Tuesday, March 3, 2009

Melewati Usia ...

Sepatutnya N3 ini saya masukkan pada 28 February yang lalu tetapi memandangkan saya berada di Shah Alam demi menghadiri mini Karnival Karangkraf, saya terpaksa menunda N3 ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberi ruang dan peluang untuk saya menikmati keindahan dan nikmat-Nya dalam meniti seusia lagi pada 28 February merupakan hari keramat saya muncul di muka bumi ini. Alhamdulillah saya masih berpijak di bumi ini serta memperjuangkan bakat seni yang mengalir di dalam diri saya.

Untuk mereka yang telah memberikan ucapan SELAMAT HARI LAHIR pada hari itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengingati tarikh keramat ini. Sesungguhnya ia amat bermakna sekali buat saya. Terima kasih semua. Sayang korang.

Sambutan hari lahir saya pada tahun ini sesungguhnya terlalu bermakna. Banyak perkara di luar jangkaan telah berlaku dan salah satunya ialah dengan terbitnya novel pertama di tahun 2009 iaitu JANGAN KAU TANGISI (JKT). JKT merupakan novel terlaris semasa di mini Karnival Karangkraf itu yang diberitahu oleh Kak Sharah ketika saya sampai di sana. Menurut En. Ali pula editor saya, JKT lebih bagus daripada Hanya Dikau (HD) dan mampu meletup di pasaran. Alhamdulillah.Apa lagi hadiah yang paling bermakna selain daripada berita ini.

Dan sesungguhnya, hadiah yang cukup bermakna buat saya adalah .... hehehe .... Terima kasih untuk segala-galanya.

Untuk Korang semua terimalah JANGAN KAU TANGISI hadiah dari ku.
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

5 comments:

sha said...

Salam. Baru aja habis baca Mahakarya Cinta. Endingnya touching sgt. Seblm ni dah baca Hanya Dikau, best gak. Mula2 boring tapi dipertengahan best. Good luck

dina said...

wei, aku takut nak baca MC tebal sgt... kehkehkeh..tapi teruja bila caluk gitau ada mention nama kitorang... hahahaa... Jangan Kau Tangisi aku dah beli, malam ni start baca kot. Aku belum komen Hati ini Milik Siapa kan? Nanti2lah! Hehehe...

Happy Birthday ye Sayang! hadiah Besday kau-aku beli JKT tanpa diskaun! hahahaa....

EBRIZA AMINNUDIN said...

Sha,
Terima kasih kerana menyokong karya saya and komen utk novel2 saya. Alhamdulillah kalau MC berjaya meninggalkan kesan di hati Sha. Hehehe ... HD boring ye ... akan ku perbaiki di masa akan datang. Thanx

Dina,
Terima kasih intan for ur wish. Hehehe ... nanti2la ko komen, aku tak kisahnya ... hahaha .. MC tebal ye ... memang saja aku nak dera kau baca tebal2. Tapi setakat ni komen yang aku terima utk MC tidak mengecewakan. Nampaknya aku kena kekalkan gaya MC. Terim ksaih di atas hadiah yang cukup bernilai ni. muahhss

sharmiza24 said...

maaf ye sebab sibuk dan lupa takrih hari jadi ebriza .kak sharmi ingin ucap selamat hari jadi dan allah selamat kan kamu allah selamat kan mu dan panjang umur .hadiah belum beri lagi tapi jgn marah tak mahal murah je cuma ada cerita best boleh tulis untuk novel dan boleh beri pengajaran kepada semua orang dan kerana kak sharmi nampak sendiri didepan mata , duk sibuk nak tulis macam mana maklumlah tak pandai tulis cuma nak beri point dan jalan hidup cerita ini, untuk ebriza. boleh ye jgn marah kalau lambat ye semoga berjaya

zakiah said...

Saudari Ebriza...

Akak mul amembaca karya saudari apabila anak-anak akak memilih buku Janji Seorang Puteri.

Sebuah novel kanak-kanak yang menarik..

Oleh kerana buku itu tebal, akhirnya akak juga yang perlu membacakan untuk mereka kerana masih belum laju lagi membaca tetapi akak lihat anak-anak akak memang cintakan buku dan suka mengulang membaca buku sebab itu akak tak lokek duit untuk kegemaran mereka itu.

Tahniah kerana berhasil menghasilkan banyak karya yang menarik.

Selamat maju jaya dan happy belated bizday (maaf terlambat betul tu)