Thursday, January 8, 2009

Kemunculan Novel Terbaru: JANGAN KAU TANGISI - Terbitan Buku Prima. Nantikan!

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita di arena Ruang Rindu setelah lama saya tidak mencoret bicara. Apa khabar anda semua? Sihat? Alhamdulillah.

Saya ingin meuar-uarkan bahawa sebuah lagi novel terbaru saya akan berada di pasaran tidak lama lagi sempena datangnya tahun baru 2009. Sabar menanti ye.

Agak lama juga saya menanti kemunculan novel ini dan baru sampai serunya untuk berada di pasaran.Alhamdulillah. Dahulu novel ini diberi tajuk HAPUSLAH AIR MATAMU tetapi kini telah ditukarkan kepada JANGAN KAU TANGISI. Saya suka dengan tajuk baru ini. Ada nilainya.

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf sekiranya novel ini terdapat banyak kekurangan. Namun, ia tetap hasil daripada air tangan saya walaupun menanti dalam jangka waktu yang agak panjang. Semoga novel ini akan setempat dengan HANYA DIKAU serta MAHAKARYA CINTA.

JANGAN KAU TANGISI akan diterbitkan oleh BUKU PRIMA. Promo Novel ini akan saya paparkan tidak lama lagi dan sebahagian daripada promo sudah di ada di blog Ruang Rindu. Fasa Pertama .... nantikan kemunculan Fasa Kedua dan seterusnya ...

Wassalam.

6 comments:

dS said...

Salam Abby. Diam-diam, keluar lagi satu novel. Hmm... semoga novel ini juga sukses. Tahniah!

EBRIZA AMINNUDIN said...

Kak DS ----> Salam Kak DS. Hikhikhik ... Jangan marah haa ... inilah buah tangan terbaru abby pada tahun 2009. Enjoy!

Anonymous said...

Salam Honey,

Wah semakin rancak nampaknya adik akak ni berkarya.

TAHNIAH!!!

Semoga success selalu.

Kmas

EBRIZA AMINNUDIN said...

Kak Mas ....
Salam kak ... hehehe ... rezeki Allah. Thanx akak .. Rindunya Honey pada akak.

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Salam Kak Ngah... lamanya tak bertandang... Wah! Dah ada satu lagi novel baru yer... Tahniah... tahniah... erm bolehlah jumpa nanti kat BF, nak minta signature...

EBRIZA AMINNUDIN said...

Salam Along,
Tu lah .. angah pun rindu dengan along. hikhikhik ... along pun dah hantar kan novel terbaru, nanti nak minta signature gak. ;)