MyNiceSpace.com
Untuk Sahabat dan Guruku,
Johan, Ainul Razlin dan Cikgu Qanaah,
Salam Sejahtera Di Hari Bahagia
Moga Hari-Hari Yang mendatang
Akan Tampak Keceriannya
Bersama Sebuah Semangat Yang Utuh
Bagi Perjalanan Kehidupan
Yang lebih Gemilang
Salam Sejahtera Di Hari Bahagia
Moga Hari-Hari Yang Kau Lewati
Akan Tampak Kematangannya
Bersama Masa Yang Berlalu
Meniti Arus Pancaroba Alam
Untuk Kesejahteraan Hidup
Di Alam Maya Ini
Salam Sejahtera Di Hari Bahagia
Semoga Hidup Mu
Diserikan Sinar Gemilang
Bersama Sebuah Pengharapan
Yang Kau Impikan
Kan Menjadi Kenyataan
Namun
Ketakwaan Dan Keimanan
Jangan Dilupa
Sematkan Dan Bekalkan Ia
Di Dalam Jiwa
Agar Hidupmu Akan Lebih Ceria
Bersama Impian Abadi
MyNiceSpace.com
Semoga Hari Ini Akan Memberi Seribu Makna Dalam Hidup Anda.
MyNiceSpace.com
4 comments:
Alhamdulillah...Saya masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk melakukan sesuatu dalam hidup ini...disamping terus Menunaikan janji kita KepadaNya..
Terima Kasih atas ucapan dan Saya juga mendoakan moga Anda terus melakar sejarah yang tersendiri dalam dunia penulisan!
Aminnn...
Johan,
Penghargaan buat seorang sahabat daripada saya. Terima kasih kerana mendoakan saya dalam bidang penulisan ini.
Ehh dah ucap ke belum ek.. Lupa plak MokYang ni.. hehehe..
Happy Birthday ABBY.. moga suksess dalam kehidupan.. Aminnnn...
Kak Zie ...
Bukan Besday abby tapi Joe, Alyn dan Cikgu Qanaah ... hehehe ...
Post a Comment