Sunday, January 18, 2009

JANGAN KAU TANGISI: FASA KEEMPAT

“Hezzy, tolonglah jangan singkirkan I dari hidup you. Dunia I terasa kosong tanpa kehadiran you di sisi. Hezzy, I sanggup menghambakan diri pada you disepanjang hidup I kerana I terlalu mencintai you dengan sepenuh hati. I tak pernah menyintai gadis lain sebelum ini sebagaimana I mencintai you. Tolonglah Hezzy jangan bersikap dingin pada I lagi. I janji I tak kan mempersiakan hidup you jika you memberi peluang pada I untuk membuktikannya Hezzy. I terlalu takut kehilangan you Hezzy kerana tiada siapa dapat memberi cinta sejati sebagaimana I dapat daripada you. Hezzy, tolonglah berikan I satu lagi peluang untuk mencintai you sedalam yang mungkin.” Mutiara jernih yang merembes keluar daripada tubir mata Umran Zahini benar-benar telah melemahkan Haifa Hezzy di kala itu.

‘Ya Yanz, peluang itu sentiasa menjadi milik kau dan aku tak kan lepaskan kau lagi dari genggaman tangan ku ini. Kau sememangnya telah ditakdirkan untuk ku. Aku harus memperjuangkan cinta ini selagi nyawaku dikandung hayat. Buat julung-julung kalinya aku terpaksa memungkiri janji yang telah ku lafazkan. Maafkan aku nanay Qasidah kerana terpaksa memungkiri janjiku pada mu kerana cinta ku pada Yanz terlalu mendalam sehingga aku tidak mampu menyingkirkan dirinya dari terus bertahta di hatiku ini. Sebelum mengenalinya aku tidak tahu apa itu cinta sejati tetapi setelah mengenalinya aku dapat rasakan cinta yang luhur itu. Yanz, aku tidak akan tinggalkan kau lagi. Sudah sampai masanya aku meraih kebahagiaan sendiri tanpa mempedulikan hasrat orang lain. Sudah banyak pengorbanan yang aku lakukan dan kali ini tiada lagi pengorbanan yang akan aku lakukan. Kali ini aku akan memburu kebahagiaan hidup aku saja. Yanz, maafkan aku kerana telah menghadiahkan penderitaan di masa lalu. Kau tidak akan dapat penderitaan itu lagi. Aku janji.’ Tekad janji Haifa Hezzy pada dirinya sendiri. Perlahan-lahan tangan Umran Zahini dilerai dari terus bertaut di batang kakinya dan digenggam tangan itu seerat yang mungkin. Kemudian, air mata jejaka itu disapu dengan penuh kelembutan.

“Han, I tak kan singkirkan lagi diri you dari hidup ini. I janji kebahagiaan itu sentiasa menjadi milik kita berdua. Han, seandainya hidup I tidak lama seperti you... masihkah kebahagiaan itu menjadi milik I? Walau apa pun terjadi, you tak kan tinggalkan I bukan?” Haifa Hezzy bersuara manja setelah lama membisu.

“Kenapa you cakap macam ni Hezzy? You sendiri tahukan bertapa dalamnya cinta I pada you? Sesingkat mana pun hidup you, I tak kan biarkan you bersendirian mengharungi kesusahan dan penderitaan itu. I janji I akan sentiasa bersama-sama dengan you walau apa jua dugaan pun yang datang menimpa kita. Asalkan Hezzy you tak tinggalkan I lagi. Jangan sisihkan I dari hidup you kerana I tak biasa hidup tanpa you di sisi. Janji you tak kan ulangi apa yang telah you buat pada I.” Umran Zahini memandang tepat ke dalam anak mata Haifa Hezzy dengan penuh harapan yang menggunung tinggi.

“I janji dan you pun kena janji akan mempertahankan I walau dalam apa jua keadaan sekali pun,” Buat julung-julung kalinya Haifa Hezzy berjaya menikam dalam ke anak mata Umran Zahini.

“I janji akan mempertahankan you dan menjaga you sebaik yang mungkin selagi nyawa I dikandung hayat.” Umran Zahini membelai wajah Haifa Hezzy sebelum memeluknya. Buat pertama kalinya Haifa Hezzy merelakan diri berada di dalam pelukan jejaka itu. Dan sejak daripada hari itu, hubungan mereka kembali pulih seperti biasa. Sekali lagi Pulau Butang telah menerbitkan rasa cinta di hati mereka semula. Banyak jasanya Pulau Butang ini kepada kedua pasangan kekasih itu.

No comments: