Friday, September 26, 2008

SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA PENGUNJUNG RUANG RINDU 2008!


Get Hari Raya Graphics Here



Sekejap sahaja sudah tiba masanya kita menyambut kedatangan lebaran yang dinantikan oleh semua umat Islam. Bagaimana dengan anda? Sudah membuat persiapan raya? Mudah-mudahan apa yang dirancangan akan terlaksana dengan izin daripada-Nya.

Di kesempatan ini, abby ingin menyusun 10 jari memohon keampunan dan kemaafan sekiranya terdapat kasar bahasa atau lepas laku yang abby tak sengajakan sepanjang layanan abby buat semua pengunjung Ruang Rindu. Sebagai manusia biasa, sudah tentu abby juga tidak lari daripada melakukan kesilapan, jadi di hari yang mulia maafkan abby jika ada terlebih rencah dalam bicara abby mahupun gurauan abby.

Selamat Hari Raya Semua! Maaf Zahir dan Batin!


Get Hari Raya Graphics Here

4 comments:

JOE said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI EBRIZA..
andai ada salah dan silap, saya memohon maaf...zahir dan batin. okeh!

EBRIZA AMINNUDIN said...

Joe,
SALAM LEBARAN dari saya juga. Begitu jualah saya kiranya ada salah dan silap.:)

sharmiza24 said...

assalamulaikum ebriza jom main merun bunga api jgn marah ye wassalam

Cetusan said...

salam kemaafan
mana mana hutang tu halal lee..
buku yg saya pinjam tu kira habis cerita heee..0-0