“Hezzy, tidurlah sayang. Tidurlah selena-lenanya agar akan terhapus segala penderitaan di jiwa bila you bangun nanti. I tak kan ke mana-mana. I akan sentiasa di sini di sisi you selagi you perlukan I. Tidurlah intan, tidurlah payung. Tidurlah selagi keletihan you tidak hilang.”
Umran Zahini terus mengucup jari-jemari Haifa Hezzy lagi tanpa rasa malu membeku di dada. Air mata jantan Umran Zahini juga tidak segan-segan untuk terus tumpah dari kelopak matanya. Haifa Hezzy turut menumpahkan air matanya lagi .
“I tidur ya Han. Terima kasih kerana menemani I. I ingin you tahu bahawa I sentiasa membawa cinta you dan rindu you walau di mana jua I terhantar pergi. You sentiasa di hati, di fikiran, di jiwa, di nurani dan di mana-mana sahaja selagi nama you terpahat kukuh dalam bingkai sukma I. I tidur dulu sebab I dah terlalu letih untuk menempuhi sebarang penderitaan lagi. Assalammualaikum.” Haifa Hezzy terus memejamkan matanya yang sudah tidak mampu untuk dibuka lagi atas pangkuan Umran Zahini.
Tuesday, February 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment