Assalammualaikum dan salam sejahtera ....
Pekhabar anda semua? Sihat? Dah dekat nak raya kan ... pasti semua dah beli tiket untuk pulang ke kampung masing-masing. Ucapan saya ... selamat pulang berhari raya dan berhati-hati di jalan raya. Tak lari kampung yang dikejar. Dan service kereta dulu sebelum pulang demi keselamatan anda semua.
Bercerita pasal balik kampung ni ... saya juga mempunyai kisah yang tersendiri. Walaupun kampung mama dan abah semuanya di Penang, namun cerita balik kampung ni ketika saya dan adik perempuan belajar di UiTM Shah Alam. Kisah sedih, hampir-hampir terkandas di perjalanan ... cuak je muka kita orang masa tu. Hahaha ....
Imbauan Balik Kampung
Pagi-pagi lagi saya dah bangun ketika berada di rumah sewa Seksyen 18 Shah Alam. Maklumlah hari ni dah nak balik Penang, so tak sabar-sabar lagi perasaan ini. Gembira, rindu pada keluarga semuanya bercampur gaul. Masa terasa lambat benar nak balik. Tiket bas pula pukul 3 petang. Akibat tak sabar punya pasal, dalam pukul satu ptg saya, adik dan kawan adik yang bernama Ina dah ada di stesyen komuter. Bagi kami biar awal asalkan tak terlepas bas.
Tapi yang geramnya masa tu hujan punyalah lebat dan tak mau berhenti. Makin lama makin lebat sampaikan komuter tak boleh berjalan sebab stesyen di Batu 3 dah banjir beb... dari pukul satu tibalah ke pukul dua ... pastu ke pukul 3 ... waaa ....waaa .... macam mana ni ... bas dah bergerak kita orang terkandas di Stesyen komuter Shah Alam. Ina cuba telefon sepupu dia untuk ambik kami ke stesyen KL tapi kami terpaksa berpatah balik ke stesyen komuter sebab kereta langsung tak boleh gerak. Hujan terlalu lebat.
Muka masing-masing ... ya rabbi ... dah macam semacam ... tinggal nak banjir je kat situ, tambah-tambah lagi bila dengar dorang pasang lagu Allahyarham Sudirman – Balik Kampung. Waa waa ... kami nak balik ... saya pandang muka adik ...
“Macam mana ni? Bas dah terlepas?” Muka adik dah cuak tahap maksima sambil memandang jam tangan yang sudah merangkak ke angka 4 ptg.
“Tak kira ... nak balik juga. Kalau kena duduk atas lantai bas pun sanggup asalkan dapat balik. Kalau tak dak juga ... kita naik flight.” Kata adik. Saya hanya mengangguk. Tunggu punya tunggu akhirnya, dalam pukul 6ptg, barulah stesyen komuter dapat berjalan seperti sedia kala.
Setibanya kami ke Stesyen KTM KL, terus kami ke Plusliner (Bas kegemaran kami semasa pulang ke kampung atau ke KL semula). Kami tanya kepada pihak Plusliner tentang bas kami yang terlepas. Bagaimana kami nak pulang. Hari Raya tu ... hari lain kami tak kisah sangat boleh postpone balik Penang. Nasiblah pihak Plusliner agak prihatin dengan masalah kami dan dia cakap, kalau bas kosong boleh muat. Yang kelakarnya, adik saya terus berkata dengan selamba,
“Kalau penuh pun tak pe, kami boleh duduk di lantai asalkan boleh balik Penang.” Kah kah kah .... tersengih pihak plusliner. Saya dah malu masa tu tapi tahan je laa sebab kami memang nak balik laaa ...
“Kita tengok dulu macam mana.” Itulah kata Pihak Plusliner.
Akhirnya kami dapat balik sebab bas terakhir pada waktu malam tu memang kosong walaupun kami terpaksa duduk di bahagian paling belakang sekali. Tak kisahlah .. janji dapat balik, yahoo ... Balik Kampung .... ooo Balik Kampung ....
Selamat Balik Kampung semua!
Sudirman ( Sudirman )

Balik Kampung Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak samaI
ngin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlaguS
emuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti( ulang dari mula )
10 comments:
salam Abby
cuba undur semula citer U, boleh saya lompat ikut syiling, tumpang SENGEH di stesyen Komuter tu dalam keadan basah kuyup mata berair hidung meleleh huhuhuu.., nak nak nak nangis..say jee yg TAHU
salam zeqzeq ...
amboih ... nak suruh lompat semula. banyak cantik ... tak sanggup abby harungi benda yang sama. yang berlalu biarkan berlalu ... :)
hahahaha...bila nk raya...pi la tgk kat station bas ekspress memang mcm 2 gelagat..kadang2 bleh buat kita tergelak sendirian.
biasa lah ebriza bila raya tiba mesti semua nak balik cepat samapi dah tak ingat orang disekelilingi dan gelgat macam -macam ada dihari raya .last apa kata ebriza dengar lagu hari raya dendang perantau oleh p.ramlee.
salam semua, oleh itu tiap keseksaan akan memberi kenangan. Kepahitan masa lalu akan menjadi manis masa kini heee hee. Jika cara dan bentuk balik kampung yang aman damai atau selesa kurang menjadi kenangan pada masa akan datang ada betul ke?
Abby alasan lompat cerita kerana masa tu kita berjiran hhee saya dok seksyen 17 S.alam
Joe,
Sokong ... itulah gelagat penduduk kita time balik raya.
Sharmiza,
sudah semestinya kak .. sapa tak mo balik raya.
Zeqzeq,
Wahaha ... nasib baik tak kenal ... kalau tak mahunya abby meraung kat situ dapat jiran macam dia ...
yup betul asalkan dapat balik udah hahaha... teringat lak sy masa balik cuti beraya masa kat u dulu... sampai saja pudu terus lupa daratan... xtau CM tu kat ne hahaha
oo nasib baik saya tak kenal Fad masa tu,,kalo tidak leh culik balik umah saya..hikhikk baru meraung papanya
Fad,
Hehehe ... itu yang betulnya.
Zeqzeq,
amboih ZZ ada hati nak culik anak dara org ... hmmm
Post a Comment