Wednesday, October 15, 2008

Potret Lukisan Wajah Ku ...


Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung yang sentiasa dirindui dan sentiasa berada di dalam hati.

Inilah potret lukisan wajah saya yang pertama diabadikan oleh seorang uncle ketika saya menghadiri sebagai penulis undangan di pesta buku USM Pulau Pinang pada tahun 2005 yang dianjurkan oleh pihak Rhythm Publishing. Saya amat menghargainya kerana menurut uncle, hadiah ini diberikan kepada saya sebagai kenang-kenangan. Saya amat terharu kerana ada yang sudi melukis potret wajah ini untuk diabadikan di galerinya. Hehehe .... penat wooo berposing tapi demi uncle saya turutkan jua.

Pertemuan dengan uncle pada ketika itu benar-benar mengisi kebosanan kerana berseorangan. Perbualan dengan uncle banyak memberi kenangan dan manfaat sebab pelbagai cerita yang uncle beritahu boleh dikongsi bersama. Seronok mendengar ceritanya kerana kebanyakkan potret yang dilukis adalah daripada lukisan yang sebenar.

Nak tahu apa uncle simpulkan ketika melukis potret saya? Hehehe .... (benar-benar membuat saya terkejut.)

“Awak ni banyak pendam perasaan Ebriza. Kenapa tak luahkan? Jangan terlalu banyak memendam perasaan ... luahkan agar ringan apa yang ditanggung.” Fullamak ... macam pakar motivasi uncle ni ... kihkihkih.

Saya hanya tersenyum kerana sememangnya itulah sikap saya. Sukar untuk meluahkan apa yang terkandung di dalam hati. Biarlah hanya saya yang tahu.
P/S: gambar ni saya kontotkan sebab terlupa nak scan. hehehe .. nanti saya upload full version ... (LOL).

9 comments:

sharmiza24 said...

salam rindu sudah lama tak tulis wah cantik bisa lawan dgn orang lain macam kita dan apa pun sudikah uncle tu lukis wajah saya disuatu hari nanti jgn marah

Cetusan said...

"Awak ni banyak pendam perasaan Ebriza. Kenapa tak luahkan? Jangan terlalu banyak memendam perasaan ... luahkan agar ringan apa yang ditanggung."

ayat ini boleh digunakan oleh pengoda dalam Blog saya waqaqqa...sebab pernah digunakan dan berjaya menambat hari wanita Idaman....
minta izin yerrkk, salam Abby yang baik hati..

Cetusan said...

..tapa diminta uncle tu pun memaparkan watak sifat seorg Abby;

meminati kesopanan dlm bicara
lelki sederhana, bersopan dlm apa juga action samadamenggoda dan merayu mengatur lidah.
-tak suka ganaz
--tak suka LUCAH
--perwatakan diluar yg lembut sopan menjadi daya tarik seorg Abby.

--seorg yg sopan dlm meluahkan...bukan MALU tapi beradat.

EBRIZA AMINNUDIN said...

Uncle Zeqzeq ... awak menilai saya ya?

Kak Sharmiza, kebetulan jumpa uncle razak tu di pesta buku.

JOE said...

rahsia wajah hati...hehe...cantik potret tu...very nice!

Cetusan said...

...terbayang alkisah jika Abby sudi berkongsi cerita hati kpd uncle tu dulu??entah di mana agaknya kehidupan Abby kini hee??

EBRIZA AMINNUDIN said...

Zeqzeq
saya tak pernah berkongsi cerita hati dengan sesiapa. Biarlah hanya saya yang tahu ungkapan rahsia hati saya.

EBRIZA AMINNUDIN said...

Joe,
Thanx .. itu juga merupa salah satu harta yang tidak ternilai dalam koleksi saya.

Cetusan said...

saya suka bila jer mahal ,suker, bila dah declare mahal tu, lagi suker nak curik hee. ada cabaran mempertahankan betapa berharganya potret tu..hehhee..kalu potret tu hilang saya laa pencurinya...

dah tebiat lelaki kan kan..semakin perahsia seseorang itu
, semakin nak dikorek isi tersirat KERAHSIAAnnya.

kalo rahsia tu terkorek sayalah yang berjaya mengoreknya..