Tuesday, February 24, 2009

Penulis Dan Dunianya ....

myspace icons
Benarkah penulis hidup dalam dunianya sendiri?

myspace icons


Jika difikir-fikirkan, memang benar kenyataan ini. Sekiranya penulis sudah memulakan sesebuah manuskrip baru, dia memang hidup dalam dunianya sendiri. Dunia yang penuh konflik, dunia yang penuh sandiwara, dunia yang penuh kekejaman, dunia yang pebuh kepalsuan, dunia cinta tiga segi, dunia peperangan, dunia khayalan, dunia keseraman dan sebagainya iaitu dunia yang sebagaimana yang diingini oleh hati penulis itu sendiri.

Penulis boleh mengembara ke mana saja atau mewujud tempat yang sememangnya tiada mengikut apa kata hati penulis. Sememangnya tiada had untuk mencipta dunia-dunia yang tidak berada di alam nyata. Oleh itu, pembaca juga harus membuka minda untuk menerima alam pengembaraan penulis yang tiada hadnya ini.

myspace icons


Kenapa alam pengembaraan penulis barat boleh diterima oleh pembaca di sana dan kenapa alam pengembaraan penulis di Malaysia selalu dikritik? Mungkin adat dan budaya di Malaysia lebih menebal sehingga mempengaruhi minda pembaca dan penulis untuk mewujudkan alam pengembaraan yang luar biasa daripada alam nyata. Namun, kita sendiri sebagai pembaca boleh menerima alam pengembaraan penulis barat, jadi kenapa orang kita tidak boleh menerima alam pengembaraan penulis di Malaysia? Tidak adil bagi penulis di Malaysia jika pembaca tidak menyokong pembaharuan yang ingin dilakukan oleh mereka. Walaupun alam pengembaraannya tidak logik dan tidak boleh diterima akal tetapi sebagai hiburan tidak salah kan membaca sesuatu yang baru. Walaupun ada penulis yang mencuba tetapi tidak menepati selera pembaca dan seperti dibuat-buat, namun sekurang-kurangnya mereka mencuba untuk mewujudkan sesuatu yang baru. Kita juga boleh jika penulis barat boleh. Tidak salah kalau ingin mencuba walaupun tidak ada uummphh ... pertama kali mencuba, tak semestinya sesuatu karya sebegini akan menjadi perfect. Pasti ada kelemahan yang akan wujud, namun sebagai penulis kita harus mempelajari daripada kesilapan/kelemahan yang lalu agar ia tidak berulang kembali.

myspace icons


Jadi .... saya juga akan cuba dalam genre khayalan yang baru ini walaupun karya saya kelak akan dikritik kerana tidak berpijak di bumi yang nyata. Kalau Harry Porter boleh diterima ramai, kenapa saya tidak boleh mencuba dalam genre ini? Namun, mungkin karya khayalan saya akan mengambil masa kerana saya hendak memikirkan plot-plot yang sesuai dan boleh menarik minat pembaca serta selaras dengan prinsip agar ia tidak terkeluar daripada landasan kehidupan di bumi Malaysia ini.

Doakan agar saya berjaya menghasilkannya. Penulis memang berada di dalam dunianya sendiri.

myspace icons

8 comments:

dina said...

Sebenarnya menataliti orang kita ini yang terlalu diasak dengan sikap-orang-kita-tak-boleh-buat. Orang Barat boleh. Cer kau tengok kalau filem aksi orang kita buat, contoh Cicakman, diorg kata meniru, tak logik, tak masuk akal, tak relevant, tak itu tak ini. Tapi kalau dari barat semuanya masuk akal. Teknik bagus lah, tak macam filem kita la. kalaupun teknik diorg bagus, teknik kita dan kemajuan kita memang tak sama taraf dengan diorg. diorg lama dlm bidang tu. sepertimana penulisan macam tu jugak. Bila dengar nama JK Rowling, sume angkat kepala, angkat topi, angkat songkok, tapi cer kalau orang kita buat novel macam JK Rowling, mesti ada suara-suara sumbang yang bercakap itu ini. Tu lah kerendahan mentaliti orang kita. apasalahnya, kalau orang kita sendiri yang buat, kita sokong, kalau ada ilmu, kita tunjuk ajar. Bukannya kritik sesedap rasa sambil ketawa melihat orang yang menulis tu jatuh terduduk. itu pandangan aku sebagai pembaca...

Mersik said...

Tak kisahlah berada di dunia mana sekalipun, janji di dunia tersebut ada aktiviti "ngeteh2" dan boleh bersantai.. hik hik

Semoga terus berjaya..

EBRIZA AMINNUDIN said...

Dina,
Aku sokong dengan pendapat kau. Itu yang aku cuba ketengahkan. Apa salahnya kan org kita mencuba. contoh spt filem animasi upin & ipin dan cicak man, aku memang bangga anak tempatan yang membuatnya.

Mersik ..
Hik hik hik .. ada2 aje ye.

Bie'z said...

Ya saya setuju utk entry ni-penulis hdp dlm dunianya sendiri.Sbgai seorg penulis saya setuju sgt dgn Ebby.
Kalau ikutkan memang org2 kita ni kalau nak buat sesuatu kelainan semua tak boleh, itu tk blh ini tak blh apa yg bolehnya tak tahulah.agaknya boleh blah je yg diterima pakai.Sbagai penulis yg suam2 kuku ni, saya rasa kalau kita tk mencuba mcm mana kita nk tahu kan kita pnya kebolehan.Takkan nak buat genre yg sama saja kan?. Kena cuba suatu yg lain pulak supaya bidang penulisan ni lbh maju ke depan, para penulis pun lbh dipandang ke dpan huhuu
Susahnya nk mengerti dgn sikap sesetengah org kita ni.Ckp salah tak ckp pun salah juga.
Saya sokong kalau Ebby nak buat, buktikan.Kalau dpt jadi mcm JK Rowling...lagi bgs.Saya doakan anda.Saya pn baru je nak baca nvl Harry Potter dan nk tahu apa yg bestnya hingga diminati ramai.
Tgh berfikir mcm mana nk ubah mentaliti org2 kita ni?

sharmiza24 said...

semoga berjaya macam harry potter dan boleh tumpang gembira .macam -macam ada ragam manusia dlm malaysia bukan diluarnegara

Cetusan said...

betul kerr..kalu betul mcm mana

Isma Ae Mohamad said...

Memang dalam dunia kita sendiri...
( Saya belum baca sebarang karya kamu)

EBRIZA AMINNUDIN said...

Isma Ae,

tak apa, mungkin anda blh cuba baca salah satu karya saya.