia ada beritahu pada Auntie Mazlina aku yang dia terkilan tak dapat buat seutas gelang tangan pada aku sebagaimana yang mereka dapat. Ketika aku mendengarnya, air mata aku sudah berhamburan kerana tidak tahan sebak. Ingatannya pada aku tidak pernah luput sebagaimana aku sangkakan. Walaupun aku tiada kenangan daripadanya, tetapi rantai emas labuh yang mama aku dapat telah dipotong empat untuk dibuat gelang tangan. Dan itulah kenangannya yang terakhir berada di dalam simpanan aku.

Namun, apabila menerima gelang tangan kristal hijau air daripada Ara Suhara terus menggamit ingatan itu kepada arwah nenek aku. Pada 26 February yang lalu, genaplah pemergiannya selama 100 hari.

“Sekurang-kurangnya hang dapat juga gelang kristal walaupun bukan pemberian Che Mah. Rowena punya dah hilang masa pi Langkawi. Aku punya saja yang masih ada.” Mama bersuara mencantas lamunan aku. Memang benar apa yang dikatakan oleh mama. Apabila terpandang gelang kristal yang tersarung ditangan aku, pasti ingatan aku berada pada dua orang iaitu Ara Suhara (Pemberi gelang ini) dan Che Mah (Arwah nenek yang tak sempat berikan pada aku).

Sesunggunya Ara, pemberianmu ini amat bermakna untuk ku di hari lahirku pada tahun ini dan bukan sahaja bermakna malah amat BERHARGA kerana u telah mengembalikan Memori arwah nenek I pada tahun lalu. Thank You So Much. Tak tahulah bagaimana hendak aku luahkan dengan kata-kata.

Saat - saat Terakhirnya ...

Ketika aku menghantar kek birthday aku ke rumah Auntie Ina, tiba-tiba sahaja aku teringatkan arwah nenek aku ketika hayatnya masih ada. Masih aku terbayang lambaian di muka pintu pada puasa yang lalu. Wajahnya murung dan sedih. Kalau senyum pun mungkin kerana terpaksa.

“Bila nak mai rumah mak?” Inilah pertanyaan yang sering bermain di bibirnya pada saat-saatnya yang terakhir.
Aku tak tahu raya tahun sudah (2007) merupakan Aidilfitri terakhir buatnya. Kalau aku tahu, sudah pasti aku akan bertandang ke rumahnya setiap hari. Aku sering memberi jawapan yang aku terlalu sibuk. Ya memang betul aku terlalu sibuk dengan penulisan aku yang kena submit kepada penerbitan sebelum menjelang hari raya membuatkan aku terkilan kerana mengabaikannya.

Sebuah lagi kenangan yang datang menjengah ketika auntie aku memberikan satu ciuman kasih di pipi ialah nenek aku juga selalu buat begitu setiap kali aku bertandang ke rumah.

“Mai nak sayang sikit.” Inilah yang sering diminta sebelum kami pulang. Dan aku tidak pernah menghampakannya. Dan pada setiap kali hari lahir aku menjelang, ini yang selalu diminta dan didoakan untuk aku.

“Mak selalu doa agar jodoh hang sampai dan ditemukan dengan lelaki yang baik yang boleh menjaga hang. Tiap-tiap hari mak nanti doa pada tuhan. Kalau boleh, mak nak tengok hang naik pelamin.” Ketika ini aku tak tahan sebak setiap kali terkenangkan doanya. Lebih-lebih tahun ini … aku terpaksa menerima hakikat bahawa dia sudah PERGI mengadap Illahi.

Sumpah demi Allah aku tak tahu bahawa dia akan pergi secepat itu pada tahun lalu. Kalaulah aku tahu, pasti setiap permintaannya akan ku tunaikan. Kini aku mula merinduinya. Terlalu merinduinya dan rasa terkilan kerana tidak berada di sisinya ketika dia minta berbuat begitu. Aku tak tahu bagaimana hendak menggambarkan dengan kata-kata hati dan perasaanku ketika ini. Aku cuba tahan sebak di dada tapi aku tak mampu.

“Mak … maafkan Iza kerana tidak dapat menunaikan impian mak yang terakhir. Allah tidak menetap jodoh Iza ketika hayat mak masih ada. Ini semua ketentuanNya. Iza redha menerima segala-galanya yang telah ditetapkan oleh yang maha Esa. Iza doakan agar roh mak akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.”
“Sungguh jahat mereka yang memisahkan kita kan mak. Membuat kita benci di antara satu sama lain. Moga mereka yang menganiayai kita akan menerima Pembalasan yang setimpalnya.”

Thursday, February 28, 2008

Penghargaan Dari Teman Seperjuangan Ku ... THANX



Dear Honey…. Is your day…..

Seungkap ucapan ku rangkum di maya tak bersendi khusus untuk dirimu. Moga tarikh keramat… [ehem.. tarikh keramat lagi… tak sudah dengan tarikh keramat… <--- tu comment sumbody pada aku….] key back again the the point. Moga tarikh keramat ini membawa kerahmatan dari-nya dalam bahagia lebih dari yang pernah kau alami di tahun-tahun yang telah lalu.Mengenali dirimu merupakan sesuatu yang indah dalam hidupku,tapi tak tahulah pulak bagimu. Namun aku tetap mendoakan mogatahun ini kau akan lebih sukses dalam kerjaya dan bidang yang kau ceburi.


Selamat harilahir Honey….

Moga kau lebih tabah menghadapi dugaan kehidupan. Selamat meneruskan perjuangan yang belum tamat dan selamat menempuh sebuah perjalanan yang masih belum bernokhtah. Moga kau akan selalu sejahtera dan dipermudahkan dalam mencapai cita-cita dan mengejar impian mu…. Love you4ever…..



Happy Birthday
To You
Happy Birthday to You
Happy Birthday dear Honey
Happy Birthday Toooooooo YoouUUUuuuUUUUUU
YOU REALLY MAKE MY DAY SWEETIE! TQ SO MUCH! LUV U!

It's 28 February - It's My Day ... Happy Birthday 2 Me...

28 FEBRUARY datang lagi menjengah dirinya. Kini genaplah aku berusia 13 tahun. ? Teng ... teng ... teng ... biarlah aku nak rasa kembali muda. Keh keh keh . Setiap tahun pasti orang nak tahu apa wish aku. Hmm ... nak aku senaraikan ke? Aku senaraikan yang penting-penting dahlah ye. Hei ... suka hati aku ler ... It’s my Birthday. Let Birthday girl decided wish apa yang dia nak paparkan.

Impian telah pun menjadi kenyataan apabila novel kanak-kanak aku yang pertama akan diterbitkan oleh Buku Prima. Novel ni 100% cerita fantasi kanak-kanak. Ia tak sama seperti terbitan Karnadya kerana Karnadya menerbitkan cerita awal remaja tetapi Buku Prima memang kanak-kanak sekolah rendah. Jadi, kalau ada sesiapa yg membacanya, jangan ler kompelin lebih2 kerana plot yang aku gubah memang sedikit. Permintaan Buku Prima just 30-40ms, jadi fikirkanlah bagaimana plotnya. Harap-harap anda yang mempunyai anak kecil akan berpuas hati. Insya-Allah kalau tiada aral melintang, novel ini akan menemui anda pada pesta buku 2008.

Impian masih tinggal impian – hmm ... apa yang korang fikirkan tu ... mesti mengarutkan. Impian aku bukan seperti yg korang fikirkan tu. Tu pun salah satu impian yg tak menjadi tapi impian ni lebih besar iaitu aku ingin memonopoli industri skrip (drama, filem & seangkatan dengannya) serta lirik lagu. Tiada siapa yang ingin memberi aku peluang sebab itu aku kuburkan dulu impian ini memandangkan aku terlalu sibuk dengan novel-novel yang diminta oleh penerbit. Minta maaf kalau ada manuskrip aku belum sampai ke penerbitan mereka lagi.

Mudah-mudahan aku tidak akan ketandusan idea untuk menghasil lebih banyak cerita. Sama ada korang suka ataupun tidak, aku akan terus melangkah menongkah arus dalam bidang yang amat-amat aku cintai. Tiada siapa yang boleh menggoyahkan aku kini dengan kritikan mereka walaupun sepedas mana. Aku kini lebih bersedia berhadapan dengan kritikan anda. AWAS!

Mudah-mudahan aku sentiasa sihat agar idea yang aku hasilkan akan tampak bernas dan tidak terkeluar dari landasan mahupun logik. Kalau fantasi tu memang 100% tak logik. Nama pun fantasikan. Jadi, faham-fahamlah sendiri. Jangan sesedap rasa aje mengkritik aku. Kalau novel barat boleh, kenapa di Malaysia tidak boleh? Kalau novel barat korang boleh terima, kenapa novel tempatan korang tak boleh terima. Tak adil bagi kami penulis tempatan. Bayangkan anda ditempat kami, apa yang anda rasa. Fikir-fikirkanlah ...

Mudah-mudahan ... Hik hik hik akan ... hik hik hik ... fikirlah sendiri, malas aku nak jawab yang kelima ni. Aku pun tahu korang pun tahu apa yang aku nak sampaikan. Setiap tahun pasti tak kan miss. Kah kah kah ... Daaa ...

PENGHARGAAN DARI TEMAN-TEMAN :
VIA SMS

i. Akel Zaveri : Wish u many many happy returns of d day! Have a nice day. God bless u. – TQ FRENZ FOR CALLING ME ON MY BIRTHDAY.

ii. Alyn : Happy Birthday 2 you! Semoga panjang umur n dimurahkan rezeki.

iii. Ct : Salam kak, happy birthda semoga dpanjang usia n murah rezeki selalu untuk terus berkarya – TQ SIS. MUCH APPRECIATE.

iv. Tanne : Happy Birthday Pieces Girl! – Tanne U R Wonderful. 1st time terima wish dari member yg hanya nama saja aku kenali. Harap kita dapat jadi kawan rapat seperi i dengan Fishah, Bikash & Marwati U.

v. Rafishah : Happy Birthday. Moga murah rezewki dan tak kering idea. – TQ KERANA MENDOAKAN IDEA SAYA SENTIASA MELIMPAH.

vi. Sabariah : Hepi Bestday kat akak. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Amin.

vii. Alina Zaireen : Happy Birthday Eb. Semoga ceria-ceria selalu.

viii. Kharu Nisa : Happy Birthday yang ke ‘13’. Mudakan? – hehe kitakan muda selalu Nisa. Jangan tak tahu birthday kami sama tarikh. Unik kan?

ix. Not : Tepi-tepi kenderaan berat nak lalu nak hantar kontena ucapan khas buat mu : Selamat Hari Lahir.

x. Munira : Salam kak Eb, Selamat hari jado, semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki selali.:-) Keep in touch always.

xi. Bikash Nur Idris : Abby, selamat hari jadi, semoga terus berbahagia & diberkati-Nya. May all ur wishes will be filled.

xii. Alyze : Hepi besday sis, bertambah setahun umur ko. Aku doakan agar panjang umur murah rezeki dan lebih penting agar dipermudahkan jodoh. Eh lagi satu hepi always ... terimala ciuman dari aku .. muwahh. – BINGKISAN CIUMAN KAU TELAH AKU TERIMA DARI KEJAUHAN DAN TERIMA KASIH KRN MENDOAKAN AKU AGAR CEPAT BERDUA. Hik hik hik.

xiii. Amira Syakila : Posto posto. Ada orang bagi bunga ni : die cakap selamat hari lahir. Semoga happy selalu.

xiv. Tengku Norlaila : Ku doa Allah menyinari duniamu & mengiringi setiap langkahmu ke arah jalan yang diredhai dan beri segala yangterbaik buatmu. Selamat Hari Lahir. – Terharu dengan ucapan ini. TQ kak Laila.

xv. Ara Suhara : Salam. Dengar I nyanyi ye ... Happy bpday 2 u (2x) Happy b’day 2 my dear Ebriza, happy b’day 2 uuuu ... mmm sedap tak? Hope your life will be more wonderful ... – TERHARU I MENERIMA NYANYIAN YG PALING SEDAP. TQ MY FRENZZ ...

xvi. Kak Mas : Picture Msg : Happy birthday. Semoga dimurahkan rezeki dan diredahinya. – SIS U MAKE ME CRY. Thanx so much.

xvii. Nor Shahida : Akum kak, epi BIRTHDAY ... SEMOGA BAHAGIA SLALU – TQ DEQDA.

xviii. Hana Afiza : Happy Birthday 2 u ... Happy Birthday 2 u ... Happy Birthday 2 Ebriza ... Happy Birthday 2 u. – TQ KAK HANA.

xix. Hasni : Happy 31th Birthday Kak – TQ BRO.

xx. Pu3 Ezza : Salam Kak Ebby Cayang. Happy birthday in advance buat akak. Hikhikhik. Esok birthday akak kan? Semoga panjang umur, murah rezeki serta berjaya di dunia dan akhirat. – SMS MU MEMBUAT KU RSA TERHARU.

xxi. Yaacob : Picture Msg : Happy Birthday, moga sihat, dipanjangkan usia dan cepat bertemu jodoh. – TQ WAK KERANA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN SAYA.

xxii. Opah De : Hepi Besday Iza. Semoga Dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur &bahagia selalu. Mwaahh.

xxiii. E-Ma : Salam, Hepi Besday Kak Eby. Moga bertemu jodoh cepat2 dgn lelaki yg baik, murah rezeki & panjang umur. Hehehe – U R SUPERM E-MA. LUV U.

Animated Birthday Message :

Pu3ChempakaBiru : Cantik animated besday kad ko thru mms. TQ

Mummy : TQ MOM

Rowena (my 2nd sis): TQ SIS

Zuhair (My younger bro): TQ BRO

Amira Syakila (my cousin) : Thanx Sis. Love u.

Kak Ennie : Thanx for not forgetting my besday every year. Mwahh. Luv u.

PRESENT : Nak tahu ke apa yang aku dapat for this year ... Dorang tak nak aku dedahkan so biarlah rahsia ekk ... Sorry ... Tapi aku akan dedahkan nama dorang ekk


PU3ChempakaBiru : Bagaimana kau tahu apa yang aku mahu. Ini betul2 kembar sih. Aiseymen.

Opah De : Kirimanmu begitu bermakna. TQ

Ara Suhara (Nama ni jgn ambik. Aku dah reserve utk novel aku yg akan datang.): Dah pakai pun pemberian u. Cantik and i rasa terharu.

Shyda & Family: Thanx for craft.

Rowena : Thanx for those things.

Zuhair : Thanx for renovate my Myvi Car.

Mummy : Nak beli kamus Besta la ...

Hana Afiza : Apa saja yg kau beri pasti ku suka.

Kad :
Nurul Afeefa : Rakan baru ku. Thanx
Hana Afiza
Rowena

Wish Via Friendster :
Nurul Afeefa
Opah De
Ameera
Ieta
Nasharlina

Wish Via Blog (Multiply)
Datin Ella
Jijotisme
Koosem

SURPRISE GIFT :
Pu3ChempakaBiru telah bernyanyi pada aku ketika dia menelefon aku hari ni. Tak pernah ada orang menyanyi sebagaimana dia lakukan. Pertama kali aku menerima kejutan yang tidak ternilai. Sememangnya u make my day. TQ Sweetie. Luv U. (Bergenang air mata aku dalam ketawa).

Wednesday, February 27, 2008

Thanx For Everyone ...

“Ting Tong!”
“Aku Merinduimu …”
Hmm ... Kenapa? Eh betullah ... memang itu yang dikatakan pada aku oleh abang courier walaupun aku tak mengenali dirinya. Aku pun terpinga-pinga juga pada mulanya kenapa dia ucapkan Aku Merinduimu macam iklan Dashing kot kalau tak silap aku. Dalam hati aku, nak kena penampar dah mamat ni. Gile ke apa ... Rupa-rupanya, aku yang termalu sendiri, apa tidaknya ... ucapan tu memang untuk aku tapi bukan daripada hati dia. Nak tahu ucapan daripada siapa? Hehehe ...

Bingkisan rindu tu daripada My Sweetie yang berada di KL. Ala, sweetie aku pun tak kenal? Si Pu3ChempakaUngu .... Oopss Biru ler. Hehehe ... Kesilapan yang telah disengajakan. Terkejut aku apabila menerima hadiah yang cute secute dirinya. Walaupun in advance tapi aku tetap gumbira menerimanya. Hmm ... Citarasa kau dan aku sememangnya sama. Sebetulnya hari tu aku nak beli bantal love ni tapi dah habis. Tu yg frust menonggeng. Tapi tak sangka plak on my besday dapat. Sweet, mana kau tahu aku suka dengan benda ni. Maraming-maraming Salamat. (Nak tahu apa maknanya, tunggu buah tangan terbaru daripada aku terbitan Buku Prima. Hik hik hik ... Aku kan memang suka mendera korang. Tak tahu lagi? Hmm?) Walaupun aku sakit ketika menyambut hari lahir tahun ni tapi segala kesakitan aku terbang semuanya di atas surprise ni. Salamat haa Sweet.

Yang kedua, abang courier tu sampaikan bingkisan kasih daripada opahku – Opah De. In advance juga aku dapat present dia. Lagilah sakit aku terbang. Tapi bukan terbang pergi kepada Opah De tahu ... terbang di tengah lautan terbenam di situ. Rembulan, Sampaikan ucapan Syukriya pada Opah ku ini yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati. Rembulan, khabarkan juga padanya bahawa aku amat menyukai pemberiannya. Kesemua pemberiannya. Rasa terharu menerima tanda ingatan ini. Ingatan di hari lahirku. Esok nak pakai phone pouch. Buhot-buhot Syukriya. Nanti datang sini Iza buatkan chai kat Opah De and Mamu ye.

Yang ketiga, still in advance gift and Bingkisan Sayang from Hana Afiza. Ya Rabbi ... thank you so much. Tak terkata dengan bicara. I Love It. Macam iklan Mc. Donalds tu. Thanx K. Hana kerana masih ingat akan besday sahabatmu ini. Dan bantal kecik tu serta cd gambar masa kita ronda satu penang. Peluk dia kuat2.

Yang Keempat – In advance birthday Wish from Mariam Azmi & Not. Walaupun ucapanmu di hari Valentine’s tapi aku tetap menerimanya dengan perasaan yang gumbira.

Memandangkan aku masukkan N3 ni in advance sehari, jadi aku tak leh nak berceloteh panjang-panjang sebab aku tak tahu apa akan terjadi di hari lahir ku esok. Esok malam je aku boleh masukkan celoteh yang memanjang tu. Okey? Memandangkan juga aku tak leh nak bubuh N3 di siang hari, jadi aku nak jemput korang makan kek hari jadi aku tanpa segan dan malu. Korang nak air apa? Cappucino? Mocha ice blended? Nanti aku buat istimewa di hari lahir ku. Jemputlah makan. Jangan segan-segan. Walaupun gambar kek ni Cuma sepotong namun tetap kenyang jika aku yang hidangkan. Keh keh keh ...

Matang lagi setahun aku dan ... Jangan tanya soklan CEPUMAS tau sebab aku tak ada JAWAPANNYA. Hik hik hik ... Serius. Aku memang tak de jawapannya. Bukan memilih tetapi tak de sape yang aku temui di sini. Aku tetap dengan dunia aku sendiri. Puas hati? Daaa .... jumpa esok noo ... nana-nana dan mami-mami semua ... Mwahh!!

Saturday, February 23, 2008

Cara Saya Menggali Ilham ....

Bagaimana Anda Mendapat Ilham? Pertanyaan yang sering ditanyakan kepada mereka yang bergelar PENULIS. Here I come ... Begini Caranya Aku Mendapat Ilham. Setiap Penulis Mempunyai Cara Yang Berbeza dan Ini Cara Aku.


Pertama sekali, sebelum aku menghasilkan sebarang karya tiga tahun yang lalu ... aku membuat sedikit kajian tentang novel yang bagaimana akan mendapat sambutan di pasaran. Jadi, aku membeli seberapa banyak novel yang terlaris di beberapa penerbitan yang terdapat di pasaran untuk mengkaji corak penulisan mereka. Setelah mendapat ilham daripada pembacaan novel-novel mereka, aku membaca pula buku-buku yang memberi panduan untuk menulis novel. Setelah yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk menghasilkan novel yang pertama ... barulah aku mula mengorak langkah.

Sebelum memulakan sebarang cerita ... pertama yang penting sekali untuk menghasil karya ialah kita mesti tahu temanya yang akan kita persembahkan kelak. Tema adalah ketua kepada sesuatu karya untuk menghasilkan jalan cerita yang sepenuhnya. Setelah mendapat tema, kita mestilah tentukan watak-watak yang akan berlakon dalam novel kita. Berapa banyak watak yang harus ada dan siapakah mereka. Nama kepada watak dan perwatakan ini, anda boleh dapati dengan membuka buku panduan telefon ataupun di mana sahaja yang anda pergi dan melihat nama itu sesuai untuk novel anda. Nama juga adalah penting dalam sesuatu novel untuk menarik perhatian pembaca. Jika dilihat pada setiap novel aku, sudah pasti nama-nama yang aku guna jarang dilihat pada novel-novel orang lain. Jika ada pun nama yang serupa, itu cuma watak sampingan sahaja.

Kemudian, latarbelakang tempat sesuatu cerita yang akan dihasilkan juga penting sama ada di dalam negeri ataupun di luar negeri. Setiap novel, anda haruslah mencari latarbelakang tempat yang baru agar tidak stereotaip. Aku tidak menafikan, novel aku banyak juga berlatarbelakangkan tempat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tetapi Insyaallah ... dalam novel yang akan datang aku akan cuba lari daripada berlatarbelakangkan Pulau Pinang ataupun Kuala Lumpur. Aku memilih tempat-tempat ini adalah kerana aku lebih arif tentang lorong larahnya disebabkan aku berasal dari Pulau Pinang dan pernah belajar di Kuala Lumpur.

Setelah anda tentukan ketiga-tiga subjek di atas, kemudian barulah anda datang kepada intipati jalan cerita yang ingin anda persembahkan. Menghasilkan jalan cerita bukanlah mudah seperti yang disangkakan kerana anda harus meneliti bagaimana ia harus bermula, bagaimana ia mencapai tahap klimaks dan bagaimana ia akan berakhir. Aku juga kadang-kadang menghadapi masalah di bahagian ini kerana bermacam – macam dugaan yang terpaksa aku tempuh sebelum berakhirnya sesuatu cerita novel aku. Apa yang aku buat untuk mendapat jalan cerita keseluruhannya adalah dengan berangan dahulu untuk mencari ilham. Setelah mendapat ilham, aku akan berangan lagi untuk membina bab-babnya. Setelah bab-babnya aku bina, akan aku coretkan setiap bab itu ke dalam sebuah buku nota yang kecil. Kemudian sahaja, aku akan memperpanjangkan bab-bab itu dengan menaipnya di komputer dan juga memasukkan dialog-dialog serta jalan cerita yang telah aku fikirkan. Namun bukan mudah untuk menghabiskan sesebuah novel kerana di bahagian inilah anda akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang akan menguji tahap kesabaran anda. Hehehe ...

Cabaran – cabaran yang akan berhadapan dengan anda ialah kemalasan, kehilangan mood, keletihan ataupun ketandusan idea. Musuh kita yang paling utama yang akan mempengaruhi ketika kita menyiapkan novel adalah kemalasan, kehilangan mood pula akan datang setelah kemalasan menguasai diri kita ataupun jika kita diganggu ketika berkarya. Mood adalah penting untuk kita membina mood watak dan perwatakan kita dalam novel yang sedang disiapkan. Kadang-kadang, kita harus berlakon bersama-sama watak yang telah kita cipta untuk mendapat impak perasaan yang berkesan. Sebab itulah aku suka berkarya di waktu malam kerana pada waktu itu tidak akan ada sebarang gangguan yang akan menghalang aku daripada terus berkarya. Untuk menghadapi dengan kemalasan, kita harus menentangnya daripada menguasai diri agar kita dapat menyiapkan karya yang telah ditetapkan tempohnya. (Lagi pening jika didesak oleh penggemar karya kita yang inginkan buah tangan terbaru daripada kita. Hehehe). Jika kita ketandusan idea ... kita harus berhenti daripada mengadap komputer, dan lebih baik kita masuk tidur. Ketika hendak tidurlah ... kita harus berangan lagi akan jalan cerita yang seterusnya untuk cover balik idea yang hilang pada hari itu. Hanya dengan cara ini, anda boleh meneruskan cerita yang telah anda mulakan.

Selain itu ... jangan abaikan apa yang berlaku di sekeliling anda sama ada ia kisah berat ataupun ringan kerana ia juga boleh menjadi subjek kepada cerita yang sedang anda karang. Kadang-kadang, apa yang kita dengar dan apa yang kita lihat boleh juga menjadi bahan untuk karya kita. Adalah lebih baik jika kita berkarya melalui pena jiwa kita tanpa ada paksaan kerana jika kita terpaksa melakukannya, hasil yang didapati bukanlah sesuatu yang terbaik. Sebaliknya jika kita lahirkan karya itu dengan sepenuh hati dan daripada jiwa kita ... ia akan menjadi satu citra yang terindah. Mungkin anda boleh mulakan karya anda tentang apa yang berlaku disekeliling anda ataupun daripada perasaan anda sendiri. Bukan bertujuan untuk mendedahkan rahsia peribadi tetapi untuk memberi pengajaran kepada mereka yang lain agar mendapat iktibar daripada pengalaman sendiri ataupun kisah yang telah diceritakan kepada anda. Kadang-kadang, kita tak dapat meluahkan perasaan kita melalui mulut dan inilah masanya untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati melalui tinta. Bakat yang dikurniakan, jangan disia-siakan.

Yang paling penting untuk menghasilkan karya dan menyiapkannya adalah minat. Jika kita minat untuk ke arah itu, tiada siapa boleh menghalang kita walaupun pelbagai dugaan dan cabaran datang menghuni diri. Apa yang orang nak kata ... biarkan, yang penting kita gembira melakukannya. Ingatlah ... memang semua orang boleh menulis tetapi bukan semua orang boleh menjadi penulis ataupun pengarang. Jadi ... tunggu apa lagi? Ayuh! Mulakan langkah pertama anda untuk menghasilkan karya sendiri.

Selamat Berkarya untuk semua! Salamzzz!

Friday, February 22, 2008

Sejarah Bermulanya Kerjaya Penulisan Seorang Aku ...

Tahun 1990 - 1992

Pertama kali aku menulis menulis ketika aku berusia 13 tahun. Pada usia yang begini, aku cenderung memilih genre puisi untuk mengasah bakat aku. Aku menulis puisi untuk suka-suka. Kadang-kadang, aku menulis untuk mengekspresikan perasaan aku pada teman-teman sekolah dan juga teman-teman sekelas sama ada perasaan gembira, menghargai mereka ataupun marah.

Aku tak betah untuk memarahi mereka secara berdepan kerana itu bukan sikapku. Hanya melalui puisilah luahan perasaan hati aku untuk semua bentuk perasaan yang membuku di dada. Kadang-kadang sikap pendiamku juga memudahkan orang untuk membuli diri ini tapi aku tak reti hendak memberontak. Sekali lagi puisi menjadi tempat untuk aku melepaskan segala pemberontakan di jiwa. Pada usia aku 13 – 15 tahun ... aku menulis kerana minat.


Tahun 1993 - 1994

Pada usia aku yang menjangkau 16 tahun, aku masih lagi cenderung memilih genre puisi untuk meneruskan minat dan bakat penulisan yang telah sebati dalam diri ini. Namun, pada tahun ini ... aku mendapat sokongan daripada seseorang untuk mengasahkan lagi bakat yang ada dalam diri ini. Dialah orang yang bertanggungjawab untuk membentuk aku terus gah berdiri dalam bidang ini. Dialah yang membawa aku menerokai dunia penulisan yang berlainan genre selain puisi. Dialah segala-galanya bagi aku. Dan dialah ... Guru Kesusasteraan Melayu aku – Puan Qanaah.

Jika bukan dia yang menyindir kelas kami, aku tidak mungkin sedar akan bakat penulisan yang besar yang tersemadi di dalam diri ini. Kata-katanya yang aku ingat sampai kini dan terus menyuntik perasaan ingin mengarang ialah :

“Kamu ni ... nama saja pelajar kelas sastera tapi tak ada satu pun karya daripada kelas kamu. Kamu tengok ... pelajar kelas sains juga boleh menulis puisi dan memenangi hadiah, kenapa kamu tidak boleh? Buat malu muka saya saja pelajar saya selama ini tidak pernah menghasilkan sebarang karya. Kamu ni bukan sahaja sombong ... malah bodoh sombong! Cubalah kamu menghasilkan karya dan hantar kepada saya. Saya akan tengok dan nilaikan, kemudian saya akan hantar karya kamu ke mana-mana yang patut.”
Dengan berbekalkan perkataan bodoh sombong, aku bangkit menunjukkan kehebatan diri kerana aku terasa kata-katanya sampai ke tulang hitam dan juga tercabar. Karya puisi pertama aku yang tersiar dalam majalah Mutiara Bahasa (yang diedarkan untuk semua sekolah menengah di Pulau Pinang sahaja) berjudul Roda Kehidupan. Aku dapat lihat bertapa bangganya guru aku itu setelah cabarannya aku sahut. Kemudian, aku beralih arah kepada genre skrip drama. Banyak juga skrip drama yang aku hasilkan untuk pertandingan sekolah walaupun tak menang. Satu lagi kebolehan yang aku dapat dalam diri ini Sejak daripada itu, banyak puisi yang telah aku hasilkan dan hantar ke beberapa penerbitan walaupun tidak terbit.

Pada usia aku 17 tahun, puisi cinta pula yang menjadi pilihan hati ini walaupun aku tidak pernah bercinta. Puisi cinta aku yang agak puitis pada zaman itu, membuatkan rakan-rakan aku tidak percaya bahawa aku tidak pernah dilamun cinta. Kata mereka bagaimana aku menghasilkan puisi cinta sedangkan aku tidak bercinta. Kata mereka lagi, hanya orang yang bercinta saja mampu menghasilkan puisi cinta yang puitis sebegini. Suka hati merekalah hendak percaya atau tidak ... yang nyata aku memang tidak pernah dilamun cinta.

Semasa menunggu keputusan SPM diumumkan, aku mula menerokai satu lagi genre penulisan iaitu cerpen. Pertama kali menghantar cerpen ke Majalah Seleksi untuk satu pertandingan (tak menang) ... ia tersiar. Punyalah seronok hati ini tidak terkata. Cerpen aku berjudul Mengerti. Kemudian, aku mula menulis beberapa cerpen lagi. Satu lagi bakat yang aku temui dalam diri ini.


Tahun 1995 - 1996

Pada usia aku melangkau ke 18 tahun, aku mula aktif dengan Rakan Penulisan yang dianjurkan oleh Rakan Muda. Semasa menghadiri sesi latihan ini, aku banyak terdedah dengan cara-cara penulisan yang betul. Assigment yang aku hantar telah melayakkan diri aku dan rakan sekolah Khairul Hazlina untuk mengikuti seminar kebangsaan yang dianjurkan oleh Rakan Muda. Seminar ini berlangsung selama seminggu di Rumah Gapena, KL dan juga Muara Sungai Duyong, Melaka. (Seronok tau!)

Semasa mengikut seminar inilah aku lebih banyak terdedah dengan teknik penulisan dan mendapat ramai kenalan daripada seluruh pelosok negeri Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Di sini juga telah mempertemukan aku dengan Dr. Othman Puteh, Professor Madya Rahman Shaari dan beberapa orang penulis yang telah mencipta nama lagi. Banyak juga ilmu yang aku dapat daripada mereka. Dan telah membakar semangat aku untuk terus berkarya.

Pada usia 18-19 tahun inilah buat pertama kalinya karya aku genre puisi dan cerpen tersiar dalam majalah Dewan Siswa. Memang aku rasa gembira sekali. Dan bertambah bangga apabila aku memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat (HSSBR) dalan genre puisi selama dua tahun berturut-turut. Akhirnya penat lelah aku dalam dunia penulisan berbaloi. Alhamdulillah. Inilah detik kemenangan yang tidak dapat aku lupa buat selama-lamanya. Bertambah gembira apabila mama aku turut menyokong dalam kerjaya baru aku ceburi ini.

Pada tahun 1997, aku dijemput untuk menghadiri Minggu Penulis Remaja(MPR) yang dianjurkan oleh DBP. Bukan semua yang boleh menyertai minggu ini kerana hanya mereka yang terpilih sahaja yang layak menyertai minggu ini. Sementara menunggu keputusan STPM keluar, aku turut menyertai bengkel ini. Lebih banyak ilmu yang aku cedok dalam bengkel ini dan aku menjadi popular sekejap. Hehehe ... sesuatu yang tidak pernah aku bayangkan. Di sinilah bakat sebenar aku terserlah. Dan di sini juga aku mengenali Sasterawan Negara Abdullah Hussein yang banyak memberi kata perangsang kepada aku. Aku bertambah ghairah untuk berkarya. Namun, setelah aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam ... kerjaya penulisan aku terhenti seketika kerana kesibukkan kuliah dan assigment tidak mengizinkan aku berkarya. Walaupun, begitu ... aku curi-curi jugak berkarya dalam genre puisi tetapi lebih merupakan luahan hati pada seseorang. (Siapa? Hehehe ... Biarlah Rahsia!)


Tahun 2003 hingga sekarang

Lama juga aku berhenti daripada mengarang dan kemalasan mula menjalar di dalam diri kerana sudah lama aku tidak memerah otak dan memegang pena. Aku ingin menulis novel tetapi tidak yakin dengan diri sendiri membuatkan aku lupakan hasrat itu. Namun, aku bangkit semula setelah dibambu beberapa kali oleh Pakcik aku yang bernama Ismail Hj Hashim. Pedih telinga aku ni mendengar leteren dia setiap kali berkunjung ke rumah. Namun, ada juga kebenarannya kerana sia-sia sahaja aku memiliki bakat besar dalam penulisan jika aku tidak menggunakannya. Berbekalkan dengan leteren itulah, aku mula mencari novel-novel yang terlaris di pasaran untuk melihat corak penulisan mereka sehingga membuat novel mereka digemari ramai.

Lama juga aku membuat penyelidikan sebelum menghasilkan novel sendiri. Pada setiap penerbitan yang aku ingin hantar karya aku ... aku membeli beberapa buah novel mereka untuk melihat stail penulisan penerbit itu. Setelah yakin dengan diri sendiri maka aku mula mengarang dan terhasillah novel pertama aku yang Berjudul Di Kala Cinta Terdetik (DKCT). Oleh kerana novel ini tidak cukup muka surat, maka aku diarah untuk membuatkannya semula. Dan novel kedua aku – Dambaan Pilu telah diterbitkan dahulu menyebabkan ia menjadi novel pertama di terbit daripada DKCT. Sejak daripada itu ... aku tidak senang duduk jika tidak mengarang. Tambahan lagi mengenali beberapa orang penulis yang membuat aku sering bersaing dengan mereka dalam menghasilkan karya. Bagus bersaing ni ... kerana ia membangkitkan semangat untuk berkarya.

Itulah bermulanya sejarah kerjaya aku dalam bidang penulisan ....

Thursday, February 21, 2008

Ruang Promo Novel Ku ...

Assalammualaikum semua ....
Saya ni nak khabarkan pada anda semua yang Ruang Promo Novel saya yang kosong kini sudah terisi. Sudi-sudikanlah menjenguk ye ...
Tu jelah buat masa ni ... tak ada topik ler nak update. Hehehe ... nanti saya fikirkan ye tapi kali ni just nak war-warkan dulu.
Daaa

Monday, February 18, 2008

Happy Birthday Pu3Chempakabiru


Sweetie ... tak ada apa yang boleh aku lakukan sekadar mengucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga tabah dalam mengharungi hari-harimu yang mendatang. Walaupun lambat, tapi aku tetap ucapkannya di sini.


18 February - Tarikh keramat untuk seorang teman yang sentiasa memahami diri ini dan menyambut hari lahirnya. Semoga bergembira. Abadikan pemberian aku sebagai penghibur hatimu yang duka. Sayang hang!

Saturday, February 16, 2008

Kini Aku Kembali ... Menggegarkan Anda ...



Hai semua ... Assalammualaikum. Kini aku kembali dengan berwajah baru dan meninggalkan yang lama yang penuh dengan duka.

Seperti tahun sudah, tahun ni (di awal tahun) aku nak kasi gegarrrr di pesta buku dengan kemunculan Insya-Allah 3 buah novel aku yang terbaru dan mungkin sebuah novel kanak-kanak buah tangan daripada aku yang pertama. Maju setapak lagi. Yang mana ada anak-anak, bolehlah dapatkan novel kanak-kanak daripada aku. Yang mana tak ada anak, boleh juga mengembalikan zaman kanak2 anda dengan membaca novel aku. Keh keh keh ...

Walaupun begitu, aku tak pasti lagi novel seram aku yang pertama akan diterbitkan atau tidak pada pesta buku kali ini. Aku masih lagi menanti jawapannya. Entah bila penantian aku akan berakhir.

Yang satu lagi novel cinta tragis yang mengisahkan kasih sayang seorang insan yang bernama Haifa Hezzy kepada sesama insan, keluarga dan sahabat, kemungkinan besar akan diterbitkan di pesta buku bulan April nanti. Dalam novel ini, aku mengangkat tema pengorbanan insan yang bernama Haifa Hezzy kepada sesama insan, keluarga dan juga sahabatnya. Bukan semua yang mampu menjadi setabah Haifa Hezzy apabila cintanya terpaksa diserahkan kepada orang lain demi kebahagiaan mereka yang disayangi. Bergelumang dengan air mata ? Mungkin. Khabarkan pada aku jika novel ini mampu menitiskan air mata anda. Komenkan pada aku jika novel ini tidak meninggalkan kesan kepada jiwa anda. Aku kini lebih bersedia untuk menerima segala rencah kritikan walaupun kritikan itu berbisa. AKu kini bukan novelis yang dulu kerana aku kini lebih matang menentang arus kehidupan. Dan aku juga akan lantang bersuara jika ada yang tidak memuaskan hati aku. Maaf dipohon jika kata-kata aku kelak bisa mengguriskan hati anda dan inilah aku. Terimalah aku seadanya.

Satu lagi novel aku kemungkinan besar juga akan diterbitkan, mengisahkan pengorbanan seorang gadis yang bernama Irene Darvinna demi memenuhi permintaan seseorang pada jangka hayatnya diambang maut. Dia sanggup mengahwini lelaki sebaya dengan bapanya demi kasih sayangnya kepada anak-anak lelaki itu walaupun anak bujang lelaki itu menaruh hati kepadanya. Kisah cinta anak tiri kepada ibu tiri yang masih muda dan hampir sebaya. Bagaimana kisah seterusnya, nantikan kemunculan novel ini. Muaahhs. Tapi tak tahulah sama ada novel-novel terbaru aku kali ini dapat memenuhi citarasa anda ataupun tidak. Berbeza manusia berbeza citarasanya. Harap2 dapat memuaskan hati.

Itu je buat kali. Hingga ketemu lagi yaa ... daaaa

Thursday, February 14, 2008

Di Mana Hendak Ku Cari Lagi?






Hmmm Inilah dilema aku. Di mana aku nak cari lagi teddy bear yang berwajah Goku San ni? Dah puas aku menjelajah di seluruh supermarket tapi patung hero anime kesayangan aku ni masih tidak ku temui. Tak kan lerr aku nak ke Jepun baru boleh miliki patung kegilaan aku ni? Ada cadangan tak korang? Penat dah kaki ni mencari. Ish ... ish .... ish ...



Kenapa aku minat sangat dengan hero anime ni. Jawapannya: Goku San merupakan seorang jejaka yang lurus, berperwatakan menarik, jujur, kuat dan boleh di harapn menjadi pelindung kepada sesiapa yang berada bersama-sama dengannya. Sebab itulah aku suka dengannya dan jika boleh, aku juga inginkan seorang suami yang penyayang dan boleh menjadi pelindung sepertinya. Mudah-mudahan. Insya-Allah.


Satu lagi pencarianku adalah patung Gremlins Gizmo ni. Hari tu ada pergi ke Toy Muzium dengan Kak Hana Afiza tapi dorang tak jual la patung-patung ni. Frust je aku sebab tak ada gift shop. Kalau ada kan senang, dah dapat patung2 yang aku idam-idamkan. ISKHH ...


Haaa ? Apa yang korang mengutuk aku tu haa? Korang cakap aku budak2 ye? Tak kisahlah apa pun yang korang nak cakap, janji aku suka dengan apa yang aku lakukan. Umur biar tua asalkan hati masih remaja. Wahh ... gitu prinsip aku. Keh keh keh ...
Daaa ... jumpa lagi dilain lembara. Mwaaahh!!!

Wednesday, February 13, 2008

FERERRO ROCHER - MMMM


Hmmm .... yum yum yum .... kalau korang nak tahu antara banyak-banyak cokelat, inilah cokelat utama kegemaran aku. Rasanya .... hmmmm, tak terkata dengan lidah. Aku memang gile dengan cokelat ni. Kalau pi Langkawi, cokelat ni ler yang aku borong. Tak tertahan melihatnya lalu ku ambil sebiji dan ku masukkan ke dalam mulut. Ya Allah ... rasanya mencair di atas lidah ku. Sedapnya tak terbilang. Ish ... ish ... ish ...


Haa? Kenapa? Terliur ke? Sorry ler beb, memang saja pun bagi korang terliur. Kah kah kah. Tapi ... Ya Rabbi ... kalau dapat cokelat ni, aku dah toleh kiri mahupun kanan. Pakwe lalu pun aku tak pandang. Hehehe ...


Aku nak beli bunga untuk korang rasanya macam tak mampu, jadi aku hadiahkan Ferrero Rocher sebagai hadiah di hari kasih sayang aku untuk korang semua. Korang sayang aku tak? Sayang laaa ... (eee .... tak malunya budak ni, kata korang.) Aku menjawab: Suka hati lerrr ... keh keh keh.



Ingat Aku ... Ingatlah FERERRO ROCHER! Hmmm I LIKE! Daaaa ....

HAPPY VALENTINE U ALL!

Assalammualaikum untuk semua para pengunjung blog aku yang terkini. Bukan aku bertujuan untuk mengagung-agungkan hari Valentine tetapi aku sekadar ingin bersukaria dan tak lebih dari itu. Oleh itu, untuk mereka yang sudi menjengah blog aku ini, bersama-sama ruang rindu ku bukakan hari VALENTINE untuk semua pengunjung yang aku sayangi.


Harap-harap kasih sayang anda tidak pada 14 February sahaja tetapi untuk semua hari-hari yang mendatang. Anggaplah setiap hari adalah hari kasih sayang untuk anda menitip kasih dan sayang anda pada orang yang teristimewa di dalam hidup anda terutama sekali keluarga anda.

Maka dengan ini aku mengumumkan kasih sayang aku pada korang semua adalah selalu dan sentiasa. Ambillah cintaku sebagai penyemat di dalam hati semua yang sudi menjengah di sini dan dijadikan ubat penenang jiwa. Keh keh keh




LUV YA! HAPPY VALENTINES! MUAAHHSSS!!


Monday, February 11, 2008

Carnation/Teluki Bunga Kegemaran Ku - Ditag Oleh Najwa Aiman dan Opah De

Ni la antara bunga yang aku suka. Malas nak buat tesis panjang-panjang macam si Najwa Aiman tu.


Opah De ... harap2 berpuas hati lah ye.



Peach Carnation


Rose & Yellow Carnation



Rose & White Carnation




Purple & White Carnation

Di Tag Oleh John Norafizan

8 fakta/apa-apa sahaja tentang aku?

Peraturan permainan ini jelas memberitahu ‘Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves’

Jadi aku akan memberitahu fakta yang berkenaan dengan dunia penulisanku.

1. Aku sebenarnya bukan ulat buku!
– Benar. Tak percaya? Korang kena percaya jugak. Walaupun bukan ulat buku tapi aku memang suka baca novel. Tak kira apa jua genre aku pulun baca asalkan novel tu dapat menarik minat aku.

2. Inspirasi
– Inspirasi aku untuk menghasilkan sesebuah novel adalah: Mata – melihat, Telinga – mendengar, Mulut – bertanya, Tangan – Menulis & Otak – berfikir. Mudah kan?

3. Pelbagai Genre
– Aku ingin mencapai impian aku untuk menghasilkan pelbagai genre dalam setiap novel terbaru aku dan tidak tertumpu pada novel cinta sahaja. Aku ingin menjadi seorang novelis yang serba boleh dan tidak tertakluk pada satu title sahaja. Aku tak ingin digelar penulis novel cinta, seram, thriller dan sewaktu dengannya tetapi Novelis Serba Boleh.

4. Novel adalah Hiburan
– Inilah hiburan aku semasa aku kesepian, kesunyian dan masa santai. Aku tidak suka melepak di luar melainkan di dalam rumah dan membuat sesuatu yang aku suka. RumahKu SyurgaKu.

5. Aku suka menulis sampai jauh malam
– Kerana idea akan semakin melimpah ketika waktu beransur dinihari. Kini dengan adanya laptop sendiri, lebih asyik aku menulis sampai jauh malam.

6. Manuskrip Pelbagai Genre
– Insya-Allah akan menemui anda di Pesta Buku kelak. Tidak kiralah tahunnya. Hehehe

7. Mood
– Ya Rabbi … kalau mood malas aku ni dating, memang malas aku nak mengarang. Kalau tak dipaksa, boleh sampai berbulan malah bertahun aku tak kan mengadap computer. So, moral of the story, aku sering memaksa mood dengan memujuk diri sendiri untuk menyiapkan sesebuah manuskrip.

8. Bercuti
- ke tepi pantai, ke pulau, dan ke mana-mana sahajalah yang boleh memberikan inspirasi pada aku untuk melakarkan keindahannya di dalam novel terbaru aku.

P/S: John, puas hati ke selepas saya jawab tag ni? Letih tau main kejar2. Huh!

Di Tag Oleh Sis Jijotisme

Nah Kak Jijo … kita dah jawab. Utk Abang Najwa Aiman. Nantilah kita jawab. Very The bz ni. Hehehe …

1.Name one person who made you laugh last night?
Hana Afiza my Friends

2. What were you doing at 0800?
Typing my new novel

3. What were you doing 30 minutes ago?
Membersih diri.

4. What happened to you in 2006?
2006? Banyak sangt yg berlaku dlm tahun ni. Tak mahu ingt lg. Amat menyiksakan.

5. What was the last thing you said out loud?
Ntah. Cant remember. Keh keh keh

6. How many beverages did you have today?
1 je.

7. What color is your hairbrush?
Orange..

8. What was the last thing you paid for?
Kasut.

9. Where were you last night?
Duduk umah je.

10.What color is your front door?
Koko

11.Where do you keep your change?
Dalam purse

12.What's the weather like today?
Panas terik

13.What's the best ice-cream flavor?
Coklat…slurp..

14.What excites you?
Duduk melepak kat tepi laut atau sungai sambil berangan.

15.Do you want to cut your hair?
Tak nak. Dah jemu rambut pendek.

16.Are you over the age of 25?
Lagi duapuluh tawon baru 25. hahahahaha………..

17.Do you talk a lot?
No.

18.Do you watch the O.C.?
Nope, tapi saya lebih suka FOC, hehehe…

19.Do you know anyone named Steven?
Tak taulaaa

20.Do you make up your own words?
Hmmm? Pk jap

21.Are you a jealous person?
Ya, tertakluk pada apa, pada siapa.

22.Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Ramai woo… Alina, Alyze, macam2 ada…mwahhh

23.Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Kamariah (Along bilik 202. Miss U so much)

24.Who's the first person on your received call list?
Mama

25.What does the last text message you received say?
'Abby, masuk blog bib jap… '.

26.Do you chew on your straw?T
ak penah pulak. Sedap ke?

27.Do you have curly hair?
Ye ye.. Saya mengaku…Tapi dah buat teknik rebonding. Keh keh keh

28.Where's the next place you're going to?
Tak ke mana2 laaa… Uwaaa

29.Who's the rudest person in your life?T
ak ingat kalau penah jumpa.

30.What was the last thing you ate?
Limau Raya Cina..manis pulak rasanya.

31.Will you get married in the future?
YES. Sebab sekarang masih single lagi. hehehe

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Echanter (Betul ke ejaan ni? Hehehe)

33.Is there anyone you like right now?
Yg disukai, ramaiiii.. Yg teramat amat disukai... Biarlah Rahsia.

34.When was the last time you did the dishes?
Ptg tadi.

35.Are you currently depressed?
Mana ader…

36.Did you cry today?
Biarlah rahsia

37.Why did you answer and post this?
Laa…dah di tag, saya jawablah.. Kang kecik ati lak..isy.

38.Tag 5 people who would do this survey

1. NAJWA AIMAN (PANDAI2 TAG AKU LAGI)
2. JOHN NORAFIZAN (DAH LAMA TAK TAG MAMAT HENSEM NI.)
3. RAFISHAH (SEBAB DIA TAG AKU LAGI.)
4. ALYZE (DAH LAMA AKU TAK BERBLOG. RINDU NAK KENAKAN DIA. KEH KEH KEH)
5. BIKASH (SEBAB DIA BEST WRITER YANG AKU MINAT)

Gantung - Melly Goslaw


ku harus menemui cintaku
mencari tau hubungan kita
apa masih atau tlah b’akhir

kau menggantungkan hubungan ini
kau diamkan aku tanpa sebab
maunya apa, ku harus bagaimana


reff:
kasih…
sampai kapan kau gantung cerita cintaku
memberi harapan
hingga mugkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu
detik-detik waktupun terbuang
teganya kau menggantung cintaku
bicaralah biar semua pasti


intro
back to (^) … reff

gantungnya hubungan cinta denganmu
membuatku sakit
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu





LUAHAN HATI :


Assalammualaikum kepada awak yang berkenaan. Maafkan saya kerana terpaksa mencoretkan coretan ini. Bukan niat saya untuk menggugatkan perasaan awak tetapi sekadar untuk memberitahu.




Awak … seandainya saya bersalah, maafkan saya. Namun, jangan GANTUNGKAN kasih dan harapan insan yang amat mengharapkan awak disisinya. Dia memerlukan awak dan amat merindui awak tika dan saat ini. Baginya, awaklah syurga dia kini. Mungkin awak tidak sedar tapi itulah hakikat yang terpaksa awak terima. Awak, berilah kata putus agar penantiannya tidak menjadi satu penantian yang sia-sia. Jangan gantungkan dirinya lagi dengan cinta yang awak sendiri berikan padanya dan janjikan padanya.

Sekiranya awak tidak dapat menerima kehadirannya kerana awak terhutang budi pada saya, di sini, hari ini saya lepaskan awak daripada segala rasa terhutang budi itu. Anggaplah saya tidak pernah menabur budi pada awak dan tidak pernah cakap apa-apa. Anggaplah kejayaan awak hari ini kerana usaha gigih awak bukannya kerana apa yang telah saya nasihatkan kepada awak mahupun sokongan saya pada awak. Di sini juga saya leraikan sebaris nama awak yang pernah menjadi mungkin TEMAN TAPI MESRA saya.

Awak … saya tahu dendam awak pada wanita tidak pernah surut ataupun terlerai, malah semakin hari semakin bercambah kerana rasa kecewa yang pernah awak alami suatu waktu dahulu, namun janganlah kami yang bergelar WANITA menjadi mangsa awak untuk selama-lamanya. Sekurang-kurangnya, awak kena bukakan ruangan hati awak untuk menerima kehadiran cinta baru dan yakin pada cinta itu dan awak akan lihat KEBAHAGIAAN menanti awak di sana. Berilah peluang pada dirinya yang ingin membahagiakan awak.

Usah pedulikan diri saya kerana saya tahu hendak mencari kebahagiaan saya sendiri walaupun saya tidak pasti dimanakah kebahagiaan itu berada kini. Namun, saya yakin dengan Qada’ dan Qadar Allah SWT yang akan menemukan saya dengan kebahagiaan saya sendiri. Insya-Allah.
Awak tahu siapa Awak dan Sesiapa sahaja yang boleh menjadi AWAK yang saya maksudkan disini. Namun jangan paksa saya untuk memberitahu siapakah Diri Awak itu kerana awak sendiri patut tahu siapakah awak.

Maafkan saya kerana mengambil jalan ini untuk menyedarkan awak. Sedarlah bahawa di antara kita tidak mempunyai JODOH dan tidak akan mempunyai JODOH kerana itu adalah Ketentuan-NYA. Berilah peluang itu kepada yang selayaknya. Maafkan saya sekali lagi. Maafkan saya.

Sunday, February 10, 2008

HANYA DIKAU - DARI MEJA PEMBACA II

ketiga3 buku ni reen minat ceritanya. Tgh baca Hanya dikau.. critenye memang buat lucu.. tersengih sorang2 bila baca... tengah baca ni pun x sbr lak nak baca Bila Hati Berbicara ni...’
~babyz~

‘Kene beli Hanya dikau n bila hati berbicara..tapi buku buku ni blom smpai kat Brunei la..yg sampai hanya 2 buku Alaf21 yg terbaru tu..buku Izzul Izzati pon blom ader lagi..’
~~Aaliyah Rayyana~~188 foreva...


‘best ye cite dia reen?...tak leh jadi nie ..mesti nak bila gak nanti..’
~Jgn bermimpi mencari teman secantik BALQIS jika diri tak seindah SULAIMAN..Jgn mengharap teman setampan YUSUF jika kasih tak setulus ZULAIKHA..Tak perlu menjadi seteguh IBRAHIM jika diri tak sekuat SARAH...Jgn didamba teman seistimewa KHADIJAH jika diri tak sesempurna MUHAMMAD ..~


‘seronok bila baca. Adegan lawak dia hidup... bila menyampah, menyampah dan geram sangat pada watak lelaki ego tu...”
~Babyz~


‘Reply #288 syrzreen's post
ha'ah...reen dah habis baca hanya dikau?..camner best tak?..hepi ending ker?...’
“masih tengah baca lagi... tebal gak, 640 muka surat.. boleh tahan citeni... dah nak habis nanti syrzreen cite balik pada aprilsnow..’

‘ Sy baru beli novel dr Prima.. tajuk tak ingt.. novelis nya ebriza tu.Kau milikku kut.. ish!’
~am whut i am!~
‘wow ebriza ada novel baru ngan Buku Prima yer...mesti best kan? teruja nak membacanya... Gepren leh bagi komen tak?’

~Bila ku rasa rindu..kusebut namamu..Bila ku rasa sunyi kutatap wajahmu...ahakszzz~

‘novel ebriza dgn prima..hanya dikau.. ye yg gepren maksudkan?kau milikku tu pitteriah abdullah penulisnya.. ni mesti kes dah baca banyak sangat buku ni sampai terkonpius..’

~"..when you live every day with all your heart then you can be happy ever after..even if it's only a short time.." ~ Virginia (The 10th Kingdom)~

‘kiter dah beli HANYA DIKAU (Ebriza Aminnudin) dan BILA HATI BERBICARA (Antasya Balqis)...memang best... Hanya Dikau tu berkisar tentang kisah Ira Fashua dan Erze Zullis yg asyik bgaduh jer...last2 jatuh cinta...kira cam comedy romantic la...Bila hati berbica lak tgh baca...tapi memang tak menghampakn novel2 keluaran BUKU PRIMA nie..cuma ada kat sesetengah kedai jer...itu yg tak best tu...tak semua novel2nya ada kat kedai.’
~Bila ku rasa rindu..kusebut namamu..Bila ku rasa sunyi kutatap wajahmu...ahakszzz~

Saturday, February 9, 2008

HANYA DIKAU - DARI MEJA PEMBACA


25-7-2007 08:57 AM polar
Bila Hati Berbicara (Buku Prima) - Antasya Balqis 4 1/2 bintang :D Hanya Dikau (Buku Prima) - Ebriza Aminnudin 4 1/2 bintang :D Rahsia Hatiku (Alaf 21) - Maria Alina 3 bintang
Aku suka lak baca Bila Hati Berbicara, kisah lelaki jutawan yg terlalu ego dan memilih calon isteri kerana pentingkan darjat. Bila bertemu dgn pompuan yg tinggal kat rmh setinggan, dah jatuh hati tapi cuba tapiskan perasaan sukanya tu hanya krn darjat. Krn dicabar rakan, dia perangkap wanita itu melalui perkahwinan terpaksa. Plot ceritanya menarik. Best.:loveliness:
Hanya dikau pun best gak.. Hanya kerana Ira Fashua ni terpijak kaki Erze Zullis di lapangan terbang, Erze Zullis marah sgt krn wanita ini langsung x minta maaf. Si Ira Fashua pulak bencikan lelaki sebab peristiwa pahit di zaman silam. Tanpa diduga, si lelaki ni kenalan kpd suami sepupunya. Pantang bertemu pasti bergaduh sehingga menular perasaan benci di hati masing2. Dlm diam Erze Zullis menyukai Ira Fashua yg lebih dua drpnya. Ira Fashua pulak dah mula suka seorg usahawan cina. :loveliness: citeni byk kisah lawak. Tgh2 lawak ada gak sedihnye... plot cite pun teratur..

25-7-2007 11:13 AM jujun
Reply #735 polar's postfuh polar ni la aku suker.......aiseh cm best je buku2 nismua tu hepi ending ke?;)

25-7-2007 11:20 AM jujun
Reply #733 cheduk's posttu lah cheduk, ari tu baca sikit kat umah kwn, tengok2 best so beli la untuk koleksi.....;)

25-7-2007 11:49 AM polar
[quote]Originally posted by [i]jujun[/i] at 25-7-2007 11:13 AM [url=http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=16984685&ptid=189831][img]http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url]fuh polar ni la aku suker.......aiseh cm best je buku2 nismua tu hepi ending ke?;) [/quote]ha ah, semua hepi ending... tu yg wat bebunge je.. bila abis baca..

Percutian Di Tempat Sendiri

Assalammualaikum dalm salam sejahtera semua ... yuhuu.
Kini aku kembali berblog sesudah lama aku meninggalkan aktiviti mencatat diari harian di kamar ruang rindu. Hehehe ... Jangan marah haaa ...
Bermula daripada 7-8 Februari yang lalu, member seUiTM aku, Hana Afiza datang bercuti ke sini dan bermulalah tugas baru aku sebagai pemandu pelancong. Penat juga kaki berjalan teapi aku puas kerana dapat membawa tetamu dari sebarang melawat tempat aku sendiri. Korang nak tahu ... Ya Rabbi ... rupa-rupanya aku sendiri tak tahu ada tempat yang begitu indah untuk dilawati. Ye lah, selama ini pun yang aku selalu bawa tetamu-tetamu aku cumalah ke Bukit Bendera, Kek Lok Si Temple, Taman Rama-rama, air terjun & Padang Kota Baru/Lama. Tu je. Tapi kali ni dah banyak destinasi perlacongan di Pulau Pinang yang dibuka dan aku sendiri orang Pulau tidak perasan akan kewujudn destinasi indag itu. Malunya aku .... Keh keh keh ... Nak buat cemana? Asyik terperap di bilik mengadap komputer jek untuk memuaskan hati para pembaca novel aku dan aktiviti penulisan yang semakin banyak sehingga tidak cukup tangan dan masa untuk aku menyiapkannya sehingga bulan October nanti. Jadual aku terlalu pack tapi selama dua hari itu, aku merayap dengan sepuas-puas hati sehingga kaki aku dan Kak Hana bengkak. Kah kah kah. Padan muka kami!
Destinasi baru yang kami lawati selain destinas lama ialah Toy Muzium, Kota Conwalis, The Spice Garden ( Tak sempat nak masuk sebab ingatkan tak ada apa, tapi adik laki aku cakap best ooo ... next week baru nak gi dengan dia.) & War Muzium.
War Muzium ni memang best giler dan terada adventurenya. Tak rugi bayar RM15 kerana apa yang terdapat di dalamnya tidak dapat dibayangkan macam jungle tracking. Ada kelainan muzium ini daripada muzium2 yang lain. Anda akan merasa sendiri bagaimana pengalaman orang zaman Jepun dulu memasuki lorong sempit, kemudian terpaksa melarikan diri dengan pintu rahsia dari bawah tanah untuk mengelakkan diri bertembung dengan komunis. Anda yang datang ke sini, jangan lupa melawat War Muzium. Memang seperti betul berada di zaman peperangan dahulu kala. Wa cakap lu. Percayalah.
Toy Muzium pun ok gak - banyak koleksi patung daripada seluruh dunia. Yang paling best Goku San dari Dragob Ball pun ada gak tapi sayangnya dorang tak de buat souvenir gift, kalau tak boleh aku sambar patung Si Goku San & Gremlins. Ish ..... Datang tau jangan tak datang. Rugi. Waa ... menjelaskan korang gitu. Hehehe ... Nasiblah ...
Taman rama-rama lagi best sebab sekarang dorang dah lepaskan rama-rama berterbangan sendiri. Sempat juga bergambar dengan rama-rama yang berada di atas tangan. Satu pengalaman yang indah dan aku yakin Kak Hana juga begitu.
Nanti aku postkan gambar2 percutian aku dengan Kak Hana di tempat sendiri (macam kelakar je kan?) di sini sesudah Kak Hana emailkan aku gambar2 kami berdua. Aku terlupa nak bawa kamera. Tu ler pasal kena guna kamera Kak Hana, macam aku pun melancong jugak. Keh keh keh ... Tunggu tau. Daaaa

Thursday, February 7, 2008

Perpindahan Yang Semestinya Ku Relakan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua pengunjung blog Ebriza Aminnudin. Tak sangka ye, akhirnya aku membuat keputusan yang amar sukar ini dengan berpindah ke rumah baru.

Sebenarnya tidak terlintas di hati aku ingin berpindah tetapi memandangkan aku tak boleh access blogdrive dari rumah mahupun dari Office membuatkan aku terpaksa bertukar blog. Jadi dalam erti kata yang lain, aku terpaksa merelakan perpindahan ini. Aku Cuma dapat masuk blogdrive pun dari rumah auntie aku. Tak kan lah nak pergi rumah mereka setiap hari, kan … letih maaa … Lagipun aku tidak mempunyai banyak masa untuk ke sana setiap hari. Dengan perpindahan ini legalah sikit sebab aku boleh access pada bila-bila masa aje.

Walaupun demikian, rumah baru ni belum siap lagi. Sekarang tengah packing dalam kotak segala maklumat aku dari blogdrive untuk dimasukkan ke blogspot. Keh keh keh … Slow-slow la aku nanti kemaskinikan blog spot ni dan ternyata blog ini akan menjadi lebih canggih dengan adanya bantuan daripada rakan2 seperti Pokcik Mersik (Si Novelis Dol Leman), Pu3ChempakaBiru(Bakal novelis popular, hehehe … jangan marah haa sweetie. Ntah bila ler impian aku ni kan menjadi kenyataan) serta yang lain-lain.

Hmm … cukuplah coretan aku sampai di sini dulu kerana aku ingin mengemaskinikan rumah baru aku dan GONG XI FA CHAI untuk semua yang menyambut tahun baru cina. Mwaahh… Sayang korang. Sesangat.