Untuk menjadi seorang penulis/novelis sememangnya memerlukan PENGORBANAN secara sedar ataupun tidak. Pengorbanan yang dilakukan bukan daripada satu sudut sahaja tetapi pelbagai sudut iaitu mereka harus membuat pengorbanan daripada segi masa, perhubungan dan sebagainya. Seperti juga dengan Kos Lepas (subjek yang berada di dalam Mikroekonomi) sekiranya anda memilih bidang ini iaitu anda harus melepaskan sesuatu untuk memiliki sesuatu. Namun, untuk mereka yang sememangnya menggilai dan meminati bidang ini pasti tiada halangan untuk melakukan pengorbanan yang dituntut terutama sekali dalam pengorbanan masa. Masa anda sememangnya terhad untuk benda lain sekiranya bidang penulisan ini menjadi keutamaan.
Bagi saya, saya masih boleh membahagikan masa untuk masa lapang serta aktiviti lain dan juga penulisan. Namun, saya tidak menafikan sejak melibatkan diri dalam bidang ini tuntutan dalam pengorbanan masa amat ... amat terhad sehingga saya tiada masa untuk memikirkan soal lain dan juga benda-benda yang remeh-temeh sehingga ada yang menggelarkan saya macam-macam tapi saya tak kisah macam si Aiman yang tak kisah tu ... Hehehe ...
Pada mulanya saya menceburi diri dalam bidang pernovelan hanya untuk suka-suka. Bagi saya, jika satu novel terbit pun dah kira bersyukur kerana ada jugak tertera nama saya di atas novel itu seperti penulis-penulis yang lain. Namun, memandangkan novel dengan Ghoswriter merupakan novel sambungan, maka saya karang sebuah lagi. Kemudian, saya ingat nak berhenti daripada menulis kerana saya tidak tahu bagaimana sambutannya dan saya juga tidak pasti samada orang menggemari novel saya ataupun tidak. Tetapi apabila ada yang bertanya “Apa jadi dengan Damien? Dia tidak bertemu penganti Dalinda ke? Tak nak buat anak-anak Damien – Dalinda bercinta?” Asakan demi asakan pertanyaan membuatkan saya mengambil keputusan untuk menyambung semula siri sambungan Dambaan Pilu. Saya juga ingin berterima kasih kepada Kak Yati – Ghostwriter yang sering bertanya, tak nak hantar ke novel baru ebriza kepada kami? Dengan pertanyaan itu membuat keinginan saya untuk menyambung semakin menebal. Kemudian, sekali lagi saya ingin berhenti menulis setelah 4 buah novel saya dipasaran tetapi saya membatalkan hasrat untuk berhenti apabila ada yang bertanya, “Ada lagi ke novel Iza ataupun setakat itu saja?” Pertanyaan itu umpama mencabar kredibiliti saya untuk terus berkarya, maka saya tekadkan di dalam hati bahawa saya tidak boleh berhenti daripada terus berkarya. Semangat daripada Kak Anida Daud yang dulunya dari CESB yang menunggu kelahiran novel kedua saya bersama CESB (pada masa itu) membakar tekad saya untuk terus berjuang dalam industri ini. Maka lahirlah ‘Kau Yang Tak Mengerti’ yang mengundang seribu kegeraman dan sakit hati kepada pembacanya serta sebuah novel kontroversi pada tahun 2007.
Kini saya menganggap dunia pernovelan/penulisan adalah satu tanggungjawab yang agak berat untuk saya memikulnya setelah saya berjaya mengumpul penggemar kepada novel sendiri. Saya juga telah bertekad untuk menjadikan bidang ini sebagai salah satu karier tetap yang mampu menjulang naik nama saya. Maka untuk memenuhi kehendak penggemar novel saya, sememangnya pengorbanan harus saya lakukan. Saya sanggup bersengkang mata demi anda dengan mengorbankan masa tidur sendiri demi untuk menyiapkan sebuah novel yang telah saya tetapkan tarikhnya sendiri. saya sanggup memerap diri di rumah dan tidak melakukan aktiviti lain demi anda juga agar tidak lama menanti kemunculan buah tangan terbaru daripada saya. Tetapi setelah novel saya siap di hantar ke pihak penerbitan, yahooo ... masa yang saya korbankan telah saya gunakan sebaik mungkin untuk diri sendiri sebelum memulakan novel yang terbaru. Tetapi jika saya sudah berkeluarga, pengorbanan ini tetap menuntut haknya kerana seorang penulis sama seperti seorang selebriti yang telah menjadi kepunyaan masyarakat.
Oleh itu jangan bimbang, tahulah saya membahagikan masa untuk keluarga dan juga penulisan. Sementara masih bujang inilah saya menyerahkan seluruh jiwa dan raga kepada penulisan demi sebuah kepuasan. Tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa kini saya hamba kepada penulisan atas kerelaan saya sendiri tanpa sebarang paksaan.
Satu pertanyaan, cukupkah pengorbanan yang saya lakukan untuk anda semua? Pengorbanan ini akan menjadi lebih bermakna jika anda menggemari hasil karya saya dan berpuas hati dengannya. Oleh yang demikian, sememangnya untuk menjadi seorang penulis lebih-lebih lagi penulis yang sudah ada nama memang banyak menuntut pengorbanan. Kepuasan anda adalah pengorbanan kami. Tegurlah jika anda tidak puas dengan apa yang kami persembahkan agar kami dapat memperbaiki kelemahan diri untuk tidak mengecewakan anda yang telah memberi biasiswa kepada kami untuk kami terus gah berdiri di dalam industri ini. Anda yang menentukan kejayaan kami dan juga merealisasikan impian kami untuk bergelar novelis.
Bagi para penulis pula, anda harus berfikiran terbuka dalam menerima segala kritikan, komen dan teguran untuk memantapkan hasil karya anda walaupun teguran, kritikan dan komen itu bisa melemahkan semangat anda untuk meneruskan perjuangan ini. Ambil segala yang dikritik sebagai cabaran untuk memajukan diri sendiri. Bagi saya kritikan yang diberi merupakan cabaran untuk saya berhati-hati dalam mempersembahkan stail, tema dan persoalan dalam penulisan. Jika ada yang mengkritik hasil karya anda bermakna anda disayangi oleh mereka yang mengkritik untuk melihat anda tidak mengulangi apa yang mereka tidak suka kerana mereka melaburkan wang mereka demi sebuah kepuasan. Namun, jika kepuasan itu tidak mereka miliki maka karya anda juga akan dicampak begitu sahaja tanpa mahu memandangnya untuk kali kedua walaupun ia lebih bagus dan ini juga bermakna segala pengorbanan yang anda lakukan hanya sia-sia jika pembaca tidak menggemari apa yang anda persembahkan. Namun, janganlah pulak kritikan daripada pengkritik bisa menjunamkan nama penulis dengan tidak menyatakan di mana kesilapan kami sebagai pengarang dan penulis kepada karya itu.
Untuk semua penggemar karya saya ... tegurlah sepedas mana pun demi kejayaan saya dan sekiranya anda berpuas hati dengan apa yang saya persembahkan, belilah buah hati saya yang terbaru apabila ia muncul kelak.

WASSALAM ...
5 comments:
Rasa cam sedih plak bila akak tulis tentang kehidupan akak sbg penulis ni..huhu..apa2 pun tahnaih makin lama dah makin banyak novel yang keluar.. akak kata akan sahut carabaran kan kalau peminat cabar utk buat novel? Sebagai peminat novel akak , saya caar akak buat novel bahasa cina..amacam? hehe..
WOW! Ikhmal... cabaran melebihi tahap camel tu dik oooiiiii.... heheheheee Amacam! Ada berani ka adik manis mahu sambut itu cabaran jejaka ensom kasi.... Apapun kita tunggu juga... sapa tahu, lagi satu bulan ka... satu taun ka... ini adik manis kasi keluar dia punya cina punya novel... itu jam kalu... kita semua boleh tumpang dia punya populariti...
Satu pandangan yang sangat bernas. Semoga Abby berjaya menjadi seorang penulis prolifik, versatile dan terkenal di seluruh dunia... Amin!
Ikmal,
Weh adikku ... itu mencabar tahap maksimum dari keupayaan ... hohoho ... haiyakkk
Anonymous,
hayooo mana mau belajar itu bahasa cina maa .... mana tahu bunga2 bahasa dorang maa ... jangan maa ... tak mampu maa .. kihkihkih
Kak DS,
Alhmadulillah Amin. Mudah2an abby akan kekal dalam industri ini.
kata rasa pedas seperti cili padi yang akan membuat kita menuju kejayaan dlm hidup tetapi kadang -kadang rasa pedas seperti itu ada pada diri orang yang cemburu atas kejayaan kita ia akan cuba menjatuh maruah kita dihadapan orang walaupun dgn apa jua sekali. ini adalha kata dari allahyaraham sudirman hj arhsad
tidak ada kejayaan tanpa kesungguhan
tidak ada insan yang mahu kekalahan dalam hidup
kita mesti berkorban untuk kesenangan masa depan .
jangan cepat jemu dan mengalah .
semoga berjaya dlm hidup seorang novel terkenal dan boleh tumpang sama sekali .jgn marah
Post a Comment